Minyak turun seposen. Naik ikut pasaran tapi turun ikut suka menteri.Tanpa minyak dunia akan mati. Malaysia negara bertuah. Walau sedikit, Malaysia tetap ada minyak. Tak kisahlah minyak atar atau minyak lintah, semuanya minyak yang berguna.
Kerajaan menaikan harga minyak kerana kenaikan pada pasaran global dan mengapa kenaikan itu begitu tinggi mungkin kerajaan berfikir sakit inflasi hanya sekali. Aku juga percaya pakar ekonomi tidak tidur malam membuat kajian sebelum kenaikan dilakukan. Tapi sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa harga diesel begitu tinggi seperti petrol. Adakah itu tindakan yang bijak..?
Aku rasa Dr M sendiri tak pernah meletakan harga diesel standing petrol. Mungkin kerana dia sedar, minyak adalah asas ekonomi dan diesel umpama jantungnya. Kebanyakan lori berenjin diesel maka jika harga diesel tinggi secara tak langsung harga barangan akan meningkat. Bukankah ia perkara senang untuk difahami.
Pak Lah memberi alasan paling mudah kenapa harga diesel camtuh. Mengelakkan penyeludupan. Logik ke alasan yang diberikan? Ini namanya kerana nyamuk sekor kelambu dibakar. Disini saya suka menyatakan mungkin ini sebagai asas kelemahan Pak Lah mengurus. Kenapa tidak dibenteras sahaja penyuludupan itu.? Kalau penyuludupan boleh membawa bencana, suruh la army selesaikan masalah.
Isu sebenar bukan penyudupan tapi ialah rasuah. Ramai penyuludup ditangkap tapi tak pernah pun didakwa. Selalu dengar penyuludup ditangkap tapi anda pernah mendengar berita penyudup diesel didakwa ????? Harammm!
Minyak naik semua nak subsidi. Dari kakitangan awam sampailah yang dah pencen nak dibantu. Fikir-fikir, daripada bagi subsidi kan lebih baik tak payah naikan harga minyak. Buat apa buat kerja gila. Naik nak untung tapi alih-alih rugi..
Berbaloikah dengan menaikan harga minyak ? Bukan senang untuk mengekang inflasi. Terbaru inflasi mencecah 8.15%. Era Mahathir gaji rendah tapi hati bahagia. Sekarang gaji ribu tapi kepala pening kepala. Bertahun-tahun Dr M membina Malaysia tapi tak sampai 5 tahun Pak Lah memerintah semuanya telah musnah.
Ku sangkakan panas sampai ke petang alih-alih hujan ditengah hari..
No comments:
Post a Comment