Wednesday, January 21, 2009

Lelaki berserban

Kalau melayu berserban kena saman tapi bila singh dilepaskan.
Untuk KPN adakah undang-undang ini adil.?


Apa sudah jadi.? Dimana kecekapan polis dalam menyelesaikan isu UM ini.?
Rompakan berjuta dengan cepat ia diselesaikan tapi kenapa dalam isu surau UM ini polis tidak mengambil tindakan proaktif. Kalau aku dapat siapa yang buat.... HUrmmm... aku cincang-cincang sampai lumat.

Umno Kuku Besi

Keputusan Kuala Terengganu adalah tidak mengejutkan aku. Awal-awal lagi aku menyatakan kewibawaan Adun Wakaf Mempelam menjadi senjata ampuh Pas. Aku bukan orang politik tak mungkin aku akan pergi ke Kuala Terengganu, namun situasi disana aku tahu BN memberi tentangan sengit hingga keadaan 50-50 tetapi pada malam sebelum hari mengundi keputusan hampir diketahui walaupun mengundi hanya pada keesokannya.

Bagi aku ia mempamerkan bahawa Umno khususnya Pak Lah tidak belajar dari pengalaman PRU yang lepas.

- Pak Lah meletakkan calon kalah sebelum bertanding.
- Memberi imbuhan secara terangan dan ia menjadi senjata makan tuan.
- Trend pengundi sendiri yang tidak konsisten. .Kelantan dijadikan contoh dimana kerajaan pusat akan tetap memberi sogokan. Ibarat cencaru makan petang.
- Pengundi muda ramai yang mengundi pembakang.
- hakikat sebenar disorokan hanya utk menyedapkan telinga.Benda hitam tapi dikatakan putih. Tapi untuk kali ini perisik menyatakan kebenaran hanya media massa yang lebih-lebih.
- Kemungkinan pengundi cina ramai yang menyokong pembangkang. Itu trend keadaan sekarang kerana PKR menawarkan sesuatu yang berharga iaitu Hak Sama Rata.
- UMNO masih belum pulih.
- Masih menggunakan startegi lama yang sudah ketinggalan zaman.

Dilema UMNO kini.

- andai Umno masih berpendirian mengekalkan "polisi"nya PRU akan datang BN pasti akan kalah.
- andai Umno membuka pintu "besi" maka bermula awan gelap pada bangsa melayu.
- andai Umno membuka pintu bermakna terpadam segala jasa BN dan UMNO akan dipersalahkan oleh generasi akan datang sementara PKR akan terlepas dari segala kesalahan.


Kebengangan orang Umno sendiri.

Pak Lah tidak memberikan apa yang sepatutnya untuk orang Umno. Banyak negeri yang menjadi benteng Umno tidak dijaga. Banyak dana disalurkan kepada negeri yang dikuasi pembangkang. PRU yang lepas Kelantan diberikan dana yang cukup besar sedangkan negeri lain budget untuk mengurus pondok urusetia pun tak cukup.

Kuala Terengganu sepatutnya dijadikan medan ujian. Tidak disogokan dengan pelbagai imbuhan tetapi kerajaan hanya akan melaksanakan selepas pilihanraya.Umno sepatutnya mengajar negeri yang kalah atau tradisi cencaru makan petang seperti Kuala Terengganu ini.

Apapun jika Umno masih berpendirian mengekalkan polisinya pasti Barisan Nasional akan tumbang. Melayu sekarang berani memperjudikan nasibnya mengapa Umno tidak cuba menggadainya?

Untukmu melayu sebangsaku.
Mulut menyatakan kroni tapi sendiri masuk kerja ayah abang kawan adik tolong. Seorang ayah menyatakan kita perlu bersaing anakmu itu di matrikulasi hanya tiket kuota melayu. Andai kamu melayu berkerja di GLC, kamu adalah warisan DEB .Andai kamu melayu pekerja rencam mungkin bos kamu dapat kontrak ehsan dari dasar DEB. Andai kamu melayu petani subsidi itu nadi tegaknya padi. Andai kamu melayu guru hasil KPLI itu adalah rasuah orang melayu.

