
Aku ada terbaca artikel yang ditulis mufti Perlis, Dr Asri tentang isu exco Perak. Apa yang aku dapat simpulkan ialah istilah
double standard. Bila dia kutuk pemerintah pihak sebelah akan kutuk sampai tak cukup tanah tapi bilamasa geng dia buat hal dia akan diam membisu. Pura-pura tiada apa terjadi.
Hari aku ada terbaca polimik replika Anwar di Batu Caves. Aku surf intenet untuk mencari tulisan dari pihak sebelah. Apa yang aku dapat hanyalah perbezaan pendapat diantara penyokong Anwar sendiri sedangkan pihak yang berteraskan agama diam membisu. Perjumpaan Lim Kit Siang dan sokongan presiden terhadap Hindarf diagungkan.
Kekadang, aku terfikir kenapa mereka begitu taksub dengan Anwar sehingga menganggap Anwar tidak melakukan dosa. Semua apa yang beliau buat semuanya betul. Bagi aku dalam polimik ini Anwar tidak salah sebab bukan dia yang buat replika itu. Tapi mustahil bukan, kalau dia tidak tahu adanya replika itu. Malah aku rasa mesti dia senyum bangga kerana tidak pernah ada pemimpin yang dibuat seperti tugu.
Bab agama ilmu aku terlalu cetek sebab tu aku tak nak komen apa-apa. Tapi aku tahu satu ketika dulu isu tugu negara, helang di Langkawi menjadi isu besar. Setahu aku memang ada hadis yang diriwayatkan. Oleh itu, yang benar kita harus tegakkan. Aku sokong tapi aku kecewa bila ada politik dalam agama seperti mana mufti Perlis katakan.
Samada ia disembah atau tidak, aku ingin bertanya, apa perasaan bila melihat replika itu. Adakah sama perasaan anda bila melihat gambar besar di billiboard dengan replika itu.?
Dulu kutuk Umno jawatan presiden tidak dipertandingkan sebab tidak demokratik alih-alih mereka ikut jejak. Sekarang bila ada pertandingan mereka kutuk Umno akan hancur. Dulu menganggap wanita aurat alih-alih bila Puteri berjaya dengan misinya mereka juga mengikut rentak. Dulu bila BN terdiri bukan melayu mereka kutuk sebab mengetepikan melayu. Sekarang mereka bertambah teruk menyokong Malaysain-malaysian malah Hindarf jadi kawan rapat.
Apa semua ni.? Kerana ingin sangat berkuasakah mereka sanggup menggadaikan segalanya..? siapa yang gila kuasa ni.?