Saturday, December 27, 2008

Semua Lembab

Minyak naik ada keje, minyak turun kerja takde.Itulah peranan minyak sebenar. Dengan ekonomi dunia lembab dan hampir meleset ni, aku rasa kita tidak terkecuali dalam krisis ini. Bersyukurlah dengan pekerjaan yang kita ada. Usah terlalu merungut dengan kerja kita. Mungkin tahun depan ekonomi tidak pulih sepenuhnya malah kalau Obama tersilap langkah mungkin tahun depan kita merayau mencari kerja.

Pada mereka yang kerja dengan kerajaan, mereka sekarang ni paling beruntung. Kerja slow gaji besar. Lembab atau kukuh ekonomi mereka tak kisah, semuanya terjamin. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, kenapa Pak Lah bagi gaji orang kerajaan terlalu besar kalau dibandingkan dengan swasta. Adakah terlepas cakap seperti COLA.?

Nak cakap 100 ringgit tapi terlepas 100%.?? Lembab betul la Perdana Menteri aku sorang ni.

Sebenarnya aku tertarik dengan kerajinan pekerja rencam/indon kat tempat aku. Tiada istilah curi tulang. Bos ada ke takde mereka asyik dengan kerja mereka.

Bila aku nak jadi pekerja seperti mereka.??

Friday, December 26, 2008

Gus Durr

Sebaiknya politik tidak dipisahkan dengan agama. Jadi kalau kita tak mampu berpolitik dengan berpegang pada agama sebaiknya jangan agama dipolitikan. Kenapa Hudud harus dipolitikan sedangkan ia hukum Allah.?

BN memerintah atau PR memerintah aku rasa hukum itu sukar dilaksanakan. Aku bercakap pada dasar realiti. Umno tak nak buat manakala Pas pula tak cukup kaki dalam menyokong perjuangan mereka.

Sekarang apa yang aku nampak Pas seperti tidak ada power. Di Perak sekalipun aku percaya MB banyak ikut telunjuk DAP. Aku tak nampak kekuatan Pas disana walau MB mereka daripada Pas. Alasan kerusi Pas paling sedikit adalah alasan yang kurang bijak.

DAP dan PKR paling untung dalam polimik politik sekarang. DAP bijak menggunakan PKR manakala PKR bijak berpolik. PKR tahu erti kuasa manakala Pas terkial-kial mengikut rentak politik mereka.

Umno akan menyalahkan Pak Lah. Walau dia membuka pintu keterbukaan, tapi dia tak mampu mengawal keterbukaan itu. Dia agak slow. Mungkin sesuai kalau beliau dipanggil Gus Durr Bapak Malaysia.

Dari segi untung rugi sebenar sekarang ialah melayu dalam kerugian. Walau melayu yang memerintah, walau sekarang melayu yang ingin membela melayu, semua itu politik. Melayu sekarang tercari-cari walhal mereka tidak tahu apa yang mereka cari. Teraba-raba dalam kekosongaan…….

Thursday, December 18, 2008

dilema repoter

Hari ini seorang lagi tokoh kemerdekaan meninggal dunia. Apa yang menariknya arwah Tan Sri Azahari Md. Taib adalah antara pejuang kemerdekaan yang lahirnya daripada bidang penulisan. Ramai dikalangan rakan-rakan beliau membawa dunia penulisan kepada dunia yang disanjung rakyat. Membenih semangat kemedekaan bukan mudah tetapi mereka mampu menyemai semangat itu dengan hanya berbekalkan sekeping harapan dan wawasan.

Namun kini, wartawan menulis hanya untuk menerima gaji tanpa ada cita-cita. Apa yang menyedihkan kekadang mereka kini menjadi kecaman sesetengah pihak. Pada permulaan kehidupan wartawan tidaklah sehebat gossip yang dikarang. Tulisan mereka memang hebat tapi disebalik tulisan mereka ada nota-nota kekesalan tentang pilihan kerjaya mereka.Apapun ada sesetengah mereka berjaya setelah ada satu waktu “pintu minda” mereka terbuka apa sebenarnya istilah dunia penulisan sebenar.

Dari segi ketokohan, mereka sekarang ketandusan pemimpin berbakat. Usahkan pemimpin negara pemimpin komuniti mereka sendiri pun entah kemana.Memang ada union untuk wartawan tapi jarang sekali aku dengar kesatuan penulisan yang menulis untuk memperjuangkan mereka sendiri. Akhirnya karier wartawan gah pada nama tapi tidak pada faedah dan ganjaran.

Mentaliti...
Menulis rencana untuk dapat side income. Itu yang dicadangkan oleh Asotora Jabat kepada kami perserta kursus satu ketika dulu. Otai repoter hanya mampu berfikir sedemikian.? Mengapa hanya side income sedangkan penulis Harry Potter mampu jadi billioner..?? huh……

Apa yang aku ingin lihat ialah repoter-repoter mampu berfikir luar kotak. Kalau bidang penyiaran sekarang mampu menjana income yang lebat kenapa tidak tulisan itu membawa ke lubuk wang. Bawa fantasi itu dalam cerita, bawa tulisan itu di dalam drama. Terjemahkan tulisan itu dalam kepimpinan maka tidaklah wartawan itu tertinggal dari bidang kejuruteraan.

Andai kau mampu berilham pasti kau juga mampu menggegar. Gegarrrrrrrrrrrr...!!

Thursday, December 11, 2008

kari kambeng

Dah lama dah aku tak jenguk blog ini. Kalau blog ini kebun sure dah jadi semak samun. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku jadi pemalas. Mungkin kerja yang meletihkan atau aku takde pc untuk menaip. Orang umah aku yang kongker pc ni. Adeh…. Dulu aku gak yang sibuk suruh buat blog, alih2 aku meminta simpati nak guna pc. Takpe, lusa sampai la pc baru den. Dah oder dah.

Takde apa aku nak sembang. Cuma semalam sembang-sembang bodoh dengan amin. Pelik tapi benar. Kenapa orang melayu haram makan kat kedai cina tapi halal di kedai India.?

Kalau diperhatikan kita ( melayu ) tak kisah makan kat kedai India. Sedap kari kambeng dia. Sebab apa kari kambing.dan bukan kari lembu? Sebab India tak makan lembu la. Kalau India makan lembu sure dah kari lembu dia pun sodap.

Kat kampung aku pun ada gak ( tapi otai-otai la) yang makan kat kedai India. Anne, roti tolo satu. Huh… confident je oder. Tak sedar akan halal atau haram yang dia makan.

Kenapa itu terjadi.? Mungkin persepsi kita orang melayu babi hanya dikaitkan dengan cina tapi bukan orang India. Sedangkan halal dan haram itu itu meliputi semua perkara. Malah rezeki yang kita dapat pun ada perkiraanya.

Apapun hanya segelintir masyarakat kita yang ada persepsi seperti itu. Segelintir atau sebenarnya ramai yang beranggapan seperti itu.??? Allahuallam……….