Saturday, February 28, 2009

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

"Kerajaan pusat ingin membantu pekerja Batu Feringghi. "

"Lim Guan Eng mencadangkan kepada kerajaan pusat agar memberi elaun sara hidup 800 kepada pekerja yang dibuang kerja. "


Waktu ekonomi meleset camni yang ada kerja diberhentikan. Diberhentikan kerana bisnes tak cantik boleh diterima, tapi kalau kerana ingin mengkomersilkan aku rasa tidak kena pada masanya. Waktu susah menambahkan susah, alih-alih kerajaan pusat dipaksa mengambil beban.

Kenapa hanya bagi cadangan 800 ringgit je. Kenapa tak suruh kerajaan pusat bagi 1k. Bukan pakai duit kerajaan negeri pun, duit kerajaan pusat kan.

Jawatan Ketua Menteri tapi hanya pandai bagi cadangan. Kalau setakat cadangan untuk orang lain keluar duit aku pun boleh bagi cadangan. Lepas ini cadangkan kepada PM agar semua penduduk miskin tegar diberikan elaun seribu sebulan. Barulah rakyat akan memuji Ketua Menteri yang bagus. Pembasmi kemiskinan dan kerajaan berkebajikan.

Lepas tu canang seluruh negara. Dalam ceramah pukul gendang, katakan pada rakyat, pentadbiran kerajaan negeri membantu rakyat. Itupun kalau tak tahu malu la. Tak ubah lembu punya susu sapi dapat nama.

Apa salahnya kerajaan negeri bagi sedikit pampasan dan kerajaan pusat sedikit. Ini tidak, yang ada keje elok dia buat rakyat takde keje. Lepas tu lepas tangan. Bukan aku tak faham kebaikan projek tuh, tapi sekurang-kurangnya cuba la membantu untuk mereka menyara keluarga. Bagi sedikit pampasan dan bagi pekerjaan pada mereka. Waktu tak kena la nak buat benda camtuh. Kalau nak buat, buat la projek baru, ekonomi jalan rakyat pun dapat la keje.

Dulu kata BN menyusahkan rakyat tapi sekarang dimana negeri kebajikan tuh.? Kerajaan negeri tak nak bantu sebab mereka semua melayu? Atau kerajaan negeri dah canang satu dunia kerajaan cina bagi elaun lebih pada guru agama.? hahahhahhaha...... bagus la camtuh...

Memang la itu negeri kelahiran PM, Pak Lah kena la bantu. Sadisnya, bila difikirkan penyokong umno ni. Orang tak sokong dibantu sepenuh mati tapi orang yang menyokong dibiarkan kelaparan.

Mungkin aku ni teruk kot. Emosional dan tak fikir itu orang itu melayu. Mungkin betul apa yang ko kata aku ni teruk. Tapi bagi aku, bukankah orang penang mengutuk umno dan mengagungkan DAP dari melayu. Bukankah mereka pejuang liberlisasi dan samarata semua kaum. So apa lagi, sekarang aku pun sokonglah.

Sekarang ni, BN dok sebuk buat jalan kat Bukit Gantang. Untuk apa.? Bukankah itu rasuah. Alih-alih umno gak busuk. Bodohnya Umno ni. Wat pe la ko susah-susah nak bagi rasuah. Jijik la....

Sekarang ini kempen pilihanraya kena ubah. Ada kerja ada gaji. Tak payah merasuah sana sini. Biarkan mereka camtuh. Kalau betul umno ini parti membantu rakyat, kotakan apa yang dikata lepas menang. Undi dulu baru bagi. Jadikan Kuala Terengganu teladan. Bilion disuap tapi habuk pun tarak. Alih-alih Umno gak kena bambu. Kaki merasuah.

Sekarang berbulu je tengok bila kerajaan sibuk merasuah orang. Tempat Umno menang dibiarkan. Apa salahnya suap sikit bagi yang menyokong. Takde la JKKK terkebil-kebil nak buat program. Ini ke yang style yang nak dicontohi..? Kalau camni, biarlah lain kali negeri aku tumbang. Biar UMNO suap tempat aku Juta-juta.

Aku peduli apa korang nak kata. Asalkan tempat aku ada segalanya sudahlah. Lawan tetap lawan. Dah itu perjuangan korang. Korang nak apa.? korang nak menang sorak je kan....

Friday, February 27, 2009

Tipu Tipah Tertipu

Dulu dia kata orang gila kuasa, angkuh tapi kini bila kuasa di tangan tidak ubah seperti meludah ke langit. Tapi itulah hakikat politik tipu menipu dan siapakah yang kena tipu..? Tidak mungkin orang politik kena tipu, sebab mereka golongan penipu. Rakyatlah yang tertipu dengan air liur orang politik manakala orang yang taksub dengan politik lagi la basah kena kencing. Amat malang....

Kalau dalam perintah tetap dewan menyatakan memang menyatakan tidak perlu keizinan sultan untuk bersidang maka speaker Perak memang bijak manipulasi. Tindakan tak salah sebab ia termaktub mengikut perlembagaan tapi yang kesianya tuanku sultan ibarat tunggul di tepi jalan.

Itulah kelebihan orang yang tahu menggunakan undang-undang. Lihat karpal karam, menghina sultan, merosakan negara tapi sampai sekarang dia masih bebas merdeka. KAlau aku kata dia bebas berjalan, maknanya aku ni penipu gak. Terang-terang kena sorong tapi aku kata dia berjalan... kelempless la ko kapal.

Amat malang orang Perak sekalian. Kalau di Johor mampus speraker tu kena terajang dengan sultan. " apa plak Iskandar ni " hahhahhhaa.... Aus.. aus....

Adakah ini yang dinamakan perubahan..? telus dan berjuang untuk rakyat. Allahualam...

/me giler kuasa tapi menyatakan agenda perjuangan. Melayu gak yang bangang..... melayu kena terajang melayu gak yang gelak panjang... hhahhahaha.....

Salam Kafir

Aku tak tahu hukum memberi dan menjawab salam orang kafir. Ilmu agama aku amat cetek jika dibandingkan dengan ilmu Allah sedalam 7 lautan. Apa yang aku aku musykil ialah hukum menjawab salam tadi.

Trend melayu Islam ( Skrg byk orang melayu murtad ) sekarang menerima salam orang kafir dengan hati berbunga. Aku pun suka bila orang kafir mula untuk mengenali Islam. Tapi dalam politik bagi aku, kita kena berhati-hati kerana politik tetap politik. Tujuan orang kafir bagi salam mungkin ada makna. Samada demi kepentingan politik atau keikhlasan hanya si kafir itu yang tahu. Apapun Allah Maha Mengetahui.

Memberi salam dalam Islam maksudnya lebih kurang seperti mengharap orang yang menerima salam itu dalam keadaan kebahagian atau dalam yang sihat ceria. Salam boleh disifatkan seperti menunjukan kasih sayang dan yang paling penting salam itu mendoakan umat seagama agar dalam kebaikan.

Oleh yang demikian, memberi salam adalah tidak digalakkan atau dilarang kepada orang kafir kerana ia seperti mendoakan kafir (musuh Allah) mendapat kebaikan. Itu apa yang aku tahu dan kalau salah, alamak...... aku seperti mempermainkan agama aku plak. Tapi itu bukan tujuan aku.

Aku sebagai orang Islam, aku tak ada prasangka tapi apa yang aku tahu sebutan menjawab salam orang kafir bukan seperti mana orang Islam menjawab salam. Sebenarnya isu memberi dan menjawab salam adalah isu khilafiah.

Pada orang ilmu agamanya tinggi, aku berharap mereka dapat menjelaskanya tanpa ada unsur politik. Orang ilmunya cetek seperti aku mengangguk dan menjawab seperti biasa walhal sebenarnya Islam melarang.

Jangan pula adanya nanti ia ada istilah "flip-flop". Kerana dia dipihak mereka ia menghalalkan yang haram. Apa kata mufti-mufti.? Oppp.ss.... mufti kategori orang politik gak ke.??

/me satu ketika pasti isu cina bercerita hadis akan meletup... tugggu...

Melayu Subsidi

Mungkin benar Umno makin tenat dan sukar untuk memperbaiki imej dan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Ini menandakan melayu dalam krisis kerana Umno adalah parti melayu dan ahlinya yang ramai.

Samada benar Umno itu tunjang melayu belum ada bukti sahih. Bukti sahih yang aku maksudkan ialah apabila Pakatan memerintah lalu melayu akan jatuh maka benarlah bahawa Umno itu tunjang bangsa. Andai sebaliknya maka Umno bukan tunjang tapi akar parasit yang merosakan pokok yang ditumpangnya.

Kejatuhan sesuatu bangsa bukan setahun dua tapi apabila ia terasa dibawah maka bangsa itu akan sedar dulu dimana tempat asalnya. Walau ketika itu, nasi sudah menjadi bubur, apakan daya, bila dah terhantuk barulah nak tergadah.

