Saturday, September 27, 2008

Pemain stor

Tahun depan FAM tak membenarkan pemain import. Ramai penulis sukan menghentam FAM kerana dasar tersebut. Secara peribadi aku setuju pendapat mengatakan FAM melangkah ke belakang. Adakah dengan perlaksaan tersebut mutu bola sepak negara akan meningkat sedangkan mereka pernah melakukan dan mereka ternyata gagal.

Sehingga kini aku masih tertanya-tanya.Kenapa FAM membiarkan Titos terlepas pergi. Adakah dia tidak layak untuk mewakili negara. Andai kewarganegaraan jadi punca mengapa kita tidak menganugerahkan kepada dia. Keliru aku orang yang lahir di Malaysia jadi anak tiri tapi ramai pendatang asing mendapat keistimewaan

Sebenarnya mungkin sudah tiba masanya Malaysia menggunakan pemain import untuk memperbaiki ranking FIFA. Walau nampak seperti tidak patriotik tapi bagi aku pengorbanan untuk sesuatu kejayaan apa salahnya. Cara ini telah dilakukan di seluruh dunia malah Perancis yang hebat pun guna tongak dari luar.

Aku rasa ia cara itu juga bukan dianggap lalu pintu belakang. Sape Yu Fang.? Kenapa tiba-tiba Malaysia punya atlet import. Tidak sorang pun mempertikaikan kehadiranya. Apapun aku memang tak minat iklim bolasepak Malaysia. Dari konsep pengurusan sampai ke mentaliti pemain.

Dari dulu aku tengok pemilihan pemain macam kaldai. Pemain yang tak perform pun jadi pemain kebangsaan. Lihatlah jurulatih kebangsaan yang silih berganti tapi untuk pemilihan pemain aku tengok sama je. Apa yang aku musykil kenapa pemain dari negeri kalah untuk diberi pendedahan. Pemain muda yang jauh berkaliber jadi pemain stor. Gah pada nama tapi main macam cilako.

Contoh kedua pasukan Negeri Sembilan. Pengurusan bagus tapi dari segi pemilihan pemain lemah. Memang aku cukup bengang dengan pengurusan negeri. Pemain sehebat Bakamengo dilepaskan begitu sahaja. Aset berharga seperti emas tapi dicampak macam itu je. Sekarang Bakamengo main liga 1 Perancis. Kalau tak silap aku di Nantes Atlantique

Adakah itu tanda aras kemampuan jurulatih kita.? Bangang tahap cipan.

Thursday, September 25, 2008

mykemut menipu secara senyap.

Dah bertahun aku buat mykemut. Mulanya aku buat saje-saje. Alih-alih aku jadi agen antara yang paling aktif. Hasil tak ke mana tapi bolehlah dapat topup sendiri. Tapi sekarang aku bukan main bosan dan bertambah bengang. Bukan apa, sever selalu sangat down tapi selalu pihak administrator akan mengatakan sever ok, laju takpun nanti akan memberi alasan pihak maxis sedang menyelenggara sever.

Apa yang membuatkan aku bengang ialah, maintence mengambil masa yang lama tapi oknya kejap je. Pastu mulalah slow kembali. Aku lihat mereka semua mempergunakan orang bawah macam aku. Mereka yang kat atas senang. Terutamanya dari pihak forum prepaidkemut aku tuh. Mereka cepat dapat downline compare kami ni di pihak luar.
Tiada tindakan proaktif yang dibuat. Hampeh bebenor la mykemut.

Pada orang luar tak payah la korang join skim tuh. Ada saje je yang nak mengambil kesempatan dengan alasan mengembangkan sayap perniagaan. Dari kadar pv yang makin rendah dan yang teruknya, kalau dulu kat atm nilainya cecah 400 sekarang Cuma 200. Memang maca sial.

Dari aku sakit hati yang berterusan lebih baik aku stop dari bencana ini. Kalau ada sesiapa yang mykemut aku ini ok semuanya dusta. Malah kekadang aku rasa ada diantara mereka yang mengambil data dari pangkalan data. Kalau tidak masakan orang lain tahu apa yang aku buat. Hari semakin hari aku makin bengang dan kalau berterusan aku pasti akan dapat penyakit.

MYKEMUT yang hampeh. Kepada agen mykemut tak payahlah ko gebang menipu orang. Lebih baik buat biz sendiri daripada mengharap orang lain.

turun seposen

Minyak turun seposen. Naik ikut pasaran tapi turun ikut suka menteri.Tanpa minyak dunia akan mati. Malaysia negara bertuah. Walau sedikit, Malaysia tetap ada minyak. Tak kisahlah minyak atar atau minyak lintah, semuanya minyak yang berguna.