Ayuh…. Melayu.!! Kita buka pintu dan kita bersaing. Jika kita kecundang maka benarlah golongan orang yang paling bangang.

Wednesday, January 14, 2009

Fantasi Pas

Aku bukan blogger mustahil kalau ada follower.Aku juga bukan orang politik apatah lagi ada agen perisik.Apa yang aku tulis ialah apa yang aku sembang hari-hari. Jarang surfing tapi rajin baca blog orang. Hampir semuanya dari pautan dari blog ke blog. Ia seperti emel berangkai. Malam ni aku baca blog ramlyotai dan mimpi916 dan secara kebetulan petang tadi aku sembang dengan kawan karib aku. Bertekak hari-hari tapi kami memang kamcing bagai aur dengan tebing. Syabas daus kawan karib aku, tiada nko maka sepi la bilik aku….

Hari ini Hudud siri kedua. Siri kedua pun aku tetap mengelak dari sudut agama tapi bersembang tentang cara nak melaksanakan hukum Allah itu. Kalau Pas kata DEB bahan temberang Umno, Hudud pula fantasi Pas. Bagi aku PAS tidak matang dalam berpolitik walaupun usianya 50 tahun. Sekarang ini Pas seperti kuda dalam Pakatan Rakyat. Malah sekarang ini andai dihalusi aku dapat rasakan PAS ada masalah dalaman yang tidak tersurat.Dalam pakatan, Pas seperti hilang taring dan seringkali diperkecilkan.Kata-kata Presiden tidak didengari bukan sahaja di dalam pakatan malah kadang-kadang di dalam parti sendiri. Pas ibarat aksesori didalam Pakatan Rakyat, tidak mungkin Pas mampu mengubah dasar pakatan yang diterajuri Anwar.

PKR menyokong hudud hanya untuk survival politik dan tidak lebih dari itu. DAP tetap akan dengan ideologi mereka sendiri iaitu tidak membenarkan Islam terus berkembang. Tidak pernah dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat satu resolusi yang menyokong Hudud.

Satu golongan yang dipanggil ‘ endorgan’ yang wujud dari kalangan ahli profosional melawan golongan ulama.Gerakan ini diketuai oleh Husam untuk merampas jawatan Presiden dan pengaruhnya ibarat api dalam sekam. Ia boleh dilihat di Selangor dimana Khalid Samad diturunkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. Gerakan ini dapat dihidu oleh oleh golongan ulama dan mereka cuba menyekat pengaruh tersebut namun seringkali Husam dilindungi oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana Husam adalah merupakan anak didik kesayangan Tuan Guru.

Apa yang menariknya, golongan ini menyokong Anwar dan tidak memperjuangkan Hudud. Hanya dalam wacana di Kota Baharu Husam terjerat dengan perangkap kata-kata Khairy.Andai benar PKR dan Pas mempunyai misi yang sama dalam isu hudud dan memperjuangkan agama, mengapa ucapan parlimen Zulkifli Noordin Parlimen Kulim Bandar Baharu disangkal sendiri oleh wakil Pas.

Mengapa pakatan sudah terbina namun Pas tidak berani membawa usul ini kepada Pakatan Rakyat sebaliknya bermuzakharah dengan umno yang dikatakan penuh dengan kurapsi. Mengapa UMNO yang penuh rasuah diajak bergabung tetapi tidak PKR yang dikatakan telus, baik dan parti yang memperjuangkan agama bergabung menjadi satu parti.? Alasan ia sudah dalam pakatan, adalah tidak relevan kerana misi dan tujuang parti adalah jauh berlainan.

Akhir sekali teringat ucapan Zulkifli Noordin Parlimen Kulim Bandar Baharu akan tetapi hakikat survival politik menyebabkan dia menyepi.Aku salute kat dia yang berani jika dibandingkan dengan orang yang berkata memperjuangkan agama tetapi hakikatnya hanya berselimut di dalam temberang.