Point pertama kejatuhan melayu ialah, andai pakatan memerintah sudah pasti ada TPM diwakili oleh orang cina dan India. Di dalam parlimen pula suara melayu akan berkurangan. PKR terdiri dari pelbagai bangsa sementara Dap totaly diwakili oleh orang cina manakala PAs kerusinya hanya untuk menarik melayu.

Bukan sejarah tetapi hakikat di depan mata. Penang dan singapore bagaimana..? Dimanakah tempatnya melayu.? Inilah bukti dimana bangsa asing memerintah. Isu BN yang menggadaikan bukan persoalan tetapi perlukan kupasan untuk melayu menjadikan ia iktibar. Penang di perintah cina mungkin ia termaktub dalam kontrak sosial. Sebab tu walau Pakatan memerintah cina masih menjadi ketua menteri.

Dalam perlembagaan negara, PM tidak dinyatakan untuk orang melayu sahaja. Samada pemimpin terdahulu terlepas pandang atau memang disengajakan hanya mereka sahaja yang tahu tapi yang pasti belum ada PM dan TPM bukan dari kalangan bukan bumi.

Kalau melayu masih berkromprosi tentang krontak sosial di Penang kenapa melayu berdiam diri ketika melayu diserang tentang kepentingan orang melayu. BAgaimana melayu ingin membalas serangan andai ramai kalangan orang melayu menyokong ideologi ini.

Us boleh berubah kerana dibelakang mereka tetap ada yahudi. Andai presiden mereka berkulit sawo matang sekalipun, mereka tetap terikat dengan arahan Israel. Obama akan cuba untuk mengubah dasar tetapi dasar mereka tetap sama iaitu menjaga kepentingan Israel.

Melayu membandingkan Us, tapi bagi aku ia bagai langit dan bumi. Pemikiran mereka jauh ke depan jika dibandingkan dengan kita. Andai KL diwakili BN atau Pakatan aku rasa ia tidak mengubah kehidupan orang KL. Kerana segala-galanya ada disana, namun hakikat KL itu umpama kaki lima New York.

Melayu ramai di kampung. Mereka semua masih lagi seperti anak burung yang menagih makanan dari ibunya. Subsidi perlu diteruskan kepada petani. Kepada anak petani yang bijak, mereka perlukan biasiswa untuk terus berjuang membela keluarga.

PPTN memberi impak kepada orang melayu. Rata-ratanya mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Melayu amat terasa dek penangan PPTN, tetapi bagi aku ia hanya umpama perubahan kecil apa yang sebenarnya bakal terjadi. Andai PPTN amat dibenci bagaimana kita boleh berkata tentang perubahan.?

Sekarang, ramai pemimpin atau si kaya atau golongan elit cerdik pandai adalah orang yang dihasilkan oleh skim biasiswa atau tajaan GLC. Mereka ini kurang membayar balik pinjaman atau bahasa mudah keluar terus berkerja di syarikat besar.

Mereka ini sebenarnya penggempur minda untuk rakyat berubah. Mereka sudah kenal Amarika, mereka sudah kenal akan demokrasi dan yang paling penting kiblatnya di Amarika. Mereka meniru edologi tapi bukan meniru cara berfikiran untuk mengubah tamadun.

Andai dengan membuang subsidi atau DEB adakah melayu boleh berubah.??

Thursday, February 26, 2009

Modal Insan Bukan Haramkan

Memang manusia tidak ada kebebasan. Kalau ada mungkin dia orang yang tidak bertuhan. Apa jua sebenarnya kita kena terima hakikat bahawa dalam hidup kita ada garis panduan. Ada yang halal ada yang haram itu memang tidak boleh dipertikaikan.

Aku cuma nak sembang tentang peredaran zaman. Sekarang tidak boleh dinafikan henpon sudah jadi keperluan tapi kenapa internet banyak sekatan. Samada swasta atau badan kerajaan mereka dok sibuk sekat saluran walaupun tagged itu kategori saluran halal. Alasan kerja bukan ukuran tapi kemudahan itu kita kena maksimumkan.

Kalau ada yang beranggapan, dengan menyekat internet membawa kebaikan aku tidak sealiran. Andai kita melaungkan kebebasan adakah ini dinamakan kebebasan. Kebebasan aku tidak perjuangkan tetapi apakah motif dan apakah tujuan.?

Kalau sekat suruh kerja 24 jam, kepala tepu proposal macam tomyam apakah gerangan. Walau keje sejam tapi hasil keje macam pengarah urusan bukankah ia lebih demand. Swasta atau kerajaan jadilah orang yang berfikiran, bila manusia bosan minum berjam-berjam.

Tolonglah fikir usah dok salahkan orang, Kalau kapal karam bukan internet jadi alasan. Modal insan sebenarnya adalah penyelesaian. hurmm.....

boring aku bila sekat sana sini..... zasss... layann.....

Sana Sini Semua Macam Setan

Atas kertas melayu untuk melayu tapi hakikatnya melayu tikam melayu. Samada orang politik atau orang biasa takde bezanya. Orang kerajaan melayu dan orang kena tindakan juga melayu. Ini yang membuatkan aku sedih.

Aku ada baca tulisan seseorang, sedih situasi makcik Jonet. Alahai… kenapa la melayu gak yang kena. Gerai kecil diroboh sebab nak buat foodcourt. Aku berharap dia dapat satu lot kedai kat foodcourt tuh. Kalau tidak, hampeh la melayu ni.

Dulu orang kata ini semua kerja barisan, tapi sekarang cerita kawasan pakatan.

Pada bangsa sendiri tegakan keadilan tetapi kepada bangsa asing kau biarkan. Kalau aku kata mereka korupsi aku tiada bukti tapi hakikatnya kenapa sering terjadi begini. Melayu ambil 5 kaki persegi kena tendang tapi kalau cina ambil 5,000 kaki persegi dia bagi geran. Hurmmm… ini satu jenis melayu lagi.

Satu penyakit melayu. Suka jaki bangsa sendiri. Bila buka kedai dia nak kongker satu kawasan. Kawan-kawan dia santau sampai masuk hospital. Bila rawatan docter kata dia keracunan.

Melayu tetap melayu. Berpolitik nak kuasa tak kesah tikam kawan-kawan. Hentam sana sini. Cina India senyum sambil minum kopi. Dalam dewan plak Kapal singh jadi sultan.

Kalau Anwar hentam melayu Umno, SUKJ sibuk hentam Khir sampai mati. Katanya Pas hebat berjuang tapi bila Kulim Bandar Baru bawa usul ke dewan dia kesepian tanpa kawan.

Yang bodoh dalam bangang orang yang menyokong dengan penuh perasaan. Sanggup gadai walau Islam itu dipermainkan.

Hakikatnya, memang melayu lupa daratan.

Melayu ku....

Kekadang bila aku sembang aku macam best. Sampai naik berbulu la lubang hidung Awer aku kerjakan. Aku tak faham sikap aku dan mustahilah nkorang faham sikap ego aku. Aku kritik aku bangkang…Opss… aku kuat membangkang tapi kenapa aku bukan ahli pembangkang.tegar?

Antara sedar atau tidak, inilah perjuangan melayu. Perjuangan yang aku sendiri tidak faham apakah kehendak mereka yang sebenar. Adakah berjuang untuk kepentingan diri walaupun terpaksa mengorbankan bangsa.?

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bertanya tentang pemilihan Perdana Menteri. Sekali imbas memang la tiada apa tapi andai dihalusi tujuan dia bertanya, semua orang faham kenapa dia bertanya sedemikian.

Adakah dia akan membuat satu agenda menukar sistem Raja Berpelembangaan kepada sistem Republik yang diketuai oleh seorang Presiden.?

Andai momentum transformasi politik berterusan, tidak mustahil satu hari nanti sultan akan menjadi bahan sejarah. Andai ada anasir luar yang memberi dana, sentimen ini akan bertambah kuat dan ia akan menjadi tsunami politik yang akan dikenang sepanjang zaman lalu generasi melayu selepas itu akan menangisi sejarah kebodohan tok moyang mereka.

Sekarang melayu pembangkang berbangga dengan peningkatan mendadak sokongan bukan melayu . Umno sudah lapuk dan sudah tiba masanya disumbat ke muzium. Parti yang berteraskan kaum sudah tidak relevan dan banyak hujah-hujah politik yang menyokong dakwaan kejatuhan BN (Bee End).

Pada hemah aku, banyak sebab kenapa kerusi BN merosot. Salah satu puncanya ialah tikam belakang dari parti komponen Umno sendiri. Cina dan India menyokong PR bukan kerana PKR itu telus dan bukan juga kerana mereka sudah membuka minda menganggap PAS itu baik dari Umno tetapi mereka menyokong adalah kerana impian mereka hanya akan tercapai melalui tiket PR.

PR menjanjikan dasar samarata sedangkan Umno kuku besi dalam menjaga orang melayu. Walaupun ia sekadar janji tapi itu lebih baik daripada mereka berterusan makan hati menyokong Umno.