Kerajaan menaikan harga minyak kerana kenaikan pada pasaran global dan mengapa kenaikan itu begitu tinggi mungkin kerajaan berfikir sakit inflasi hanya sekali. Aku juga percaya pakar ekonomi tidak tidur malam membuat kajian sebelum kenaikan dilakukan. Tapi sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa harga diesel begitu tinggi seperti petrol. Adakah itu tindakan yang bijak..?

Aku rasa Dr M sendiri tak pernah meletakan harga diesel standing petrol. Mungkin kerana dia sedar, minyak adalah asas ekonomi dan diesel umpama jantungnya. Kebanyakan lori berenjin diesel maka jika harga diesel tinggi secara tak langsung harga barangan akan meningkat. Bukankah ia perkara senang untuk difahami.

Pak Lah memberi alasan paling mudah kenapa harga diesel camtuh. Mengelakkan penyeludupan. Logik ke alasan yang diberikan? Ini namanya kerana nyamuk sekor kelambu dibakar. Disini saya suka menyatakan mungkin ini sebagai asas kelemahan Pak Lah mengurus. Kenapa tidak dibenteras sahaja penyuludupan itu.? Kalau penyuludupan boleh membawa bencana, suruh la army selesaikan masalah.

Isu sebenar bukan penyudupan tapi ialah rasuah. Ramai penyuludup ditangkap tapi tak pernah pun didakwa. Selalu dengar penyuludup ditangkap tapi anda pernah mendengar berita penyudup diesel didakwa ????? Harammm!

Minyak naik semua nak subsidi. Dari kakitangan awam sampailah yang dah pencen nak dibantu. Fikir-fikir, daripada bagi subsidi kan lebih baik tak payah naikan harga minyak. Buat apa buat kerja gila. Naik nak untung tapi alih-alih rugi..

Berbaloikah dengan menaikan harga minyak ? Bukan senang untuk mengekang inflasi. Terbaru inflasi mencecah 8.15%. Era Mahathir gaji rendah tapi hati bahagia. Sekarang gaji ribu tapi kepala pening kepala. Bertahun-tahun Dr M membina Malaysia tapi tak sampai 5 tahun Pak Lah memerintah semuanya telah musnah.

Ku sangkakan panas sampai ke petang alih-alih hujan ditengah hari..

soalan emel kepada seorang sahabat

Dari melayu kepada melayu yang lain.

UNTUK ORG MELAYU SAHAJA!!!!!!!!! Renung-renungkan lah…..

Paklah tertekan..Pembangkang menekan...
Melayu same melayu bermusuhan..
Cina n India bertepuk tangan...
Nak takluk Malaysia DA lama dorang idamkan...
Hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan...
Cina ngan India dah jadik Johan!
Pkr mengganas...Anwar kuarkan idea 'bernas'...
Orang umno hati panas...
MCA n MIC pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n India yang teratas...
Dorang sokong PKR TU ader 'nas'...
Pernah satu tempat dimana ahli parlimen cina berkata...
" Saya luar saja BN.... dalam hati DAP juga.. "
Kenapa melayu buta Mata? Gaduh je yang dorang suke..Kenapa?...
nak tunjuk yang korang berkuasa?
Padehal negara di hujung nyawa..
Bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya...
Itu ke yang orang melayu suka?Demonstrasi sini sana ...
Bikin kacau bilau satu negara...
Cina India duduk rumah gelak2 tgk brita...
Betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
Mane melayu di masa muka?
Anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
Di perak satu hal...Cina diberi tanah hak milik kekal...
Di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...
Skrg melayu yg rugi n tertinggal...
MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...
Jangan buat keputusan yang tak masuk akal...
Smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
Cina India otak bijak..
Skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan DA jatuh,dorang akan pijak!
Kalau anwar jadi perdana menteri...
Jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
Sape yang akan mengganti?Ahli tertinggi PKR,cina Dan India sedia menanti...
Orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti....
Last2 cina India jadi perdana menteri..Hak melayu slama-lamanya dinafi..
Di Malaysia melayu jadi kuli..

Cina India suke hati lagi..Ha melayu...nak sengih lagi?A
de hati nak demonstrasi lagi?Mase TU sape pun tak pduliPade dorang...
lbih baik mlayu mati..Skarang cina India tgh menanti..
Paklah undur,najib jadi pengganti...Tapi bila najib jadi perdana menteri..
Cina/India dah buat prangkap lagi...
Najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
Tyme in cina n India hentam najib sparuh mati...
Hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
Krajaan pade mase itu takkan dihormati...
Peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...Ha melayu...gelak la lagi..
Bergaduh la sesame sendiri...Tak mustahil org melayu Malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
Disekat keistimewaan di mana2..Terabai seperti bangkai bernyawa..S

EDARLAH ORANG MELAYU...TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK KISAHLA BN KE....PAS KE...TOLONG LA BERSATU PADU..NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...PKR TU BONEKA JE..CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...

TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...SEDARLAH SIKIT...SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?SAPE????????CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...

MELAYU AKAN BELA MELAYU..TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..SEDARLA...FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...SLMTKAN MARUAH MELAYU..UBAHLAH SEKARANG....PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....BERSATU LAAA ORANG MELAYU....

Jawaban emel daripada seorang sahabat.

Dari melayu kepada melayu yang lain.


Renungan buat BANGSA MELAYU (Di alih bahasa oleh individu yang cintakan bangsanya..........)

Saya ingin mendapatkan Malaysia bagi memajukan lagi negara Singapura sebab negara saya sudah habis sumber asli.. Saya dapati inilah masa terbaik pada Zaman Abdullah ini kerana pada zaman Mahathir dulu dia selalu sahaja dapat menghidu taktik saya. Pak Lah saya dapati dia mudah dipengaruhi. Anak didik saya LIM KIT SIANG daripada DAP yang akan melaksanakan perancangan saya cara dia saya guna strategi 3 Fasa:

FASA PERTAMA
1) Menguasai secara tidak langsung melayu-islam UMNO Khairy Jamaluddin= Oleh kerana saya nampak dia begitu bercita-cita tinggi didalam UMNO saya tolong dari sudut kewangan dengan TEMASIK HOLDING dan ECM LIBRA. Saya berhabis berjuta-juta dollar pun saya tak kisah kerana habuan akan datang lebih besar dan saya pesan pada bangsa-bangsa saya di Malaysia supaya sokong dia dari sudut kewangan. Saya perhatikan dalam UMNO siapa yang ada hubungan dengan PM boleh naik dengan begitu pantas. Cth Najib dengan Tun Razak, Hishamuddin dengan Tun Hussien Onn.
2) Menguasai secara tidak langsung melayu-islam di luar UMNOAnwar Ibrahim : Saya dapati anwar ini disokong oleh 50% melayu kerana karisma dia. Saya dapati dia sangat marah pada BN dan UMNO kerana pernah dipenjarakan dan hanya dia seorang tahu korupsi dalam UMNO. Ini adalah peluang saya dan saya tolong dia dengan media. Saya tahu di media Malaysia dia disekat. Saya pesan pada bangsa saya didalam PKR supaya sokong habis-habisan Anwar. Bila dia dah takde jawatan PRESIDEN KEADILAN tu kita punya. Slogan Anwar : JGN PANGKAH BARISAN NASIONAL amat menguntungkan kita . Secara tak langsung jika ada pertandingan dalam pilihanraya 1 vs 1 rakyat akan pangkah DAP PAS : Saya dapati parti PAS payah dikuasai dan biarkan Khairy mengapi-apikan permusuhan antara PAS ngan UMNO dan yg paling penting PAS menguasai dinegeri melayu miskin dan itu bukan sasaran utama saya.
3) EkonomiNaik Harga Barang : Harga barang kita naikkan habis-habisan supaya rakyat marah dengan kerajaan. Kita gunakan alasan minyak Ini mudah saja sebab ekonomi di Malaysia bangsa saya yang pegang.
4) SosialKita timbulkan suasana tidak selamat di Malaysia . Kita gunakan dadah, pelacur, kongsi gelap. Bukan susah hampir 80% mereka ni bangsa saya.. Memang saya tidak suka mereka ni tapi pada saat2 ni kita mesti menggunakan mereka. Lepas kita berkuasa nanti kita hapuskanlah mereka-mereka ni
5) Menjatuhkan Cina & India & Kaum lain yang menyokong BNKita keluarkan semua DVD lucah dan isu-isu pemimpin-peminpin mereka supaya mereka tidak percaya pada MCA & GERAKAN. Kita api-apikan India miskin supaya mereka marah ngan MIC. India-india hindu begitu fanatik kalau kita sentuh bab kuil. Takpe2 saya gunakan sentimen tu.

FASA KEDUA
Saya akan lihat keputusan pilihanraya nanti Jika Barisan Nasional Menang
1)Kita naikkan khairy dan kita mintak Jawatan TPM
2.Jika Barisan Pembangkang Menang2)Kita naikkan Anwar dan bila dia dah takde nanti.. Kita bertanding jawatan Presiden Keadilan. Kita biarkan dulu dia bentuk kerajaan

FASA KETIGA
Bila kita dapat Malaysia ini apa tindakan kita:
1) Kita jadikan Singapura role model kita dan kita tiru mereka.Saya ada jumpa sahabat saya ARIEL SHARON di Israel ari tu. Dia sokong saya dan dia ramal bangsa cina akan menguasai dunia satu hari nanti. Dia kata satu hari nanti semua bangsa Cina akan bergabung diketuai oleh Negara China . Dia kata kebangkitan kita diramalkan didalam TAURAUT, INJIL & ALQURAN. Dalam Al-Quran kita digelar Yakjuj(Cina) Makjuj(Majusi) . Ingat saudara sebangsa saya, Cina di Malaysia dan seluruh dunia USA dan EUROPE amat gerun dengan kita sekarang. Org Islam ingat musuh diorang USA dan diorang masih belum sedar kita akan tikam dari belakang. Dia menawarkan bantuan pada kita.....I