/aku ambik gambar komik ni kat blog ramlyotai ngan mimpi916.

Tuesday, January 13, 2009

MB Pakatan Rakyat

Khalid Ibrahim

Pentadbiran yang kucar kacir seperti hilang kawalan. Beruntung memerintah negeri yang kaya seperti Selangor tapi malangnya kepimpinan beliau dalam koporat tidak mampu menstabilkan politik di Selangor. Banyak isu yang timbul dan ia dianggap benchmark kegagalan kepimpinan beliau. Mungkin isu yang timbul kerana dia cuba mempertahankan sesuatu namun itulah dunia politik.

Pentadbiran di Selangor boleh dianggap bayangan kepada kepimpinan PR kalau memerintah kerajaan. Kalau dalaman PKR sendiri bertelagah apatah lagi dengan DAP yang begitu jitu. Manifesto pilihanraya hanya sebagai janji.Kalau skim air percuma pun susah nak settle bagaimana yang lain.?

Nizar Jamalludin.

Bagai lembu yang ditarik hidung. Segalanya tergadai. Yang nyata isu tanah dan yang tak nyata mungkin banyak lagi.Orang politik lebih tahu dalam hal ini. Ia seakan seperti PRU10 dimana banyak peruntukan kerajaan jatuh kepada bangsa lain bagi menampung survival politik. Beliau seakan tidak memberi sumbangan kepada melayu malah Negeri Perak malah sendiri. Akhirnya melayu Perak dalam kerugian kerana Pangkor 2.

Ustaz Azizan

Tiada isu yang besar dan aku kategorikan hampir tiada. Kepimpinan beliau amat bagus. Matang berpolitik terutamanya boleh berkrompomi dengan BN. Tidak memboikot utusan merupakan dia seorang yang berpandangan terbuka. Mungkin kerana Kedah majoritinya orang melayu dan Adunnya dikalangan orang Pas maka beliau senang memerintah.

Isu balak no komen tapi bagi aku itulah hakikat bahawa bukan senang untuk memerintah kerajaan walaupun hanya sebuah negeri. Dalam apa jua keadaan mengurus kos pengurusan memerlukan baget yang besar, maka adakah negara kebajikan yang dikatakan itu hanya satu gimik.? Isu babi di Kedah aku memahami kerana Malaysia negara majmuk tapi bagi pemerintahan orang Islam terutamanya Ulama kenapa harus menternak dalam skala yang besar. Adakah ia untuk dijadikan sumber pendapatan kerajaan.????

Lim Guan Eng

Ketokohannya sebagai pemimpin memang mengujakan. Layak menggantikan tempat bapanya Lim Kit Siang. Penang memang dikuasi oleh cina maka sama sahaja untuk orang melayu samada BN memerintah atau tidak. Kegagalan Umno Penang mungkin disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan ahli akar umbi yang tidak proaktif. Adalah menjadi dasar BN dimana melayu diutamakan.

Kenaikan elaun guru agama menutup semua mulut orang melayu dan dicanang seluruh negara bahawa DAP juga mengambil berat tentang hal orang melayu. Walhal aku rasa berapa orang guru agama di Penang dan kosnya hanya dicelah gigi bagi kerajaan. Andai diubah dasar DEB maka melayu secara langsung akan rugi. Ketulusan sistem yang dicanang belum terbukti kebenaranya. Di Selangor sendiri pembeliam Camry dibeli secara sebut harga dan bukan tender terbuka. Adakah ia telus.?? Allahualam…… (Dua kali 5 dengan BN )

Monday, January 12, 2009

tangis darah

Tidak terungkap dengan kata-kata. Wajah-wajah mereka membuatkan aku diam seketika. Sayu melihat kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa serangan. Langit bagai salji memutih angkara bom dari serata darat dan udara. . Ku sangka hanya CS tembakan membabi tuli rupanya di palestin tragedi realiti menyayat hati.