MCA dan MIC tidak mungkin meninggalkan BN, kerana mereka akan menyepit melayu dari semua penjuru dan akhirnya melayu akan lemah dan….. karam la melayu di bumi sendiri.

Memang jelas saluran 2 tidak menyokong kerajaan. Mereka ini ialah golongan muda seperti aku. Masih mentah dan senang diperbudakan. Kebanyakan mereka ini adalah orang yang tidak pernah susah dan jarang untuk berfikir secara matang.

Tidak dinafikan ramai golongan muda berpendidikan, berwawasan dan ramai yang berfikiran moden dan inginkan perubahan. Mereka ingin berubah tapi apakah perubahan yang mereka ingin bawa.

Perubahan dari segi kebebasan media.?

Mereka percaya Utusan itu Utusan meloya dan mereka menganggap ia tidak adil kepada pembangkang. Adakah mereka mampu berfikir hakikat sebenar kebebasan sebenar?? Adakah suara Keadilan atau harakah memuji Kerajaan dalam program yang baik kepada rakyat.??

Hakikat pada yang nyata, melayu teraba dalam terang. Berfikir hanya berteras pada kata-kata tanpa memikir hakikat yang sebenar.

Fakta SEJARAH ini benar..??

Sunday, February 22, 2009

Al-Rajhi Bank

Ekonomi meleset atau bahasa pasar ekonomi tak cantek. Orang kata ia akibat masalah subprima di Amerika satu ketika dulu. Ini membuktikan sistem ekonomi orang putih tak bagus jika dibandingkan dengan kewangan Islam.

Tun Mahathir pernah membuat roadshaw untuk membuat pakatan perdagangan dengan menggunakan dinar namun ianya ditolak. Dari Asean sehinggalah ke negara OIC mereka tidak dapat menerima perubahan sistem kewangan yang sediada.

Mereka takutkan Amerika daripada mendapat keuntungan jangka panjang. Seingat aku, roadshaw tersebut hampir seusia euro di Eropah. Kini Euro jauh melangkah kedepan jika dibandingkan nilai matawang negara pengguna dollar Amerika.

Kegagalan agenda tersebut membawa kepada kewangan perbankan Islam dengan objektif menjadikan negara hub perbankan Islam. Dan kini, sistem kewangan ini berkembang sehingga sistem kewangan ini diterima malah hampir dipelopori oleh rakyat bukan Islam.

Cakap pasal ekonomi aku memang fail namun dari pemerhatian aku, Malaysia sudah ada nama didalam sistem perbankan Islam. Sebab itu sekarang hampir semua bank di seluruh negara menawarkan skim perbankan Islam malah cawangan perbankan Islam tumbuh bagai cendawan.

Sekarang semua pinjaman samada pinjaman perumahan atau insuran yang dikenali sebagai takaful menjadi pilihan samada orang Islam atau bukan Islam. Subprima terjadi adalah kerana sistem kewangan terbabit adalah berdasarkan kepada dasar percaya tetapi dalam perbankan Islam ia lebih menjurus kepada Akad.

Aku tak tahu apa motif aku menulis namun aku percaya, kemelesatan ekonomi ini boleh ditangani oleh sistem kewangan yang berasaskan kewangan Islam. Kajilah sistem ini kerana Allah menganugerahkan kita sesuatu yang lengkap dalam kehidupan kita.

/me aku tak tahu apa yang aku tulis ni betul ke tidak. Hahahhahaha….

Saturday, February 21, 2009

Impian Melayu

Aku tak tahu apa yang melayu cari. Ada yang cakap dah muak dengan kerajaan, kerajaan lama memerintah dah tepu, berkehendakan kerajaan yang bersih dan ada yang cakap negara Islam. Bagi aku itu pendapat dan pendirian mereka dan tak perlu aku komen secara peribadi. Kang pagi-pagi ada yang pandang sendeng tengok aku makan kat foodcourt.

Senario kepimpinan politik sekarang aku berpendapat semua sama.Apa yang mereka harapkan adalah impian semata-mata. Malah kemelut politik sekarang makin parah. Sibuk berpolitik tanpa ada pembangunan. Sampai Clinton datang pun dok cakap, politik skit-skit dah le… jangan sibuk berpolitik nanti kepentingan negara terabai.

Kalau BN dengan isu rasuah, aku lihat apa kurangnya dengan PR. So kerajaan bersih hanya angan-angan semata mata. Kalau BN dengan isu moralnya, PR pun apa kurangnya.

Kalau muak dengan kerajaan lama, tukar kerajaan baru. Dapat kerajaan kecil tapi boleh dirampas, maksudnya tiada pertahanan politik yang bagus. Serang menyerang aku rasa sama sahaja. Kuasa dan tingkah laku tiada bezanya. Yang menang dia dapat, yang kalah kena keluar rumah. Tak malu dok je la dalam rumah tuh....

Tiada pembangunan. Ini aku tidak pasti tanda aras apa nak digunakan . Kita harus membangun seperti mana.? Adakah seperti Amarika atau kita perlu sehebat British yang pernah menjajah negara.? Dari ranking negara membangun, Malaysia tidak ketinggalan malah ada satu ketika negara agak kedepan.

Negara Islam.? Susah aku nak jawab. Politik ni semacam. Sebab itu universiti menawarkan bidang SAINS politik. So maksudnya, politik itu rumit dan perlu dikaji seperti bidang-bidang sains yang lain.

Indahnya inspirasi negara Islam tapi adakah mereka yang mempunya inpirasi itu berjaya. Ayuh mari kita fokus sedikit. (aku ajak sape ni, blog ni kan hanya untuk menjawab soalan kawan karib je ). Jika dihalusi Negara Islam dipelopori oleh parti Pas dan sekarang Pas bergabung dengan PKR dan DAP lalu disebut Pakatan Rakyat.

Setahu aku pakatan tidak membuat sebarang resolusi untuk membuat negara Islam malah ada ketikanya DAP menentang bersungguh-sungguh agenda ini, sementara PKR pula diam membisu. Mungkin ada yang menyatakan, Pas belum membuat roadshaw pada parti gabungan. Hujah yang boleh diterima tapi kenapa parti setua Pas mengambil masa yang lama untuk membuat roadshaw.? Adakah kepimpinan pas hanya berfikiran seperti orang kampung macam aku ni.?

Dari segi hakikat Pas tidak mempunya kredibiliti untuk memimpin. Mereka sudah lama bertapak tapi masih ditakuk lama. Kejayaan PRU yang lalu pun aku melihat undi bukan dari parti Pas tetapi lebih kepada PKR dan DAP dimana undi tersebut kebanyakan dari bukan melayu dan melayu yang dianggap “ protes”.

Dalam membuat sesuatu agenda, mereka perlu bersatu tetapi aku melihat pemimpin mereka kurang berkarisma. Mereka lebih suka dipimpin dari memimpin. Hati penyokong dibawah teguh menyokong tetapi pemimpin tertinggi tidak begitu.

Aku masih ingat lagi, YB Kulim Bandar BAharu berhujah tentang Islam tetapi kerana kepartian yang tinggi dia disanggah oleh YB PAS sendiri. Kalau senario ini diambil kira, adakah negara Islam tu bakal terbina.?

Sekarang PAS tak ubah seperti alat untuk DAP dan PKR untuk melengkapkan cita-citanya. Anwar untuk menjadi Perdana Menteri semantara DAP konsep samarata. Selagi konsep ini diperjuangkan..... LAWAN TETAP LAWAN.

/me kafirkan umno kerana bersengkongkol dengan MCA dan MIC. Adunnya cina haram disokong. Sekarang mereka bukan sahaja dengan berpakat dengan cina, india malah bercadang tiket PAS sendiri dipegang oleh cina atau india. PAs dah takde pemimpin yang baguskah.? Prinsip dipegang dicampak ketepi kerana kuasa..? Apakah prinsip itu.? Agama digadaikan..?

YB Pasir Mas

Itulah politik. Dulu rakyat kata, orang politik yesman. Sekarang bila dah bersuara dia dipaksa letak jawatan. Aku tabik kat Ibrahim Ali berperang seperti pendekar. 5 lawan 1 tak gentar. “ Mari sini siapa yang berani kacau melayu.” Mungkin inilah prinsip YB Pasir Mas.

Tapi yang sedihnya, kerana politik dia tergadai. Ini yang dikatakan jaga melayu tapi orang melayu tikam belakang. Aku rasa apa yang dicakapkan ada kebenaranya. Tapi mengapa Pas Kelantan bersungguh untuk dia meletak jawatan.? Kenapa YB Klang report polis bagi orang MIC tetapi PKR tak suruh letak jawatan.?Adakah sebenarnya PAs takut tembelang dalam kain pecah..?