NGAT SEMUAPERJUANGAN MENDAULATKAN BANGSA CINA BELUM SELESAI.KITA BUAT NI BUKAN UNTUK KITA TAPI ANAK CUCU KITA.. INI STRATEGI JANGKA PANJANG KAMI.
1) KEHADIRAN MCA DALAM BN JUGA SEBENARNYA UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN CINA
2) DI SITU KAMI BOLEH MENINTA2 DARI UMNO DAN KERAJAAN PUSAT UNTUK PELBAGAI KEPENTINGAN ANAK2 CINA ATAS NAMA PEMBANGUNAN, KAMI MEMINTA TANAH2 MELAYU UNTUK DIBANGUNKAN - SEBENARNYA KAMI MAHU MEMPERLUASKAN TANAH MILIK KAMI. INI UMPAMA MERMBESARKAN TERITORI PEMERINTAHAN KAMI
3) APABILA ORANG2 CINA DILETAKKAN DI LEBIH BANYAK KAWASAN, MAKA UNDI2 ORANG CINA AKAN LEBIH BANYAK DI PELBAGAI TEMPAT.DALAM BEBERAPA DEKAD LAGI, TABURAN BANGSA KAMI, BANGSA CINA, AKAN BERADA DI MERATA2 DI MALAYSIA
4) KAMI JUGA PERJUANGKAN SEKOLAH-SEKOLAH CINA AGAR ANAK2 CINA DITERAPKAN DENGAN NILAI2 KECINAAN, UNTUK MEMBENCI MELAYU SEJAK MEREKA LAHIR LAGI.SATU HARI NANTI KAMI AKAN MENUKAR BAHASA KEBANGSAAN - BAHASA PERTAMA, INGGERIS, BAHASA KEDUA MANDARIN, BAHASA KETIGA CANTONESE DAN BAHASA KEEMPAT HOKKEINBERSEDIALAH UNTUK MELIHAT PAPAN2 TANDA JALANRAYA DITUKAR BAHASANYA
5) KAMI JUGA BISA MEMPUNYAI HUBUNGAN BISNES YANG KUKUH DENGAN TANAH BESAR CHINA
6) KAMI MEYOKONG PADU TONY FERNANDES YANG MENYEDIAKAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH KE CHINA DAN INDIA . INI MEMBOLEHKAN KAMI MENYELUDUP LEBIH RAMAI RAKYAT CHINA UNTUK MASUK KE MALAYSIA . MEREKA AKAN TERUS TINGGAL DI KAW2 SEPERTI JINJANG DAN BALAKONG. POLIS TAK AKAN KENALI SIAPA YANG OVERSTAY DI MALAYSIA INI - MAKA JUMLAH ORANG2 CINA AKAN BERTAMBAH.APABILA KAMI TELAH TINGGAL DI SINI SECARA HARAM, KAMI AKAN MEINTA2 PULA KEPADA JABATAN IMMIGRATION AGAR MEMBERI KAMI STATUS PENDUDUK TETAP.KALAU TAK BAGI, KAMI BUAT BISING.JUMLAH KAMI AKAN SEMAKIN RAMAI..... YEAHH!!!!ORANG MELAYU AKAN KAMI TINDAS SEBAB KAMI KUKUH DALAM EKONOMI.ORANG INDIA DAN MELAYU AKAN KAMI JADIKAN HAMBA UNTUK MEMBUAT KERJA2 KOTOR KAMI.
7) KAMI DI DALAM BN INI SEBENARNYA TAK KISAH DAP MENANG - KAMI HANYA BERTUKAR2 TANGAN UNTUK MENGUASAI NEGARA INI DAN MENJAGA SERTA MEMBANGUNKAN KEPENTINGAN CHINA.KAMI SENYUM MELIHAT ITU KOH TSU KOON DAN LIM GUAN ENG BERJABAT TANGAN - ITU TANDANYA PERSAHABATAN. TRANSLATION UNTUK PENGETAHUAN ENGKAU SEMUA ORANG2 MELAYU -'lu jaga kita punya olang aaa..
"8) KAMI BINA RUMAH2 YANG MAHAL SUPAYA ORANG MELAYU TAK BOLEH BELI
9) KAMI MAHU BUKA LEBIH BANYAK KANDANG BABI
10) KAMI JUGA MAHU ITU SUPERMARKET TAK ADA SEKSYEN HALAL-HARAM. SENANG MAU SHOPPING. 11) ITU MCDONALD KA BURGER KING KE... TAK PAYAH GUNA AYAM HALAL. LECEH MAHU IKUT PROSEDUR INI ORANG2 ISLAM. LAGI MAHU BAYAR ITU TANDA HALAL DARI JAKIM.
12) MEMANG KAMI SOKONG ITU ABDULLAH BODOWI - DIA LEMAH. DIA BAGI SAJA APA KAMI MAU
13) KAMI JUGA SOKONG ITU KHAIRY JAMALUDDIN. ORANG MELAYU TAK SUKA DIA SEBAB DIA LEBIH2.. JADI ORANG MELAYU AKAN BERPECAH. ITU YANG KAMI MAHU TENGOK.UNTUK KAWAN KAMI DALAM DAP...BILA SUDAH AMBIL KAWASAN2.. DAP AKAN LAKSANAKAN JANJI2 KAMI SEMASA KEMPEN.BILA SUDAH 5 TAHUN, RAKYAT TENGOK ADA PEMBAHARUAN. .. NANTI NEXT ELECTION, MEREKA UNDI LAGI DAP. KEMUDIAN KAWASAN2 YANG KAMI MENANG AKAN LEBIH BANYAK.LU JANGAN INGAT KAMI TAK ADA WANG. KAMI BANYAK SUMBER2 KEWANGAN.BUAT MASA INI, KAMI BISING2 SAHAJA NAK BERLAKU ADIL. JADI KAMI TUNJUKKAN YANG KAMI BAGI KONTRAK2 SECARA TELUS.BILA SAMPAI MASA, LU JANGAN HARAP KAMI NAK BAGI BISNES DEKAT ORANG MELAYU.DALAM BEBERAPA ELECTION LAGI, KAMI AKAN MENGUASAI PARLIMEN.BILA KAMI ADA KUASA DALAM PARLLIMEN.. MASA ITULAH KAMI AKAN CADANG TUKAR ITU PERLEMBAGAAN ORANG MELAYU.ITU MACAM, MELAYU AKAN KAMI HAPUSKAN SEBAB KUASA DI TANGAN KAMI.LEPAS ITU BILA KAMI BERKUASA.. KAMI LETAK BALIK ITU I-S-A TAPI TAK PANGGIL I-S-A.. PANGGIL NAMA LAIN, MACAM DI SINGAPORE , IKUT DATUK KAMI PUNYA STYLE DEKAT SINGAPURA. MASA ITU ORANG MELAYU BILA CAKAP2 RACISTS, BUAT DEMO JALANAN.. KAMI AKAN SUMBATKAN LU ORANG DALAM JAIL.b