Israel menunjukkan dimana sebenarnya Islam sekarang ini Orang Islam sekarang hanya bermegah pada keagungan tamadun orang dulu. Orang Islam seakan masih bermimpi tamadun yang telah berkurun berlalu masih dimiliki walhal tamadun itu telah dijajah dan dikembang oleh musuh Islam. Islam mengajar untuk menyembah ALLAH tetapi tidak menyuruh meninggalkan sains dan teknologi seperti dalam firmannya yang menyentuh bulan dan bintang di langit. Tapi kini hanya kerana persepsi ilmu agama menjamin ke syurga akhirnya kita gagal sebagai khalifah yang diutus untuk menjaga agamaNYA.

Walau Israel diibaratkan hanya sebesar bola di bumi arab tapi sejarah peperangan arab membuktikan arab kalah dalam semua peperangan.Tidak tahu puncanya tapi aku tunduk dengan hizbullah kerana kumpulan pejuang ini berjaya memalukan Israel hanya dengan tembakan mortar.

Benar atau tidak, semasa hayat Saddam Hussin Israel tidak berani berperang aku tidak pasti. Tapi dia satu-satunya pemimpin arab yang ditakuti oleh Israel. Semasa Iraq tumbang orang Iraq sendiri ketawa dan sekarang ketawa mereka dibayar dengan tangis darah.

Apapun, pada Hamas dan Fatah “ biar tidak bersetuju tapi bersatu”.

Sunday, January 11, 2009

V6 vs Camry

Kerajaan negeri mengalami kerugian menggunakan kereta Perdana V6 kerana kos penyelanggaraan yang tinggi. Samada betul atau tidak aku tak tahu sebab aku tak pakai V6. Kalau kerajaan negeri sendiri dah kata camtuh lalu satu persoalan timbul tentang isu kualiti kereta proton. Kalau V6 kereta proton yang paling mahal mempunya kualiti yang teruk camne kualiti kereta proton yang lain.?

Apapun jawapan semua orang dah tahu tentang kualiti proton. Maka dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia ditipu secara paksa untuk menggunakan proton.Cukai dikenakan terlalu tinggi terhadap kereta import untuk memaksa rakyat menggunakan kereta yang mahal tetapi kualitinya hanya setaraf kereta pergi pasar.Mungkin kalau ada kajian mendalam isu kualiti ini ia akan merupakan foktor utmaa kepada statistik kemalangan maut di jalan raya.

Setiap Ahli Parlimen ada layak mendapat 1 AP. Betapa untungnya menjadi MP, dahlah kaya elaun banyak AP pun setiap orang satu. Adilkah sistem ini. Meragut hak rakyat untuk memiliki keselesaan.?

Dulu pembangkang sibuk mengutuk kerajaan termasuk Perdana Menteri menggunakan kereta mewah. Tapi kini bila dah jadi kerajaan dia plak tukar kereta tiru kerajaan BN yang perhabis duit rakyat.Apapun alasan mereka, kerajaan atau pembakang sama sahaja. Bila dah dapat dia diam. Yang rugi rakyat. Diperbodohkan bulat-bulat. Memperjuangkan hak rakyat tapi semua untuk kepentingan sendiri.

Akhirnya, orang politik makan nasi rakyat makan ubi kentang. Orang politik pakai kereta Camry rakyat pakai proton. Orang politik temberang sana sini rakyat terlopong tunjuk gusi kena tipu lagi.

DEB

Beruntung melayu Malaysia, banyak dapat subsidi kalau dibandingkan dengan bangsa lain. Sebab itu cina kalau dapat hentam melayu dia hentam. Kalau kilang tuh bukan cina kalau dapat peluang dia hentam melayu. Kalau kilang tu kilang cina kompem dia akan hentam sampai habis. Sebab tu bila kilang cina tak heran la gaji kerani orang cina pun gaji sama taraf dengan engineer melayu.

Dulu heboh sebab pasal subsidi atau DEB menyebabkan melayu lembik dan tak mampu bersaing.Kerana kuota melayu tak mampu menandingi prestasi pelajar cina. Kalau apa lagi.??? semuanya kalau melibatkan subsidi bumiputera kita akan cakap melayu akan jadi lembik. Huh…~!