Kalau trend YB meletak jawatan berterusan, aku rasa kementerian pelancongan tidak perlu buat kempen Cuti-Cuti Malaysia. Setiap kali pilihanraya setiap kali berduyun-duyun manusia datang. Manusia kulit terang ada, yang gelap ada dan yang lebih gelap pun ada. Ekonomi setempat berjalan dan yang menariknya Malaysia akan lebih dikenali dunia.

Sekarang saman menyaman pun menjadi budaya. Kalau kes mempelam pun dibawa inikan pula kes salahguna kuasa. Syabas MB Khalid. Bersihkan nama kalau rasa dipihak benar dan kalau kalah…. Jangan lupa letak jawatan. Kerajaan yang telus itulah moto Pakatan. “ Cakap buat jangan pandai cakap .” Pak Din Sungkai.

Harap-harap lepas ini, setiap Dun atau kampung ada makamah. Kalau tuduh pasal curi duit singgit jangan gaduh, settle kat makamah. Itu hak rakyat Malaysia.

Nak mengelak kes tertangguh bertahun, paksa SPA lelong jawatan Hakim kat Mudah.com. Ramai yang berkehendakan jawatan. Pengangguran kurang dan kes tertangguh menurun. Lagipun sekarang, rakyat dah tahu semua undang-undang. Undung Tubuh Negeri pun mereka tahu. Yang buat undang-undang sendiri pun ada...

Tapi yang peliknya, mengapa Si Eli tak saman malu X-boynye..? Bukti dah ada tapi yang peliknya nape harus melarikan diri. Malu ke..? ala... bukan nampak pun. Kalau nampak pun, sape la yang nak simpan pic budak 37 tahun.

hurmmm.... apa-apa je la...

Makan Tuan

Statistik penyakit senjata makan tuan sekarang makin meningkat. Dulu Umno terkena bila bertanding di kuala, selepas itu di Perak, PKR tertikam sendiri dari belakang. Masa debat hujah tv9, aku lihat KJ terkena dengan aksi memek muka yang menyampah dan sekarang di Selangor… adakah teori senjata makan tuan akan berlaku..?

Kelmarin Anwar bagi tembak mati SPRM kes di Kulim, hari ini SPRM menjawab dengan bagi peluru pepandu di Selangor. MB selangor mungkin kena dakwa dimakamah kerana mereka ada bukti kukuh. Kalau ia berlaku adakah ia akan mencatat sejarah MB kena dakwa salahguna kuasa..? aku tak tahu…. Tunggu dan lihat aksi seterusnya…

Dulu BN kena tembak sebab ramai orang dalam pecah rahsia, sekarang pakatan pula kena tembak curi salahguna kuasa. Dulu kata Umno politik anak beranak, sekarang sama sahaja pakatan anak beranak. Dulu Pas kata isu moral sekarang dia kawan yang sosial.

Indahanya politik. Teropong sana sini seperti sama tapi tak wajah serupa. Yang beruntung rakyat untuk dapat kebenaran. Walau kebenaran itu tidak nyata tapi hakikatnya ada kebaikan disebalik tsunami politik.

Duit Belanja

Aku baca blog Kumbang. Isunya rasuah dan politik di Selangor.

Rasuah.???

Orang politik bebas dari rasuah.? Aku kurang percaya kalau ahli politik tidak mengamalkan rasuah. Camne dia dapat duit belanja untuk berpolitik.? Berapa ramai rakyat minta bantuan dari YB..? Gaji 3K pun tak cukup sara anak 2 orang inikan pula belanja membantu rakyat.

Kat mamak orang bawahan bayar sendiri teh tarik.? Bagaimana dia hendak bayar sewa Lexus yang beratus ribu dan rumah berjuta.? Cukup ke dengan gaji dan elaun YB..?

Hakikatnya orang politik rasuah menjadi darah daging. Atas kertas dia bersih tapi hakikatnya semua projek dapat percent. “ tuan penasihat.. 25%”. Korang ingat tokei-tokei cina saje-saje je nak tabur kat orang politik. Sistem butter la bang. Aku bagi duit ko bagi projek. Banyak projek banyak la percent.

Mungkin Nik Aziz terkecuali isu ini. Aku no komen.

Aku masih ingat lagi apa yang dikata oleh Pak Su. Dulu masa YB Umno nak bertanding, semua orang akan jumpa pada unit dia. Tapi Anwar tidak. Sebab orang dalam ada darah daging dia. So mereka bermati-matian naikan Anwar di Permatang Pauh.

Sama la seperti Azmin Ali. Dulu dia ketua s/u Anwar. Maka siapa yang nak berjumpa dengan Anwar memang kena langkah mayat dia dulu. Masakan kontraktor salam kosong je, mesti ada isi. Sedangkan bila datang kenduri kawin pun salam ada isi inikan pula nak dapat projek berjuta.

Opppss… aku terlupa….. aku rasa ada seorang yang jumpa dia speacial sampai takde sape berani nak tegur. Sape dia ek…. Ntahlah… mungkin Saiful bukan nama sebenar. Walau dia takde kepenting politik atau wang ringgit tapi dia ni cute la…… ahaks…

Siapa selepas ini MB Selangor, tak kisah la. Parti dia yang menang, so…. Bagi la dia memerintah. Apa nak sibuk-sibuk jaga kain orang lainlah kalau dia dah selak kain. Kita zoommm je la….. hahahahha…

Lawan tetap lawan.

APEX Universiti

Universiti Apex.

Pendidikan ialah asas pada sesuatu tamadun. Pendidikan tidak menjamin kekayaan tapi pendidikan menjamin kecemerlangan dan teras kepada perubahan. Islam sekarang perlu berubah dari pengguna kepada pengeluar atau dari pengeluar kepada pencipta.

Kita lebih banyak merubah budaya dari berubah cara berfikir. Jepun tidak merubah budaya tetapi Jepun mampu menjadi negara maju. Iran merubah corak dasar luar dan sekarang Israel fikir 10 kali untuk menyerang.

Dasar pendidikan kita perlu diubah tetapi bukan sekadar menukar dari sudut bahasa tetapi dasar pendidikan teori diubah kepada pendidikan yang berorentasikan praktikal. Ibubapa sering bertanya pada anak, “periksa dapat nombor berapa.? ”. Dari sekolah rendah hingga ke universiti pendidikan kita lebih menjurus kepada peperiksaan atau teori. Hasilnya adakalanya siswazah yang menduduki tahun akhir tetapi masih tidak tahu cara mengukur walaupun dia mendapat Dean List.

Bagi mencapai universiti antarabangsa, elemen research menjadi faktor utama, namun kebanyakan universiti tidak mementingkan elemen itu. Pentadbiran unversiti perlu mencari alternatif bagi mencari sumber kewangan dan tidak bergantung harap dana kerajaan semata-mata. Unversiti perlu memperbanyakan kerjasama diantara sektor industri seperti sektor telekomunikasi yang memperlihatkan perkembangan teknologi yang cepat.

Kerajaan sebagai pembuat dasar perlu menjadi pemangkin yang kuat. Kerajaan sepatutnya memperbanyakan konsep Unversiti Apex secara meluas. Andai teori Apex ini mengikut perancangan, mungkin ranking unversiti kita akan meningkat. Akan tetapi, ketirisan dalam melaksanakan sesuatu projek amat mendukacitakan. Ini yang dinamakan tanam padi tumbuhnya lalang.

Bagi membuat transformasi pendidikan, dasar pendidikan negara, polisi kerajaan, pengurusan universiti dan secara amnya minda rakyat perlu berubah.

Transformasi

Transformasi. Menarik perkataan tu sehingga orang politik sekarang megah dengan istilah itu. Perubahan minda politik yang dikaitkan orang muda dan segilintir orang lama. Kebenaran transformasi itu aku tak layak untuk mengungkai namun aku rasa ia bukanlah satu transformasi yang diharapkan namun dari segi teknikal perubahan itu ada.

Kehendak politik sekarang berubah adalah disokong oleh kecanggihan teknologi komunikasi terutamanya internet. Dasar kerjaan juga adalah penyebab mengapa terdapat transformasi dimana keterbukaan kepimpinan Pak Lah membuatkan semua rakyat menyertai politik.

Kesan dari kepesatan broadband dan wujudnya laman terbuka seperti blogspot, maka wujudnya blooger yang bergiat aktif. Dari blog-blog ini mereka merencah dan memanipulasikan minda rakyat terutamanya golongan muda untuk menjadi pengikut dan mengunci minda dalam diam.

Hakikatnya, transformasi ini hanya sekadar retrotrik semata-semata. Politik dahalu dan sekarang adalah sama dan yang membezakan adalah cara penyampaian sesuatu kebaikan atau serangan.

Samada parti pemerintah atau pembangkang mereka sama sahaja.Rasuah politik tetap ada. Ketirisan pada perancangan masih terjadi. Isu moral masih menjadi topik utama dan salahguna kuasa masih menjadi senjata. Kebebasan media hanya cakap-cakap semata-mata dan yang sedihnya akibat daripada retrotrik transformasi ini , milik bangsa tergadai.