terresa

Cerita Teressa tak habis dihangatkan. Ceritanya umpama sehangat tahi ayam.Bukan aku tak faham adat orang berpolitik. Cakap putar alam tapi kenapa Terresa tidak sedar zaman dah maju, alat komunikasi semakin canggih. Bersaksikan seluruh rakyat Malaysia apa yang dikatakan di TV3 dia masih hendak menafikan. Alih-alih hari ni dia mengaku apa yang dicakapkan. Dulu dia nak saman utusan tapi kali ni dia cabar utusan saman dia.

Wahai cik Teressa, kalau kamu duduk dihotel boleh la kamu makan seafood. Kamu tak sedar ke bahwa kamu tu jadi tawanan ISA. Kalau semua tahanan dapat makanan seperti orang kaya, lebih baik semua penyamun duduk dalam jail. Kalau dalam jail dapat makanan sedap-sedap esok lusa semua banduan minta kerajaan mohon diberi elaun seperti kakitangan awam.

/me tunggu reaksi orang melayu dari pakatan rakyat.

Wednesday, September 24, 2008

malam....

Mata terpejam tapi hati melayang. Aku ingin merehatkan mata ini. Dah sehari suntuk aku tak tidur. Badan lesu tak bermaya. Kala terkebil-kebil aku terasa sunyinya malam ini. Damai sedamai salju. Terfikir olehku, adakah malam ini malam LAILATUL GADAR”. Malam yang penuh rahmat kepada seluruh umat MUHAMMAD.

Dibenak ku ini, aku teringat arwah kedua orang tuaku. Sepatutnya aku panjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat semoga mereka tergolong dikalangan orang yang beriman. Tapi aku, menuju pc yang tersedia untukku mencoretkan sesuatu.

Aku sudah lama tak mengaji walhal dulu masa aku muda aku yang mengajar adik dan sepupu sepapat aku mengenal Alif Bha Tha. Tapi bila aku meningkat dewasa aku mula meninggalkan. Kalau sekarang aku disorongkan kitab suci itu aku merangkak membaca.Hinanya aku ini. Bilakah aku akan berubah.??