Bagi yang berpendapat kerana subsidi atau DEB melayu menjadi lembik aku plak nak tambah pendapat korang sebab aku rasa kurang ummphh..!!. Apa kata jawatan Perdana Menteri kita bagi kat cina. Mungkin melayu bertambah maju disebabkan PM kita cina. Kalau korang boleh berfikiran terbuka kerana tongkat ( subsidi ) melayu lemah lalu buanglah tongkat semua. Barulah betul apa yang korang fikirkan.

Giler nak bagi Perdana Menteri cina. Mampus la melayu. Kang melayu jadilah melayu Singapore. lorrr……

( Kesimpulan pendapat menyatakan kerana DEB melayu lemah tak boleh pakai. )

Hudud

Sembang petang kejap dengan seorang kawan karib. Dijodohkan kawan karib semasa perintah berkurung di Sungkai satu ketika dulu. Biasanya kalau sembang ala-ala politik dengan Daus ni aku menyirap darah tapi hari ni dia cool. Kenapa Umno tak nak Hudud sedangkan Hudud Undang-undang Islam. Apa aku nak jawab sebab Hudud tu hukum ALLAH. Masakan aku nak bermain dengan hukum ALLAH. Lalu aku temberanglah apa yang aku patut temberang, Nama pun sembang petang, kalau tak temberang takde la namanya sembang petang kan….

Dalam politik ni kena bijak seperti Anwar yang kaki temberang. Kalau tak temberang tu namanya bukan politik. Pakatan rakyat temberang tapi tak siapa peduli. Berapa kerat je janji politik piliharaya yang mereka tunaikan tapi ia bukan satu isu pun.Aku pun tak ambil peduli sebab aku dah tau dah itu semuanya temberang. Nak tau apa yang pakatan janji carilah sendiri manifesto PRU12 lalu. Tak kan itupun aku kena cari, kamu cari la sendiri. Malas bonar kamu ni. Huh…!

Hudud..! isu lama tapi panas balik sebab KJ bagi panas untuk P.036 pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk melagakan DAP ngan Pas. Bagi melepaskan diri dari isu agama aku temberanglah cerita survival politik. Agama jangan dipermainkan sebab kang buta-buta dapat dosa. Aku bukan jenis orang cakap tak serupa bikin, cerita konsert melalaikan, judi haram, berzina haram tapi habit main perempuan. Bukankah itu cirri-ciri orang munafik.

Politik kalau tersalah cakap atau lurus bendul kompem orang politik tu memang bangang. Kalau dulu Pas cakap BN memerintah kuil sana sini tapi sekarang dia cakap Islam itu adil. Bila BN sebut Malaysia majmuk dan kena adil untuk bangsa lain Pas akan cakap Malaysia negara Islam atau majoriti melayu lalu alasan itu tak boleh terima pakai untuk membina kuil. Bila Umno kata Malaysia negara Islam Pas akan perlekeh sebab undang-undang bukan Islam. Turki Islam sekular tapi dia tetap dianggap negara Islam. Jadi adakah hanya kerana undang-undang bukan Islam (hudud ) secara total kita bukan negara Islam??

Sebenarnya aku bukan nak cerita kuil atau Hudud tapi aku tulis saje nak bagi tau nko Daus ( kalau ko cari blog aku ) apa istilah sebenarnya survival politik. Temberang dan putar alam itulah yang dinamakan politik. Kalau nko berpolitik ko tak akan maju sebab nko tak mampu berfikiran kompleks.

Secara kesimpulanya, temberang dan putar alam satu ciri penting dalam berpolitik. Dan kalau ada orang yang percaya cerita dari orang-orang politik maka dia dah kena temberang. Umno ka, Pas atau roket sekalipun semunya adalah temberang.

Friday, January 9, 2009

Legasi

Kenapa Mahathir tidak sehabat Anwar dimata Amerika.? Sedangkan track record Mahathir melepasi paras pemimpin gemilang dari segi kepimpinan politik dan mentadbir kerajaan. Mahathir berjaya melepasi beberapa kali tragedi politik dan terakhir dia menyikirkan Pak Lah walaupun kuasanya amat terhad.