Realitinya orang muda cetek pengalaman lalu yang tua mengambil kesempatan memperbodohkan yang mereka. Kebanyakan yang tua adalah golongan yang kecewa tidak mendapat ganjaran namun di depan orang muda mereka katakan itulah perjuangan.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Dipermainkan sepanjang masa. Pembangunan diabaikan. Yang berhormat tidak buat perancangan, pembanguan tidak berjalan.

Transformasi kepada pendidikan sebenarnya lebih utama. Pendidikan akan mematangkan dan mengubah bentuk segala dasar transformasi samada politik, sosial mahupun ekonomi.

/me APEX pada universiti perlu diperluaskan.

Friday, February 20, 2009

SPRM VS SPEAKER

Blogger pembakang pasti akan menghentam SPRM. Mempertikaikan kenapa kes MB Khalid ada bukti tetapi Mahadzir boleh terlepas sedangkan bukti cctv wujud. Tentang itu aku no komen, tapi yang pasti kes MB Selangor itu perkara sudah berlaku sedangkan kes bekas MB dikategorikan CUBAAN merasuah dan ia tidak berlaku.

Duit tak ambik so aku rasa takde bukti. Mungkin beliau sedang minum petang ke… kita tak tahu kan. Politik ni bukan boleh dipercayai. Kat luar bertekak macam peluru tak habis tapi dalam parlimen makan nasi lemak berkongsi.

Hakikatnya politik ia seperti game. Sape yang pandai merancang dia akan menang. Kalau nak pilih parti mana yang betul aku sendiri tak tahu. Dari segi intrigriti pemimpin Pas boleh tahan tapi dari segi kuasa mereka seperti minda orang kampung. Lebih kurang seperti sesuai jadi parti follower je. Dan yang tak menariknya, mereka pun sama, undang-undang boleh berubah mengikut acuan dia. Kalau berpihak pada dia, mereka akan kata ok, kalau lawan dia kata KO. Aduii.. camne ni…

Pembangkaang dok sibuk kata salah guna kuasa. Mereka AKAN hentam SPRM tapi adakah kalau dia memerintah dia tidak bersikap seperti UMNO.? Dalam kes Perak dia pun paku dulang paku serpih. Cakap orang tapi tak cermin diri sendiri. Dia tutup pintu tadika alih-alih pintu pejabat MB pun kena tutup. Padan muka.

Tapi Pas Kedah steady…..!!

Lantak ko la nak cakap SPRM salah guna kuasa. Bagi mereka diorang je semua betul dan tak perlu diperbetulkan. Tapi tak sedar ke, kuasa kat speaker pun ko manipulate.? Sultan lantik bukan mereka lantik diri mereka sendiri. Kalau pembangkang, nkolah pendakwa dan nkolah hakim. Undang-undang ikut suka ko.. hampehh…!!

Nasib baik terima peluru dalam sampul surat kalau dada ko terima peluru tuh…. Mampuihh ko… main-main lagi dengan sultan melayu.

Pak Berahim

Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.

Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.

Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.

Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.

"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.

Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.

Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.

Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.

Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.

Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..

Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.

Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan.

Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.

Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.
Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.
Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.

Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.

"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?..Syabas Pasir Mas," katanya.

Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.
Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.

"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.

"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh. Apapun selepas selesai membahaskan usul berkenaan, Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada beberapa penyokong kerajaan kerana ketegasannya di Dewan malah, 'chief' Parlimen, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga berkata kepada Ibrahim ,"Inilah wira,".- 19/2/2009

Agendadaily

Kisah Dan Teladan

Sama tapi tak serupa.?
Kebenarnya hanya ALLAH yang maha mengetahui.
Dulu kata kerajaan tak terbabit...
Sama la dengan yang ini..... Ini bukan arahan.

anakmelaka

Hampeh.

Serentak dengan pendedahan tersebarnya gambar bogel wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) Elizabeth Wong, akhbhar The Sun (16 Februari) juga menyiarkan interviu dengan Bekas Menteri Besar Perak Datuk Nizar Jamaluddin yang mengakui wujudnya wakil rakyat yang tidak bermoral di kalangan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan ini adalah oleh kerana penapisan yang serius tidak dilkakukan terhadap bakal calun Pakatan Rakyat dalam pilihanraya awam yang lalu (2008) dan kemenangan besar yang tidak dijangkakan sehingga menguasai beberapa kerajaan negeri menyebabkan orang orang yang tidak"layak" telah dilantik dalam kerajaan.

Bagaimanapun beliau mempertahankan anggota anggota Pas sebagai lebih bersih dari anggota lain lain parti (tentunya yang dimaksudkan ialah DAP dabn PKR) dan katanya anggota Pas tidak mudah untuk melompat atau dibeli oleh pihak lain atau terlibat dengan kes kes tidak bermoral.

Kata kata Menteri Besar ini memang benar.Umpamanya di Kedah terdapat tukang urut, pemandu lori ,samseng dan orang yang tidak bermoral dan tidak bepelajaran telah terpileh menjadi wakil Dewan Undangan Negeri .

Yang terkini dan paling menggemparkan ialah pendedahan gambar bogel seorang wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor Elizabeth Wong. Sekalipun beliau menyatakan bahawa gambar itu diambil tanpa keizinannya tetapi sukar untuk orang memperecayainya kerana Yang Berhormat ini memberikan pos istmewa dengan berada diatas sofa.

Kabar kabar yang belum rasmi mengatakan bahawa gambar itu diambil oleh bekas boy friend nya.

Pertahanan diri telah pun mulai dibuat oleh pemimpin pemimpin PR dengan mendakwa ini adalah suatu tindalkan jahat Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan di Bukit Gantang tetapi mereka percaya tidak akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi Pas dan juga PKR jangan lupa bahawa mereka percaya perbuatan mereka mendedahkan berbagai gambar palsu mengenai Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib dan juga mengenai Abdullah Badawi memegang pinggang seorang wanita adalah memberi kesan. Mereka mendedahkannya dengan untuk menjatuhkan maruah pemimpin pemimpin BN dan bagi mengembangkan pengaruh.

Juga jangan lupa bahawa seorang pemimpin Pas pernah memfitnah Tun Dr.Mahathir melihat gambar lucah bersama keluarga semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Ulama Besar Pas (bukan ulama Islam) menuduh Mahahtir gila ( video megenainya telah disiarkan oleh RTM dan ditonton oleh berjuta orang). Juga seorang penyokong Pas telah menyelak kain kepada seorang waita UMNO. Ini semua berlaku menjelang Pelihanraya Umum 2004.

Bagaimanapun sentimen kebencian kepada Barisan Nasional terutama di kalangan orang India dan Cina dan juga di sesetengah kalangan orang Melayu telah membuatkan mata pengundi buta terhadap nilai calun dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu tetapi penilaian ini tidak akan kekal selamanya. Para pengundi akan kembali kepada sikap rasional,mereka akan keluar dari perasaan marah dan benci dan telah mulai melihat kebenaran dan kepalsuan.

Dalam menghadapi keadaan yang tertekan dengan pembelotan,penderhakaan dan pembogelan , orang ramai tidak harus terkejut jika Menteri Besar Kelantan Nik Aziz akan membuat kenyataan mempertahankan perbuatan berbogel oleh wakil rakayt PKR itu.

Jika Nik Aziz dan orang kepercyaannya ,Naib Presiden Pas Husam sanggup mempertahankan Anwar Ibrahim mati matian sekalipun kes liwatnya diragukan dan sedang menghadapi satu tuduhan liwat lagi maka sesiapapun dapat menjangka dari sekarang bahawa mereka akan mempertahankan pula maruah Elizabeth Wong.

Jangan terkejut jika Nik Aziz memfatwakan perbuatan mendahkan wakil rakyat PKR berbogel sebagai dosa besar.

Sebab utamanya ialah sekalipun Nizar telah menyatakan bahawa Pas adalah sebuah parti yang bermoral tetapi untuk kepentingan kuasa dan bagi mencapai matlamat terakhirnya Pas telah pun menjual maruahnya kepada PKR dan DAP.

==>> Kerana kepentingan kuasa maruah dijual atau kerana kemaruk kuasa ISLAM Digadaikan.

http://www.maharajablogger.blogspot.com/

Anwar oh Anwar

Salam,

Saya menerima sms yang datangnya dari langganan sms akhbar Harakah yang tertulis: "Anwar minta wakil rakyat jangan gadai prinsip untuk bersekongkol dengan penjenayah dalam soal lompat melompat parti" - HRKH

Menilai dan meneliti pandangan Anwar ini, kita perlu melihat kembali peristiwa yang dikatakan oleh Anwar sendiri yang mana dia akan menjadi PM Malaysia pada 16hb September 2008 melalui lompat melompat parti iaitu pada ketika itu ahli Parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Yb Datuk Ibrahim Ali dalam parlimen secara sinis mengatakan bahawa kalau ianya mengadai prinsip mengapa sehingga menghantar rombongan ke Taiwan untuk memujuk ahli-ahli Parlimen melompat parti dahulu?

