Wednesday, January 14, 2009

Fantasi Pas

Aku bukan blogger mustahil kalau ada follower.Aku juga bukan orang politik apatah lagi ada agen perisik.Apa yang aku tulis ialah apa yang aku sembang hari-hari. Jarang surfing tapi rajin baca blog orang. Hampir semuanya dari pautan dari blog ke blog. Ia seperti emel berangkai. Malam ni aku baca blog ramlyotai dan mimpi916 dan secara kebetulan petang tadi aku sembang dengan kawan karib aku. Bertekak hari-hari tapi kami memang kamcing bagai aur dengan tebing. Syabas daus kawan karib aku, tiada nko maka sepi la bilik aku….

Hari ini Hudud siri kedua. Siri kedua pun aku tetap mengelak dari sudut agama tapi bersembang tentang cara nak melaksanakan hukum Allah itu. Kalau Pas kata DEB bahan temberang Umno, Hudud pula fantasi Pas. Bagi aku PAS tidak matang dalam berpolitik walaupun usianya 50 tahun. Sekarang ini Pas seperti kuda dalam Pakatan Rakyat. Malah sekarang ini andai dihalusi aku dapat rasakan PAS ada masalah dalaman yang tidak tersurat.Dalam pakatan, Pas seperti hilang taring dan seringkali diperkecilkan.Kata-kata Presiden tidak didengari bukan sahaja di dalam pakatan malah kadang-kadang di dalam parti sendiri. Pas ibarat aksesori didalam Pakatan Rakyat, tidak mungkin Pas mampu mengubah dasar pakatan yang diterajuri Anwar.

PKR menyokong hudud hanya untuk survival politik dan tidak lebih dari itu. DAP tetap akan dengan ideologi mereka sendiri iaitu tidak membenarkan Islam terus berkembang. Tidak pernah dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat satu resolusi yang menyokong Hudud.

Satu golongan yang dipanggil ‘ endorgan’ yang wujud dari kalangan ahli profosional melawan golongan ulama.Gerakan ini diketuai oleh Husam untuk merampas jawatan Presiden dan pengaruhnya ibarat api dalam sekam. Ia boleh dilihat di Selangor dimana Khalid Samad diturunkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. Gerakan ini dapat dihidu oleh oleh golongan ulama dan mereka cuba menyekat pengaruh tersebut namun seringkali Husam dilindungi oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana Husam adalah merupakan anak didik kesayangan Tuan Guru.

Apa yang menariknya, golongan ini menyokong Anwar dan tidak memperjuangkan Hudud. Hanya dalam wacana di Kota Baharu Husam terjerat dengan perangkap kata-kata Khairy.Andai benar PKR dan Pas mempunyai misi yang sama dalam isu hudud dan memperjuangkan agama, mengapa ucapan parlimen Zulkifli Noordin Parlimen Kulim Bandar Baharu disangkal sendiri oleh wakil Pas.

Mengapa pakatan sudah terbina namun Pas tidak berani membawa usul ini kepada Pakatan Rakyat sebaliknya bermuzakharah dengan umno yang dikatakan penuh dengan kurapsi. Mengapa UMNO yang penuh rasuah diajak bergabung tetapi tidak PKR yang dikatakan telus, baik dan parti yang memperjuangkan agama bergabung menjadi satu parti.? Alasan ia sudah dalam pakatan, adalah tidak relevan kerana misi dan tujuang parti adalah jauh berlainan.

Akhir sekali teringat ucapan Zulkifli Noordin Parlimen Kulim Bandar Baharu akan tetapi hakikat survival politik menyebabkan dia menyepi.Aku salute kat dia yang berani jika dibandingkan dengan orang yang berkata memperjuangkan agama tetapi hakikatnya hanya berselimut di dalam temberang.

/aku ambik gambar komik ni kat blog ramlyotai ngan mimpi916.

No comments:

Post a Comment