Dalam pentadbiran kerajaan dia mampu mentadbir sehingga ceupacs terkedu seperti orang bisu.Kemajuan ada dimana-mana dari putrajaya hingga ke ceruk kampung hampir segalanya ada. Satu wawasan diwariskan kepada generasi muda untuk dijadikan haluan. Putrajaya dikecam membazir namun kini menjadi mercu kejayaan. Singapura terkejar-kejar membuat litar tapi Malaysia senyum girang litar Sepang sudah menjadi pemangkin kemajuan.

Dari segi ekonomi diakui dia memang hebat.Walaupun kenaikan gaji kakitangan kerajaan sikit namum inflasi rendah maka kehidupan rakyat secara umumnya selesa.Berjaya melepasi kemelesatan ekonomi tanpa mengorbankan keselesaan rakyat. KDNK negara berturutan 8% maka tiada masalah membayar hutang pinjaman luar. Walau Daim Zainuddin menjadi tulang belakang namun pentadbiran kewangan dia mampu kawal.

Kepimpinan beliau menjadi Amerika ketakutan. Suara beliau selalu hentam kuasa besar. Yahudi bengang kerana selalu dikecam. Dia temberang pun ramai orang sibuk nak dengar. Dalam negara dia ditaktor tapi untuk kebaikan.

Sekarang dia dihujung nyawa tapi Anwar masih muda. Anwar anak didik dia. Walau Anwar bodoh dia tetap suka pada mulanya. Sekarang Anwar dipuja bagai wira didalam dan luarnegara . Buku dibaca buku cerita tapi orang kata dia hebat segalanya.

Dia dicanang wira agama namun apakah kebenaranya sedangkan hakikat dia seperti pelakon popular. Bermuka-muka adegen biasa, tak pernah mengecam kekejaman itulah amerika paling suka. Tak cukup tangan karpet merah dibuka. Mari-mari Anwar angkat wang jangan kau lupa binasakan bangsa. Bangsa tergadai akhirnya jadilah seperti Singapura.

Saturday, January 3, 2009

P.036 Parlimen Kuala Terengganu

Pas meletakkan calon yang hebat untuk kerusi Kuala Terengganu. Aku tak kenal calon-calonnya tapi Wakaf Mempelam Dun yang aku selalu dengar. Mungkin sebab Adunnya yang boleh tahan hebatnya. Kalau tak hebat masakan mungkin dia boleh bertahan 5 penggal.

Pilihanraya ini mungkin tak sepanas permatang pauh tapi aku rasa ia medan untuk menguji kekuatan masing-masing. Umno nak tengok samada partinya masih relevan atau Pas mahu menunjukan taringnya pada kompenen pakatan rakyat.

Dari segi peluang, aku kategorikan 50-50. Terengganu diperintah oleh BN manakala Pas punya kekuatan calon dan Dun pula dikuasi oleh mereka. Andai Umno sibuk berebut kuasa maka kemenangan pasti akan berpihak kepada Abdul Wahid Endut.

Walaupun Wan Ahmad Farid adalah timbalan menteri tapi ia bukan satu jaminan rakyat akan menyokong. Sekarang pengundi melihat calon. Kalau calon itu korup ia akan menjadi musibah akan kekalahan.

Walau penamaan calon belum diadakan, serangan saraf pun dah bermula. Zaman telekomunukasi semakin hebat. Internet sudah melangkau sempadan. Sms dah macam makanan so sape yang bijak mempergunakan dia akan memperoleh kelebihan.

Akhir sekali, Mampukah Umno mempertahankan kerusi P.036.?

Friday, January 2, 2009

Ayam Brand

Ramai jutawan kat Malaysia tapi sayangnya belum ada lagi usahawan Malaysia yang mampu memiliki jenama bertaraf dunia. Aku tak dapat menjangka bila agaknya satu jenama dari Malaysia yang mampu meletup. Sekarang ini pun rata-rata CEO Malaysia terutama syarikat GLC hanya mampu berfikir dalam kepompong klasik. Dibayar gaji yang mahal hanya semata-mata untuk cut cost.