Saya tidak mahu mengulas panjang akan hal di mana Anwar dan konco-konconya merasakan lompat parti itu hanya salah jika Pakatan Rakyat lompat ke BN dan tidak sebaliknya. Yang mahu saya bincang adalah:-

1. Sedar tak rakyat Malaysia bahawa mereka telah direndahkan martabat minda mereka dengan peristiwa 16 Sept ini? Mereka telah ditipu hanya kerana Anwar menggunakan kepetahannya untuk meyakinkan rakyat bahawa 16 September akan berlaku dan ianya tidak SALAH !

2. Sedar tak PAS telah bergolak teruk ekoran 16 September ini dimana perselisihan terbuka antara Datuk Mustafa Ali dan Datuk Nik Aziz serta Datuk Husam Musa dengan penyokong-penyokong Dato Seri Hadi Awang dalam menyatakan sikap tentang lompat parti ini?

3. Sedar tak DAP juga bergolak apabila YB Karpal Singh sebenarnya tidak bersetuju akan perbuatan lompat part ini dari awal kerana berpegang kepada prinsip tidak bermoral untuk seseorang itu melompat parti?

4. Sedar tak DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta Raja-raja Melayu juga telah di"manipulasi" oleh Anwar dimana dalam hal lompat parti 16 Sept dia menunjukkan kononnya hormat akan Institusi Raja kerana minta mengadap namun peristiwa di Perak, titah Baginda Sultan Perak tidak dipeduli kerana tidak menyebelahinya?

Maka, dalam hal lompat parti ini, Anwar telah menipu hampir semua pihak di dalam negara ini termasuk dirinya sendiri dengan mengeluarkan kata-kata seperti pada sms tadi dengan tidak langsung merasa berdosa akan kata-katanya itu yang jelas suatu penipuan!

Kalau semua pihak Anwar boleh berbohong dalam satu isu, maka tidak mustahil Anwar boleh juga berbohong dalam semua isu...

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/02/lompat-parti-gadai-perinsip-anwar.html
sumber - purehadarist

Pak Belalang

Bosan aku dengan kes kangkang ni. Tak habis nak mempertahankan benang basah. Patutnya yang basah dalam kain, rupanya kepala melayu yang basah dek dikencingnya dengan orang-orang PKR.

Yang paling berbulu bila asyik dengar itu hak peribadi. Tapi masa berkempen takde lak kata peribadi. Berkhidmat untuk rakyat tapi bab “ sedekah “ rakyat tak dapat. Tak samarata. Asyik-asik helmi2…. Bila Tian Chuah ambik skit, Helmi sudah marah la. Apalagi, Dia pun sudah lelong itu gambar kat mudah.com.my la. Baguslah, semua orang dapat sedekah tu hahhaha….

Kalau dia lepaskan jawatan sekalipun, BN susah nak menang. Kerusi Bukit Lanjan, majoritinya cina, agak mustahil cina menyokong BN dalam keadaan sekrang. Kerana apa..?? Jgn katalah cina sokong PKR sebab Islam, mereka cuma nak mansuhkan DEB je. Bodohlah cina nak sokong BN oi… sure arr dia sokong perosak bangsa.

Anwar buat skim sama rata. Pas nak buat negara Islam. Kalau PR memerintah, Pas dimana..? duduk bawah kaki Anwar je yeop… Kalau semua samarata, mustahil isu agama tak samarata. Logik ke wujudnya negara Islam itu.? Silap-silap dana kerajaan untuk orang Islam pun dibahagi samarata.

Tahu camne dia bahagi.? Macam cerita Pak Belalang, antara BADAN ( anwar ) dan NYAWA (kit siang) . Satu untuk nko, satu untuk aku. Dua untuk nko, dua untuk aku, bodoh untuk nko…. Weii.. wei… (kit siang ) sape bodoh..? cina tarak bodoh arr… melayu je bodoh…

Sebenarnya, aku tak nak besarkan isu ni. Mengaibkan orang. Tapi nak buat camne. Mereka cakap macam mereka bagus. Apa yang mereka cakap semuanya betul. Orang lain semua salah. Macam gampang.

Kedua bila dia isu ini, kenapa sibuk menyalahkan orang.? Orang lain yang makan nangka orang lain yang dapat getah. Orang lain yang kena kemut, orang lain yang pancut.? Huh….

Wednesday, February 18, 2009

Nobisha

Aku suka apa yang ditulis Nobisha.
Memang tepat apa yang dikata.

POLITIK "TOM AND JERRY" DI MALAYSIA


Ramai kanak-kanak yang suka tengok siri kartun "Tom and Jerry". Tom ialah kucing. Jerry ialah tikus. Kedua-duanya bergaduh tak henti-henti. Plot siri kartun ini berkisar di sekitar Tom yang cuba menangkap Jerry. Itulah plotnya. Tak ada yang lain.

Dalam proses Tom nak menangkap dan Jerry nak menyelamatkan diri, mereka berlari dan melompat di sana-sini. Habis rosak harta-benda dalam benda dalam rumah disebabkan oleh kerenah dua ekor binatang ini.

Bagaimanapun, sejak siri kartun itu diperkenalkan hinggalah sekarang, Tom tak pernah berjaya menangkap Jerry; menunjukkan kepandaian Jerry yang sering bernasib baik. Siri kartun ini menunjukkan "love-hate relationship" yang wujud antara kedua-duanya; bukannya pergaduhan kekal dan melampau. Tom selalu senyum kepada Jerry, begitu jugalah sebaliknya.

Malah, ada dalam siri tertentu, Tom menunjukkan kasih-sayangnya kepada Jerry. Sebagai contoh, apabila Jerry berpura-pura jatuh seolah-oleh kena tembak oleh Tom, maka Tom pun berlarilah membawa "first aid kits" kepada Jerry. Sesekali Jerry menjadi "jealous" apabila Tom berkawan dengan kucing betina lainnya.

Itulah agaknya yang menjadikan siri "Tom and Jerry" ni menarik. Ada elemen permusuhan. Ada elemen keganasan. Ada elemen kasih-sayang. Ada elemen jealousy. Sesekali kena. Sesekali dipekena.

Saya nampak politik Malaysia pun macam siri kartun "Tom and Jerry". Nampak macam bergaduh sakan. Pukul sana, pukul sini. Tetapi apabila berjumpa di Parlimen, bersembang macam adik-beradik. Boleh pula berkongsi rokok. Dah tu, sempat lagi hulur kertas cadangan projek!

Nampak macam marah, tetapi sebenarnya jealous. Nampak dia pekena orang, tetapi sebenarnya dia yang kena. Kadang-kadang kita dah tak tahu siapa mangsa dan siapa pemangsa.

Politik "Tom and Jerry" juga politik tuduh-menuduh. Politik jenis ni cukup mudah. Budak sekolah menengah pun tahu. Apabila berlaku sesuatu yang negatif, tuduh lawan dulu. Tuduh dulu. Betul atau salah, itu perkara kedua. Betul tak penting. Yang penting, tuduh.

Mengapa tuduh? Nak jadikan lawan berada dalam keadaan defensif. Apabila kena tuduh, maka lawan kena jawab. Apabila lawan kena jawab, dia tak banyak masa nak serang balik. Apabila tak sempat serang balik, tak banyaklah keburukan kita terbongkar.

Politik "Tom and Jerry" ada di antara parti-parti politik dan sesama individu dalam parti politik. Ada di kalangan Barisan Nasional. Ada dalam Pakatan Rakyat.

Selepas setahun PRU12 berlalu, saya tak nampak ada parti politik yang putih melepak. Memang ada parti politik yang rasa dia putih melepak, tapi saya (dan ramai lagi) yang tak nampak dia putih melepak.

Bilakah politik "Tom and Jerry" akan tamat dalam politik Malaysia? Susah nak jawab tu. Siri kartun ini bermula pada tahun 1940; sampai sekarang masih popular.

"Tom and Jerry" popular kerana kanak-kanak suka menonton dua ekor binatang bergaduh!

http://nobisha.blogspot.com/2009/02/politik-tom-and-jerry-di-malaysia.html

Mimpi Yang Sama

Aku tertarik dengan komen ni.
Cina perjuangkan cina. Kena plak cina ni dari parti pemerintah. Rugi la kalau dia lepaskan jawatan. Maka, adakah ini wujudnya pakatan yang dinamaka " bantal lain-lain tapi mimpi sama ".

NAIB PRESIDEN MCA HAIRAN

Pun begitu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempersoalkan tindakan Wong yang menawarkan diri untuk meletak jawatan dan mengosongkan kerusi Bukit Lanjan.Kata Liow, beliau hairan dengan tindakan wakil rakyat PKR itu untuk melepaskan kedua-dua jawatan yang disandangnya sedangkan Wong telah mengatakan beliau tidak bersalah dan dianiaya."Kalau tidak bersalah dan dianiaya, kenapa hendak letak jawatan?. Biarlah polis siasat dahulu," kata beliau di Alor Setar.

