Tuesday, September 23, 2008

ISA

Aku tak setuju kalau ISA dihapuskan tapi setuju dikaji dari segi perlaksanaan. Aku tak rasa terancam dengan ISA tapi aku sedar sekarang aku terdedah kepada ISA. Akta tak salah tapi kita manusia sering menyalahgunakan kuasa yang ada. Kenapa tidak menggunakan Akta Hasutan mungkin Pak Menteri ada hujahnya sendiri. Apapun aku agak puashati bila Terresa kena ISA. Aku tak anti cina tapi apa dia kata menyakitkan hati aku.

Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Pada yang terkena ISA, andai apa yang kamu fikirkan betul teruskan perjuanganmu. Apa yang terjadi pada diri kamu, keluarga kamu adalah kerana pilihan kamu. Tiada siapa yang menyuruh apa yang kamu lalukan. Mungkin hebatnya kamu itu orang zaman baru yang merasa peritnya waktu ketika dulu sebelum merdeka. Aku tidak berani mencuba apatah lagi aku merasa kerana aku tahu azabnya didalam.

Mengapa mereka memilih jalan itu.? Ingin sekali aku menjadi pakar siokologi. Memahami hati perasaan mereka. Ada jalan terbuka mengapa menuju ke jalan yang sempit. Darurat ke Negara ini.? Diancam pengganas atau kita ditindas hingga tiada langsung hak untuk bersuara..? Cina dan India boleh bebas merdeka inikan pula kau melayu yang diberi keistimewaan tapi menggatal mencari pasal.

Walau negara kita tidak demokrasi 100% tapi aku masih melihat begitu banyak kerusi pembangkang. Malah aku tengok begitu rakus mereka ingin memerintah. Adakah dengan kemenangan pembangkang baru kamu semua ingin menyatakan negara ini benar-benar demokrasi.? Demokrasi mengikut telunjuk kamu.? Hurmmmm……
Bengong kamu ni. Dah diberi betis nak peha.

Samada ISA dihapuskan atau tidak aku tak kisah. Aku Cuma mahukan ketenteraman dan keselamatan aku dan keluarga aku. Daripada aku simpati pada mereka yang merasa ISA lebih baik aku simpati pada anak-anak yatim dan fakir miskin. Moga ALLAH lebih memberkati simpati aku itu.

No comments:

Post a Comment