Bila kerajaan membuat kempen penjenamaan mereka pun tukar la jenama. Dari kicap cam ayam tukar jadi kicap cap angsa. Iklankan dalam tv mereka dah tukar nama sebab kerajaan suruh penjenamaan semula. Itulah hebatnya CEO Malaysia.

Aku tak kata semua CEO camtuh. Sebab aku respect pada CEO Air Asia. Aku rasa dia akan menajdi salah seorang pioneer apa maksud sebenar istilah penjenamaan. Dulu dalam negara, lepas tuh keluar sikit negara Asean. Keluar lagi ke asia dan sekarang Air Asia merantau seluruh dunia. Dia bukan iklan kosong tapi iklan yang mereka lakukan amat bagus.

Kalaulah Malaysia ada Samsung, Kia atau DELL aku rasa ekonomi Malaysia lebih hebat. Kita ada proton tapi kita terikat dengan perjanjian. Fikir jangka pendek memang kita perlu pentingkan vendor kecil terutama dalam menjana ekonomi tapi dalam jangka panjang kita akan rugi.

Fikirkan camne Dell mampu menawan dunia. Kaji camne Kia mampu bersaing. Itulah CEO kena buat.Andai kita punya produk yang bagus tapi kita tak mampu membina jenama akhirnya kita akan gagal. So kesimpulanya, membina jenama amat penting dalam sesuatu perniagaan.

Suara Clinton “ Malaysia kekurangan jenama yang hebat”. (fikirkan…….

selamatkan IJN

Aku tak faham langsung dengan CEO Malaysia ni. Diupah bergaji mahal tapi otak seperti operator pengeluaran. Kenapa sibuk sangat nak ambik alih IJN.? Alasan untuk menambah baik IJN adalah alasan orang bangang. Masakan melabur tak nak untung. Mereka yang mengusulkan benda ni takde akal ke? Serba serbi nak swastakan.

Kalau betul nak tolong rakyat bagi je peruntukan. Tak payah sibuk nak ambil alih. Kalau betul nak berbisnes, buat la hospital baru yang bertaraf antarabangsa. Sekurang-kuranganya Malaysia ni jadi hub perubatan. Industri perubatan juga memberi pulangan yang lumayan. Ada modal, ada pengurus yang bagus hospital berkembang Malaysia dapat nama.

Apapun nasib baik Najib hold. Kalau Pak Lah dia ON je. Walau Pak Lah baik dari segi hati tapi dari pengurusan dia kena balik ke skolah. Serba serbi dia tak menjadi. Samada dia ikut telunjuk orang atau apa aku tak kisah. Apa yang aku mahukan ialah kesejahteraan hidup. Salah satu elemen kesejateraan itu ialah keselamatan dan kesihatan.

Hidup sihat keluarga bahagia. Jangan lupa Bersenam di Sinar fm. Ahakss…

JKJR

Lain yang sakit itu lain yang diubat. Ayat penyata tu sesuai untuk kempen pemakaian tali pinggang belakang. Statistik kemalangan atau kematian melibat penunggang motosikal tapi kerajaan sibuk dengan tali pinggang belakang. Baru sehari dah 242 saman dikeluarkan. Syabas.!!. Kalau camni tak payah la penguatkuasa sibuk nak naik gaji untuk elak rasuah. So selama ini mereka penguatkuasa bukan tak efisien kerana gaji kecik tapi mereka ini takde intrigriti.