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/02/apa-sebenarnya-komplot-kes-foto.html

dia ke ni lelaki yang dicari.??

atau ada lelaki lain..? abg mie ada cerita..??

Baca


Akak Lanjan

Satu puak membela dan satu puak menyerang. Malas aku nak cerita pasal adun lanjan ni. Tapi puas bila aku tahu siapa dalang siri sebenar. Persoalan dalam diri sudah terjawab. Kalau pencuri dia akan lagak seperti pencuri dan cara dia ingin menutup identiti lelaki itu….. rasa semacam ada yang tak kena. Nah ambik. ko Ketua AMK yang perjuangkan nilai-nilai suci.

Mungkin semua ini angkara BN. Eliza tido terkangkang camtuh sebab mungkin khir toyo yang suruh. Khir toyo jadi pengarah sementara helmi jadi fotografer. Agaknya la….. Pembangkang kata BN ni pandai merancang. Opss… mengaku ke BN pandai merancang?? Tapi pelik plak kan kenapa mereka tak mengaku BN pandai merancang dalam merancang pembangunan negara.?

Tengok gambar kabur-kabur jadilah.Bukan tengok sebab nafsu tapi sekadar ingin tahu camne gambar tuh. Mungkin ia dikira skodeng dengan izin. Kalau menceroboh, camne lelaki tu masuk? kalau pecah rumah mesti ada laporan polis. Kalau masa tido dia datang so maksudnya lelaki ni ada kunci pendua.? Opss…. Kalau ada kunci pendua dah macam suami isteri plak dah. Hakikatnya, dah ada port baik buat ape nak sewa-sewa… lanjan je la…

Kalau ia bukan selalu datang masakan akak lanjan tu boleh tido kat sofa dan bukan dalam bilik.? Kalau lelaki itu tetamu nak berbincang, masakan sorang tido sorang buat keje. Inilah hasil kerja lelaki lelaki tu…. huh..~!!

Ini kes mengaibkan orang so aku tak nak komen.Itu cerita dalam kepala aku. Kepada mereka yang membela bersungguh-sungguh cam dah hilang akal akak lanjan ko tu... jangan buat lawak la. Bill Clinton yang orang putih yang mengamalkan seks bebas pun kena menjawab dengan anggota senat, inikan pula orang Malaysia. Nak menghalalkan apa yang dilarang.

Dulu Anwar hebat berkata-kata. Umno korup, rasuah, tidak ada intigriti dan macam-macam lagi. Dia rasa orang-orang dia semuanya suci macam dia kot. Suci ke.? Oppss.. !!No komen.
Mengharukan, baru setahun memerintah, ada sahaja yang tak kena. Lebih sadisnya bila sebut isu PKR hampir semuanya berkaitan seks. Memalukan…! lebih meloyakan dari utusan meloya. Ini ke orang yang dilaung-laungkan membawa agenda negara..?

Aku hanya ingin melihat pemimpin yang berjiwa rakyat seperti arwah Razali Ismail, arwah Roslan Shaharum. Simple tidak perlu protocol. Zulkifli Nordin memperjuangkan Islam dengan ada jalan bukan main redah tiada hala tuju. Tapi mereka ini…. Dua orang YB ini sudah mengadap Ilahi dan seorang ini, ibaratnya meredah laut keseorangan.

Lenjan je la Yb….. tapi jangan tido terkangkang sudah la....

Melayu Labu Labi

Mula-mula S. Manikavasagam membuat laporan polis bagi pihak T. Murugiah. Sekarang giliran Gerakan membela Guan Eng. Kes tak sama tapi ia sepatutnya memberi peringatan kepada kita bahawa mimpi pemimpin mereka sama. Jika diperhati, dalam kemelut politik sekarang India paling beruntung. Pembangkang memuja sementara BN melutut.

Ini membuktikan bahawa masih ada unsur perkauman yang kuat diantara kaum dan parti yang berteraskan kaum masih relevan. Mereka bersatu hati memperjuangkan kaum mereka dan sekarang ke kiri ke kanan yang mendapat untung kaum mereka. Melayu..? Nganga dalam kebodohan.

Pembangkang terdiri orang melayu menyatakan Umno kalah, walhal kekalahan kerusi umno tidak terlalu besar tetapi kerana kekalahan yang teruk pada MCA dan MIC maka BN tidak mendapat kerusi 2/3 di parlimen. Bagi aku faktor kekalahan Umno adalah kerana parti kompenen yang memakai baju BN tapi hatinya pembangkang. Apa yang ditawarkan oleh Anwar adalah agenda politik mereka sebenarnya iaitu mempunyai hak sama rata diantara semua kaum.

Hari ini ketiga-tiga calon ketua Pemuda berhujah diantara mereka siapa yang layak menjadi ketua.. Agak menghampakan, Mukhriz hanya gah pada duit dan nama bapa tapi dari segi kredibiliti aku tengok seperti tin kosong. Apa yang membuatkan aku terdiam, arah politik sekarang adalah seperti apa yang aku jangkakan. Ia masih menuju kegelapan bangsa aku. Kalau dulu aku rasa DEB akan dibuka, nah.... mungkin ia terjadi. Bakal ketua Pemuda ini berkata dalam samar, mereka akan tunduk kepada kehendak parti komponen.

Kalau Sultan disanggah, Mufti diperlekehkan, melayu PKR mudah dibeli, harap Pas sedih plak tidak tahu berkuasa, harap Tok Mun dia dah tua. Apa yang tinggal pada melayu.?

Sedarlah, kebanyakan melayu sekarang kerana tongkat subsidi, kalau masuk U sebab jati diri…. lupakan la. Sistem merit sekarang menjadi bukti. Mahasiswa melayu sekadar aksesori. Lot kedai cina beli dia harung sekali, melayu menjadi pemerhati. Rumah kuoata bumi melayu masih tak mampu nak beli tapi cerita ibarat duit penuh berpeti-peti. Ehsan kerja kerajaan tapi melayu akhirnya lupa diri. Tidak sedar itulah DEB.

Ikutlah kau melayu. Biarlah kau dengan labu labi….

Tuesday, February 17, 2009

No Komen

Dilarang takbir sewenang-wenangnya. Aku no komen. Biar yang pakar agama yang menjawab. Pakar agama yang berunsur politik adalah tidak digalakkan. Kalau majlis fatwa orang kata ia ulama kerajaan so mungkin lebih baik buat forum. Tapi mengapa Islam itu mudah tapi kita membuatkanya Islam itu susah..?

Ringtones yang berunsur agama diharamkan. Mungkin sebab ayat tak lengkap, ayat agama dipermainkan atau apa saja. Mufti-mufti ada hujah sendiri. Tapi sekarang agama juga seperti dipermainkan. Orang kafir memetik surah, mengtranslatekan malah menghuraikan kepda orang Islam aku rasa cam tak selesa. Tambahan plak ramai yang menyokong perkara itu. Malah ada yang berbangga dengan fenomena itu. Huh....

Eliza

Huh…. Masakan tak panas. Aku rasa sesiapa yang tak dapat Elizabeth Wong opss… Miss Eliza, pasti akan mencari atau meminta dari orang. Aku try gak mencari dalam google tapi tak jumpa. Kenapa aku mencari aku tak tahu. Mungkin sebab aku lelaki kot… ada nafsu ingin melihat. Biasala alasan setiap lelaki….. hahhahhaha…..

Apapun, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai exco. Tidak timbul isu dia belum kawin. Tidak timbul tanpa kerelaan. Tidak timbul isu agama lain dan tidak timbul isu peribadi. Sebab dia dah kantoi dengan bukti Samada bukti kaku atau hidup sama sahaja. Dia dah mengaku bahawa dialah orangnya.

Aku mencari gambar tu mungkin ingin melihat dari segi hakikat dan bukan sekadar membaca tulisan orang. Bagi aku, orang yang mengambil gambar ialah orang yang ketiga yang dinamakan lelaki. So boleh diibaratkan masakan kucing tidak makan ikan. Kalau dalam Islam dah menimbulkan syak dan boleh didakwa. Dia bukan Islam maka biarkan dia dengan agama dan budaya dia. Tapi oleh kerana dia seorang pemimpin dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Pandai makan pandai simpan, pandai buat pandai tanggung.

Dia orang PR atau orang BN mereka sama sahaja. Tidak perlu bertekak isu moral ini. Intrigriti sebagai pemimpin perlu ada dalam diri. Terutamanya orang Islam, ia bukan isu peribadi tapi ia lebih kepada agama. Ada kajian yang dijalankan menyatakan 90% perempuan belum berkawin tidak berdara. Aku setuju hasil kajian ini. Kita harus kengkang keruntuhan moral ini. Kerajaan dan masyarakat harus memainkan peranan dalam menangani isu ini, tapi…….. apa nak dikata, sape nak kengkang andai semua sama, semua serupa, dua kali lima.