Biarkan aku melayan perasaan aku ni sendirian………

Tuesday, September 23, 2008

ISA

Aku tak setuju kalau ISA dihapuskan tapi setuju dikaji dari segi perlaksanaan. Aku tak rasa terancam dengan ISA tapi aku sedar sekarang aku terdedah kepada ISA. Akta tak salah tapi kita manusia sering menyalahgunakan kuasa yang ada. Kenapa tidak menggunakan Akta Hasutan mungkin Pak Menteri ada hujahnya sendiri. Apapun aku agak puashati bila Terresa kena ISA. Aku tak anti cina tapi apa dia kata menyakitkan hati aku.

Setiap perjuangan perlukan pengorbanan. Pada yang terkena ISA, andai apa yang kamu fikirkan betul teruskan perjuanganmu. Apa yang terjadi pada diri kamu, keluarga kamu adalah kerana pilihan kamu. Tiada siapa yang menyuruh apa yang kamu lalukan. Mungkin hebatnya kamu itu orang zaman baru yang merasa peritnya waktu ketika dulu sebelum merdeka. Aku tidak berani mencuba apatah lagi aku merasa kerana aku tahu azabnya didalam.

Mengapa mereka memilih jalan itu.? Ingin sekali aku menjadi pakar siokologi. Memahami hati perasaan mereka. Ada jalan terbuka mengapa menuju ke jalan yang sempit. Darurat ke Negara ini.? Diancam pengganas atau kita ditindas hingga tiada langsung hak untuk bersuara..? Cina dan India boleh bebas merdeka inikan pula kau melayu yang diberi keistimewaan tapi menggatal mencari pasal.

Walau negara kita tidak demokrasi 100% tapi aku masih melihat begitu banyak kerusi pembangkang. Malah aku tengok begitu rakus mereka ingin memerintah. Adakah dengan kemenangan pembangkang baru kamu semua ingin menyatakan negara ini benar-benar demokrasi.? Demokrasi mengikut telunjuk kamu.? Hurmmmm……
Bengong kamu ni. Dah diberi betis nak peha.

Samada ISA dihapuskan atau tidak aku tak kisah. Aku Cuma mahukan ketenteraman dan keselamatan aku dan keluarga aku. Daripada aku simpati pada mereka yang merasa ISA lebih baik aku simpati pada anak-anak yatim dan fakir miskin. Moga ALLAH lebih memberkati simpati aku itu.

kubah masjid

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuhMemerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu Aku IkutAbah solat subuh ke masjid.. Jangan melawan.Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas KenyangBersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid BeradaDi tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia DanTunjukkanKeArah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikirAku."Kenapa?" tan ya Abah."Lailatuqadar," kata aku dengan jari ma sih menunjuk kepada kubah."Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini."Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. Pasal TU Kubah TU dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi

PKR UMNO PAS

Seorang member aku bertanya. “ apa pendapat ko mengenai PKR, UMNO, PAS ”.
Agak-agak kalau soalan ni diajukan pada anda, kepada anda apa yang akan anda jawab.?

Aku tak tahu kenapa dia mendekati aku dan boleh cool bertanya tentang soalan itu sebelum balik kampung. Adakah dia keliru dengan iklim politik sekarang atau dia mula menggunakan akal.

Bagi aku, pakatan rakyat memerintah belum tentu taraf hidup kita berubah. Kalau sekarang rumah kita flat tidak mungkin apabila PKR memerintah rumah kita akan jadi rumah banglo. Mungkin ia terjadi jika kita kroni mereka. Rezeki harus dicari bukan datang bergolek.

Aku takut bilamana PKR memerintah, kestabilan politik menjadi kelam kabut. Kalau sekarang politik kita kabur, bagaimana barisan pakatan rakyat menjernihkan suasana.?

Kalau barisan nasional penuh dengan rasuah apa jaminan pakatan rakyat bersih daripada gelaja itu sedangkan barisan yang akan dibentuk terang-terang melompat parti disebabkan pangkat dan wang ringgit. Adakah dengan melompat parti mereka menjadi suci dari segala kekotoran..?

Walau apapun, mungkin sudah tiba masanya kita memberi peluang pada pakatan rakyat u membuktikan apa yang digembar -gemburkan. Bukankah itu kehendak rakyat Malaysia terutamanya orang melayu?

Kekadang aku mencari-cari apa yang sebenarnya orang melayu MAHU. Adakah kerana rasuah mereka ingin menukar kerajaan atau kerana tekanan hidup yang semakin menekan? Mungkin faktor tekanan hidup membuatkan mereka memberontak lalu mereka tidak terfikir sebenarnya mereka menggadaikan masa depan bangsa mereka sendiri.

