Tidak terungkap dengan kata-kata. Wajah-wajah mereka membuatkan aku diam seketika. Sayu melihat kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa serangan. Langit bagai salji memutih angkara bom dari serata darat dan udara. . Ku sangka hanya CS tembakan membabi tuli rupanya di palestin tragedi realiti menyayat hati.
Israel menunjukkan dimana sebenarnya Islam sekarang ini Orang Islam sekarang hanya bermegah pada keagungan tamadun orang dulu. Orang Islam seakan masih bermimpi tamadun yang telah berkurun berlalu masih dimiliki walhal tamadun itu telah dijajah dan dikembang oleh musuh Islam. Islam mengajar untuk menyembah ALLAH tetapi tidak menyuruh meninggalkan sains dan teknologi seperti dalam firmannya yang menyentuh bulan dan bintang di langit. Tapi kini hanya kerana persepsi ilmu agama menjamin ke syurga akhirnya kita gagal sebagai khalifah yang diutus untuk menjaga agamaNYA.
Walau Israel diibaratkan hanya sebesar bola di bumi arab tapi sejarah peperangan arab membuktikan arab kalah dalam semua peperangan.Tidak tahu puncanya tapi aku tunduk dengan hizbullah kerana kumpulan pejuang ini berjaya memalukan Israel hanya dengan tembakan mortar.
Benar atau tidak, semasa hayat Saddam Hussin Israel tidak berani berperang aku tidak pasti. Tapi dia satu-satunya pemimpin arab yang ditakuti oleh Israel. Semasa Iraq tumbang orang Iraq sendiri ketawa dan sekarang ketawa mereka dibayar dengan tangis darah.
Apapun, pada Hamas dan Fatah “ biar tidak bersetuju tapi bersatu”.
No comments:
Post a Comment