Saturday, September 27, 2008

Pemain stor

Tahun depan FAM tak membenarkan pemain import. Ramai penulis sukan menghentam FAM kerana dasar tersebut. Secara peribadi aku setuju pendapat mengatakan FAM melangkah ke belakang. Adakah dengan perlaksaan tersebut mutu bola sepak negara akan meningkat sedangkan mereka pernah melakukan dan mereka ternyata gagal.

Sehingga kini aku masih tertanya-tanya.Kenapa FAM membiarkan Titos terlepas pergi. Adakah dia tidak layak untuk mewakili negara. Andai kewarganegaraan jadi punca mengapa kita tidak menganugerahkan kepada dia. Keliru aku orang yang lahir di Malaysia jadi anak tiri tapi ramai pendatang asing mendapat keistimewaan

Sebenarnya mungkin sudah tiba masanya Malaysia menggunakan pemain import untuk memperbaiki ranking FIFA. Walau nampak seperti tidak patriotik tapi bagi aku pengorbanan untuk sesuatu kejayaan apa salahnya. Cara ini telah dilakukan di seluruh dunia malah Perancis yang hebat pun guna tongak dari luar.

Aku rasa ia cara itu juga bukan dianggap lalu pintu belakang. Sape Yu Fang.? Kenapa tiba-tiba Malaysia punya atlet import. Tidak sorang pun mempertikaikan kehadiranya. Apapun aku memang tak minat iklim bolasepak Malaysia. Dari konsep pengurusan sampai ke mentaliti pemain.

Dari dulu aku tengok pemilihan pemain macam kaldai. Pemain yang tak perform pun jadi pemain kebangsaan. Lihatlah jurulatih kebangsaan yang silih berganti tapi untuk pemilihan pemain aku tengok sama je. Apa yang aku musykil kenapa pemain dari negeri kalah untuk diberi pendedahan. Pemain muda yang jauh berkaliber jadi pemain stor. Gah pada nama tapi main macam cilako.

Contoh kedua pasukan Negeri Sembilan. Pengurusan bagus tapi dari segi pemilihan pemain lemah. Memang aku cukup bengang dengan pengurusan negeri. Pemain sehebat Bakamengo dilepaskan begitu sahaja. Aset berharga seperti emas tapi dicampak macam itu je. Sekarang Bakamengo main liga 1 Perancis. Kalau tak silap aku di Nantes Atlantique

Adakah itu tanda aras kemampuan jurulatih kita.? Bangang tahap cipan.

No comments:

Post a Comment