Apapun aku sebagai warga Malaysia, aku ikut suara majoriti. Aku tak kisah.
Biarlah apapun yang terjadi. Aku tunggu dan lihat. Adakah aku silap dalam menilai atau mereka yang silap. Hanya masa yang menentukan kebenarannya.

zakat

Semalam aku melunaskan tanggungjawab aku sebagai kalifah ALLAH dan sebagai ketua keluarga. Aku gembira bila aku melafazkan akad. Tapi semalam juga aku bersembang tentang zakat yang aku bayar. Aku tidak mengungkit malah aku bersyukur atas pemberian rezeki olehNYA.

Zaman dah berubah adakah orang mendapat zakat juga berubah. Orang yang hendak berkahwin adakah antara mereka yang mendapat zakat aku?. Adakah aku tidak tergolong orang menyokong pewaris nabi (ulama ) bilamana aku mempertikaikan cara zakat diagihkan. Hati mana tidak terguris bila melihat seagamaku meminta belas sedangkan wang zakat yang dikutip berjuta-juta hingga mampu dibuat sumbangan perkahwinan malah aku dengar sekarang boleh dibuat pinjaman perkahwinan

Hampir semua orang yang berkahwin ( orang papa cam akulah ) mesti pening lalat cari wang hantaran. Korek sana sini sebab hantaran tak cukup.Nak pinjam ayah, aku anak yatim dan kini aku yatim piatu. Serba serbi perlukan wang ringgit. Nak beli riben bunga pun terasa perit. Orang yang yatim cam aku mestilah semua tanggung sendiri. Tapi sekarang, wang hantaran disponsor, baju berpasang-pasang, duit poket diberi. Siap diberi publisiti. Semuanya itu dari sumbangan orang Islam. Wahai yang berkenanan, sumbangan itu bukan untuk orang yang berseronok tapi ialah untuk anak yatim piatu seperti adik-adik aku. Sakitnya hati aku bila aku tengok berposing senyum-senyum cam cipan. Huh…!!

Kerajaan bagi peruntukan pada jabatan agama berjuta-juta setahun. Tapi mengapa hendak buat bangunan perlu korek wang zakat. Hantar kursus ustat-ustat aku rasa mungkin juga guna wang zakat. Adakah mereka ini antara orang yang layak menerima zakat. Semuanya alasan. Tiada kejujuran dalam menjalankan amanah. Sedarlah, ramai yang memerlukan zakat itu.

Dekat raya ini, kekadang aku sebak melihat anak-anak yatim. Aku merasai hibanya hati mereka. Aku yang ketagori tua ini rasa syahdu bila kenang mak ayah yang telah pergi. Apa perasaan kamu kalau kamu ditempat mereka. Jamuan berbuka bersama anak yatim tapi anak yatim makan pisang VIP makan daging. Bukankah namanya jahil mempergunakan mereka. Takpelah kamu yang sponsor ( nak lari cukai la tuh ) tapi ingatlah kamu dapat balasan apa yang kamu lakukan.

irama dan lagu

Asyik aku mendengar lagu dealova. Sedap lagu tuh. Sedap mungkin kena pada hati aku sekarang ni.Tapi bila lagu artis kita dimainkan, lamunan aku jadi terhenti. Apa jenis lagu ni pun aku tak faham. Ha ha ha… agaknya aku ni tak mengikuti peredaran zaman.

Pendapat aku tentang artis kita dengan Indonesia, ada artis kita yang berkualiti tapi tak lah sehebat dulu. Mungkin sebab skrang ni ramai artis kita dicungkil dari reality TV. Kalau dulu, juara bintang RTM, pasti dia akan meletup.Suara mantap, komposer dulu pun hebat2 belaka. Bukan nak memperkecilkan, tapi teliti la apa yang ada dalam industri hiburan kita. Banyak lagu lama diberi nafas baru. Aku tak faham kenapa mereka kata diberi nafas baru, walhal aku rasa, lagu dulu tak diberi nafas baru pun orang masih nak menyanyi. Kalau nak diberi nafas baru, berilah nafas baru pada lagu lama yang tak popular. Itu barulah dikatakan diberi nafas baru. Kalau lagu popular dirakamkan kembali, bukankah itu namanya mengambil kesempatan atas popularity..?

Seperti aku katakan selalu, melayu tetap melayu.Jiwa melayu tak sama jiwa mat salleh. Jiwa orang melayu tak sama ngan orang Arab. Hati orang melayu masih lembut, bukan seperti mat salleh. Berucap pun hanya “ladies and gentleman ”. Pernah ke dengar orang kita berucap hanya seperti tu.?

Bila Anuar Zain menyanyikan lagu komposer orang indon, pandai plak semua melenting. Bijak berkata2, tak support la orang kita, runtuh la industri muzik kita. Macam2 la aku dengar. Aku nak tanya, kenapa komposer Malaysia tak nak buat lagu untuk hati orang Malaysia.? Kenapa..?? adakah pendengar orang Malaysia disuruh terima bulat2 sedangkan komposer syok dengan cara mereka..? begitu ke.???

