Tuesday, September 23, 2008

Semalam aku berjaga sepanjang malam. Ronda-ronda seluruh kampung. Ketenteraman tidak seperti dulu. Pecah rumah berleluasa. Tidak kira siang atau malam. Kejadian sedemikian tidak nampak penghujungnya. Kecian aku tengok pakcik-pakcik tua bersengkang mata tapi apakan daya semuanya kerana keselamatan keluarga mereka juga.

Aku saje meronda mencari kisah disebalik cerita. Ada yang menyatakan kerja orang dalam dan tidak kurang ada yang menyatakan ada geng yang sedang menjadi buruan. Entahlah, aku sendiri tidak pasti apa yang terjadi. Yang pasti minggu lepas rumah member aku dibolosi penyamun. Nasib baik hanya berdarah dikepala kalau nyawa melayang.?? Aduhh…. Peritnya sekarang hidup di Malaysia.

Bagi aku, jenayah sebegini sudah menjadi lumrah. Mungkin kerana desakan hidup dan mungkin juga angkara orang luar yang bertandang. Sekeliling kampungku dipenuhi dengan warga asing. Malah ada orang kampung yang tidak segan silu duduk sebumbung dengan mereka. Aku tak terniat hendak menghina mereka tapi mengapa mereka tidak memikirkan keselamatan keluarga mereka sendiri.?

Apa yang menarik ialah sikap segelintir penduduk yang melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Lebih-lebih lagi mereka yang beredologi pembangkang. Bagi mereka biarlah puak tuh yang menjaga. Bagi mereka itu tanggungjawab mereka. Aku memang tak faham kenapa mereka berfikiran sempit sebegitu. Adakah itu teladan yang mereka ingin tonjolkan.??????

No comments:

Post a Comment