Hari ini seorang lagi tokoh kemerdekaan meninggal dunia. Apa yang menariknya arwah Tan Sri Azahari Md. Taib adalah antara pejuang kemerdekaan yang lahirnya daripada bidang penulisan. Ramai dikalangan rakan-rakan beliau membawa dunia penulisan kepada dunia yang disanjung rakyat. Membenih semangat kemedekaan bukan mudah tetapi mereka mampu menyemai semangat itu dengan hanya berbekalkan sekeping harapan dan wawasan.
Namun kini, wartawan menulis hanya untuk menerima gaji tanpa ada cita-cita. Apa yang menyedihkan kekadang mereka kini menjadi kecaman sesetengah pihak. Pada permulaan kehidupan wartawan tidaklah sehebat gossip yang dikarang. Tulisan mereka memang hebat tapi disebalik tulisan mereka ada nota-nota kekesalan tentang pilihan kerjaya mereka.Apapun ada sesetengah mereka berjaya setelah ada satu waktu “pintu minda” mereka terbuka apa sebenarnya istilah dunia penulisan sebenar.
Dari segi ketokohan, mereka sekarang ketandusan pemimpin berbakat. Usahkan pemimpin negara pemimpin komuniti mereka sendiri pun entah kemana.Memang ada union untuk wartawan tapi jarang sekali aku dengar kesatuan penulisan yang menulis untuk memperjuangkan mereka sendiri. Akhirnya karier wartawan gah pada nama tapi tidak pada faedah dan ganjaran.
Mentaliti...
Menulis rencana untuk dapat side income. Itu yang dicadangkan oleh Asotora Jabat kepada kami perserta kursus satu ketika dulu. Otai repoter hanya mampu berfikir sedemikian.? Mengapa hanya side income sedangkan penulis Harry Potter mampu jadi billioner..?? huh……
Apa yang aku ingin lihat ialah repoter-repoter mampu berfikir luar kotak. Kalau bidang penyiaran sekarang mampu menjana income yang lebat kenapa tidak tulisan itu membawa ke lubuk wang. Bawa fantasi itu dalam cerita, bawa tulisan itu di dalam drama. Terjemahkan tulisan itu dalam kepimpinan maka tidaklah wartawan itu tertinggal dari bidang kejuruteraan.
Andai kau mampu berilham pasti kau juga mampu menggegar. Gegarrrrrrrrrrrr...!!
No comments:
Post a Comment