Fikirkan la…..

revolusi

Aku tulis aku padam.Tulisan aku bercelaru. Semuanya ada yang tak kena. Inilah namanya hati tengah bengang. Aku bengang dengan semua. Dari dasar kerajaan yang bodoh hingga ke kesatuan yang semakin lama semakin hilang taring.

Aku sedar aku cukup bertuah berkerja di bawah syarikat yang hebat. Hebat bukan sahaja dari gah namanya malah staff yang cukup berdidikasi. Dulu kebajikan terjamin. Itu dulu tapi sekarang semenjak bos baru masuk staff seperti terhimpit. Jamuan raya pun pekerja kena sponsor.Aku tak faham pembaharuan yang dibawa dan apa kemajuan yang dicapai dibawah pimpianan beliau. Mungkin sebab tu rakyat cakap Pak lah lemah tak pandai mengurus.

Sekarang kesatuan makin lemah. Kepimpinan orang lama tidak diwarisi oleh barisan exco yang baru. Semuanya menguntungkan jangka pendek. Kenaikan tahunan tidak seperti dulu. Semuanya beralasan syarikat tidak mencatat keuntungan yang memberangsangkan. Walhal didada akhbar untung berganda-ganda. Kecemerlangan bertimpa-timpa tapi bila tang bonus mulalah syarikat kabar berita rugi.

Hingga kini aku tidak berapa pasti mengapa kerajaan mewujudkan IPP. Kalau kerana beralasan black out, aku rasa tidak munasabah. Ada ke didunia ini jentera yang tidak pernah breakdown.? Tak pernah ke di dunia ini tiada negara yang pernah trip berjam. US negara maju pun tidak dapat mengelak inikan Malaysia yang terkial-kial nak maju.

Kalau ingin memecah monopoli, mengapa kerajaan membuat perjanjian gila. Merugikan wang rakyat dan memperbodohkan perkerja tnb. Rizab tenaga sampai 40%, beli mahal jual murah. Pakai tak pakai wajib bayar. Bukankah gila namanya. Aku tak kisah kalau kerajaan nak buat apa tapi jangan kerana dasar gila ini pekerja tnb mati tersepit. Pekerja tnb bagai pekerja gila. Gaji seperti sukarelawan tapi IPP untung berbilion-bilion. Kalau ingin bersaing, bersainglah secara gentle. Usah kau jadi penyagak yang terhormat.

Wahai staff tnb. Fikirkanlah apa yang sepatutnya kamu lakukan. Kerja kena ikhlas tapi usah hasil titik peluh kita kita gadaikan. Jadilah warga kerja yang berwibawa tapi jangan jadi perkerja talengong. Kita berhak dapat lebih apa yang sepatutnya kita dapat. Usah kau berpuashati apa yang telah kau nikmati. Hasil usaha kamu seperti lautan padi yang menguning dan bukan seperti kolam sejengkal. Kerana mungkin satu hari nanti, aku takutkan kamu akan menjadi salah seorang penerima zakat dek kemiskinan.

Semalam aku berjaga sepanjang malam. Ronda-ronda seluruh kampung. Ketenteraman tidak seperti dulu. Pecah rumah berleluasa. Tidak kira siang atau malam. Kejadian sedemikian tidak nampak penghujungnya. Kecian aku tengok pakcik-pakcik tua bersengkang mata tapi apakan daya semuanya kerana keselamatan keluarga mereka juga.

Aku saje meronda mencari kisah disebalik cerita. Ada yang menyatakan kerja orang dalam dan tidak kurang ada yang menyatakan ada geng yang sedang menjadi buruan. Entahlah, aku sendiri tidak pasti apa yang terjadi. Yang pasti minggu lepas rumah member aku dibolosi penyamun. Nasib baik hanya berdarah dikepala kalau nyawa melayang.?? Aduhh…. Peritnya sekarang hidup di Malaysia.

Bagi aku, jenayah sebegini sudah menjadi lumrah. Mungkin kerana desakan hidup dan mungkin juga angkara orang luar yang bertandang. Sekeliling kampungku dipenuhi dengan warga asing. Malah ada orang kampung yang tidak segan silu duduk sebumbung dengan mereka. Aku tak terniat hendak menghina mereka tapi mengapa mereka tidak memikirkan keselamatan keluarga mereka sendiri.?

Apa yang menarik ialah sikap segelintir penduduk yang melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Lebih-lebih lagi mereka yang beredologi pembangkang. Bagi mereka biarlah puak tuh yang menjaga. Bagi mereka itu tanggungjawab mereka. Aku memang tak faham kenapa mereka berfikiran sempit sebegitu. Adakah itu teladan yang mereka ingin tonjolkan.??????