Aku bukan tak menyokong benda yang baik tapi agak-agak la.Kekadang kita dengar, kenderaan potong tapi lulus puspakom. Dulu bila BPR ambush puspakom ramai staff mereka cuti. Lepas tu, kes tu senyap terus. Buat rumah atas bukit, bila bukit runtuh mula la tuding menuding. Bila isu tu panas, semua projek dibekukan.Bila dah sejuk yang beku tadi pun dicairkan. Hurmmmm……. Kelempess……

Dah lama aku tak naik motor so aku tak boleh nak komen laluan motor. Tapi apa yang aku dengar laluan motor ni kat Malaysia ni bukan la bagus sangat. Lopak sana sini dibiarkan menanti mangsa tertonggeng. Kalau kerajaan terutama JKJR bersungguh-sungguh mencegah kemalangan kenapa mereka tidak menguatkuasakan penunggang motosikal diwajibkan memakai pemantul cahaya.?

Mungkinkah pemakaian tali pinggang belakang ini hanya semata-mata JKJR untuk publisiti..??? Pegi jalan daaa…….

Thursday, January 1, 2009

Azam 2009

Dah tahun baru walaupun baru sejam berlalu. Ramai yang menanam azam baru. Tapi aku masih tiada azam baru.Sebab setiap hari yang berlalu aku akan mengejar azam aku.Bahagia bersama keluarga dan memberi yang terbaik dalam hikayat hidup aku.

Tahun ni kurang sambutan tahun baru. Kurangnya pancutan bunga api. Rasa tidak seperti selalu. Mungkin ekonomi gawat semua nak berjimat. Aku cuba gak nak berjimat tapi nak buat camne harga ayam dah naik walaupun minyak dah turun.

Hari ni tolong member aku buat blog. Bazaruptown aku bagi nama. Saje tolong dia meniga. Walaupun kecil-kecilan tapi income beribu gak. Dia suruh aku buat promosi sebab dia rasa aku boleh buat. Walhal aku rasa dia jauh berkemampuan dalam bidang tuh. Apa-apa je la. Yang penting kalau dia ada untung mana tau dia blanje geng kerepek bujang.

Sebut promosi aku bukan pandai pun. Blog ni pun aku kepit je. Aku tak suka heboh. Member tanya blog aku pun aku buat tak tahu je. Aku tulis aku tak baca. Aku tulis bukan untuk orang baca. Aku tulis sebab aku tak nak bertekak dengan member. Kena lak si epul. Nasib baik dia dah bla. Dah bahagia pun kat RTM. Aku cakap dorang tak nak dengar. Tapi bila dah berbulan sibuk plak hal yang aku cakapkan. Itu yang aku berbulu. Kan lebih baik aku layan blog. Menadah je apa yang aku tulis. Hahahhahaha…….

2008 semalam. Hari ni 2009. hurmmmmm…… brape ek umur aku tahun ni..??

Bible ke Injil.?

Semua perkara berkaitan Melayu kalau boleh dihapuskan. Dari biasiswa sampai la ke papan tanda yang tak bersalah kalau boleh ditanggalkan. Tapi yang menarik kenapa ada sekumpulan manusia yang beriya iya nak convert injil dalam bahasa melayu.?

Kalau mereka nak menarik orang India mestilah mereka menggunakan bahasa India. Kata bahasa melayu low class tapi kenapa mereka sibuk nak gunakan bahasa melayu.?

Bukan susah nak faham tujuan tersirat mereka. Injil itu khas untuk orang melayu dan bukan untuk orang kafir.

Aku jenis kurang berminat surf intenet so aku tak tahu la apa yang ada dalam internet. Tapi aku dapat rasakan kurangnya orang melayu menonjolkan isu ini.Aku berpendapat mereka menganggap isu ini agak remeh walhal aku rasa ia perkara yang besar. Dalam hal ini, kerajaan dan ada segolongan orang Islam je yang prihatin. Kesian..~!! Ramai yang menyatakan pejuang agama namun dalam hal ini mereka tidak mampu mengesan akan akibat daripada episod kebodohan mereka.

Kita sibuk dengan isu murtad tapi kita kurang mengkaji kenapa ianya terjadi. Kenapa kita tidak mengambil iktibar dari sekecil kisah ehsan di hospital seseorang itu boleh murtad.?

Jadilah muslim yang terbaik.Amal ibadat amalan dituntut. Fardu kifayah jangan ditinggalkan. Jangan hanya sibuk berpolitik tetapi agama tergadai.