/me Dulu terima sedekah sekarang giliran bagi sedekah

Sunday, February 15, 2009

Kita Perdana Menteri

Hakikat kita dimana kalau kita menjadi Perdana Menteri

=>Diri Sendiri
Jihad dulu pada diri sendiri. Tak cukup 5 waktu, sila penuhkan.Usah pandai berkata tapi tiada perlaksanaan.Kalau kerja selalu curi tulang ubah dulu sikap sebelum jadi PM. Kang kalau jadi PM orang kata PM yang kuat tido. Kalau merokok, berhenti merokok. Usah salahkan orang lain kerajaan tidak mewartakan fatwa haram merokok.

=>Sebagai Pekerja
Selalu claim yang tak sepatutnya tapi sembang anti rasuah.Kalau ada adik abang kawan mintak tolong rekemen mohon kerja, buat permohonan sendiri. Jangan rekemen-rekemen. Nanti dikatakan PM yang mengamalkan kroni. Kalau jaga tender, usah dok menipu ikut pintu belakang. Ikut prosedur walau prosedur penuh birokrasi. Jangan kata projek nak cepat, tipu sana sini. Takut kalau asyik menipu kompem bila jadi PM sama je dengan yang lain.

=> Sebagai kawan
Selalu jaga hati kawan.? Selalu tolong kawan bila susah.? Selalu belanja kawan.? Kalau asyik nak save budget, camne nak berjihad ke jalan Allah. Bukankah sedekah dituntut oleh Islam. Kalau jadi PM, kalau diri sendiri tak pandai bersedekah, mampu ke tolong orang susah.? Atau tolong orang miskin sekadar janji kempen pilihan raya..?

=> Sebagai anak
Dah jadi anak yang terbaik.? Berapa kali sebulan jenguk makayah.? Selalu telefon makayah atau makayah yang telefon.? Akrab dengan adik beradik.? Kalau ada adik pernah tengok kerja rumah dia.? Sehari berapa kali mendoakan keampuanan ibubapa.? Atau tidak pernah mendoakan.?

=>ada awek.?
Kalau ada awek, tangan tak meraba peha tak basah.? Atau sekadar sembang sedap??
Kalau jadi Perdana Menteri nafsu boleh berkurang atau mohon gadis untuk ditempah.?

=> Ketua Keluarga.
Jadi mentor kepada keluarga sendiri.? Pernah imamkan keluarga.? Kalau ada anak dah bagi yang terbaik pada mereka.? Pada isteri, menyayangi sepenuh hati.? Setia di depan curang di belakang.? Berani menegur kesilapan isteri.? Mampu merancang masa depan keluarga atau bini yang merancang pada keluarga.? Kalau status awek hidup masih bujang sudah sudah dikongkong, kalau dah jadi bini keluar seminit pun telefon berdering.Kompem takut bini.

Kalau jadi Perdana Menteri syok dengan dasar sendiri tak takut kena pecat.?

Muhasabah diri, jihad pada diri sendiri dan usah selalu menyalahkan orang lain atas kesilapan kita. Bercakap dibelakang seperti hero, didepan seperti kucing tersengih-sengih. Bercakap tentang perjuangan tapi diri sendiri entah kemana.

Friday, February 13, 2009

Yang Mana Batil Yang Mana Hak

Suka atau tidak, melayu sekarang lemah. Lemah bersaing, lemah untuk berdiri malah lemah untuk berfikir. Melayu sudah tidak berfikir secara rasional. Mereka menganggap mereka sudah hebat. Melayu merasa sudah maju. Ada KLCC , ada F1 dan kekadang pakaian yang tak cukup kain pun mereka anggap maju seperti Amarika.

Mungkin aku orang kampung. Rambut tak pacak atau seluar aku tak londeh. Aku tak setaraf pada mereka yang beragam Amarika. Tapi pendapat aku, cukup ke sekadar menukar budaya tetapi tidak menukar cara berfikir.?

Amat malang bila satu tahap bangsa sendiri dikenakan tindakan tetapi apabila bangsa diugut oleh bangsa lain, melayu hanya diam membisu. Semuanya kerana dia orang law. Undang-undang dalam gengaman. Sedihnya, orang yang mempermainkan bangsa aku terlepas dari undang-undang. Walhal satu ketika dulu, orang sekecil repoter kena sumbat ke dalam, mengapa orang yang membuat onak satu negara masih bebas merdeka.? Adil ke undang-undang ini?

=> Malaysia sudah merdeka 50 tahun, dimana Malaysia? DEB tidak membantu orang melayu. DEB menguntungkan pemimpin dari rakyat.

Mereka ini buta hati. Camner Malaysia dulu dengan Malaysia sekarang. Satu ketika dulu, mungkin dia pernah mendapat biasiswa kerana abahnya seorang petani. Tapi bila keluar U, mereka merasa dia bijak pandai. Satu ketika dulu mungkin abangnya yang mencarikan kerja tapi kini dia kata orang itu orang ini kroni. Dia sekadar drebar, dia minta gaji bak pengarah. Dia pernah belajar poly, dia rasa dia orang yang terpelajar.

=> Jika disebut jihad Nabi.

Apabila ditanya tentang jihad, kenapa kita tidak mengikut cara Nabi berjihad sehingga dia sanggup dibaling najis.Aku diam membisu.Dia pesuruh ALLAH, dia Nabiku, masakan mungkin aku akan mengumpat Nabi yang aku junjung.

Nabi Muhamad itu maksum sehingga ke taraf kekasih Allah. Memandang wajahnya pun kita akan tertunduk. Mendengar katanya pun kita akan insaf. Diam tanda dia sedang berzikir, berkata tidak pernah dusta. Dia bijak memimpin, dia bijak beruding.

=> Jika bicara tentang Islam,

Sekarang ini, siapa yang benar? Yang mana tulin yang mana palsu.? Yang mana hak mana yang batil.? Adakah yang benar itu apabila mengikut kehendak? Adakah perjuangan agama itu mengikut pasaran saham.? Atau Islam itu sekejap halal sekejap haram.?

Kita di akhir zaman. Mungkinkah ada Hudud di Malaysia.? Atau mungkin Allah membantu kita dengan lahirnya Imam Mahadi di Malaysia.? Moga dengan izin Allah mungkin ianya akan terjadi.

Dialah yang Maha Mengetahui akan apa yang terjadi.

Thursday, February 12, 2009

TNB

Mulai 1 Mac kadar tarif elektrik diturunkan sebanyak 2.54 secara purata. Rakyat menyambut penurunan itu dengan lapang dada sementara poket syarikat utiliti itu terasa semput.Faham-faham sahajalah kalau majikan semput pasti pekerja pun semput.

Dalam sejarah, TNB tidak pernah mencatat kerugian dalam perniagaan tetapi bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009 TNB telah mencatat kerugian bersih RM944.1 juta berbanding keuntungan bersih RM1.52 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.. Kerugian TNB bukan disebabkan oleh ketidakkecekapan staff tapi ia adalah kerana faktor luaran seperti tukaran wang asing sebanyak RM1.439 bilion

Dasar kerajaan menyumbang kepada faktor angka kerugian tersebut dimana TNB terpaksa membayar RM9.45 bilion kepada penjana tenaga bebas (IPP) dalam tahun kewangan 2008 dan dijangka meningkat kepada kira-kira RM12 bilion pada tahun kewangan 2009.

Bagi tahun kewangan akan datang, TNB akan terus menghadapi tekanan mencatatkan keuntungan kerana kos operasi akan meningkat kerana kos bahan api, gas serta arang batu akan meningkat sehingga 60.9 peratus dalam tempoh kajian. Apabila Loji Jana Kuasa Jimah yang mampu mengeluarkan kuasa sehingga 1500 MegaWatt (MW) siap sepenuhnya maka pembayaran kepada IPP akan meningkat.

Isu tenaga ini kekadang timbul namun ia akan dipandang sepi selepas itu. Anwar pernah membawa isu ini dalam debat bersama Sabery namun apakan daya, dia antara kroni-kroni itu. Mustahil dia akan membawa isu yang akan memakan diri sendiri.

Angka pembayaran yang tinggi kepada IPP adalah tidak munasabah. Perjanjian yang menguntungkan sebelah pihak dan tidak disemak semula telah mengakibatkan aliran tunai TNB tidak menentu. Rezab tenaga tinggi tetapi pembinaan IPP bagai cendawan.

Segalanya kerana dasar yang dibuat oleh Mahaathir tetapi sekarang dia bercakap seperti orang tidak bersalah. Aku sendiri tidak faham kenapa zaman yang moden ini masih ada perjanjian komunis.TNB nadi ekonomi, TNB penggerak kemajuan namun kini TNB hampir dimasukkan di ICU. Adakah TNB akan dibailout, sama-sama kita saksikan.

/me Nampak sihat hakikat dalam kesakitan.

Wednesday, February 11, 2009

Biarkan Kedah

Ramai yang setuju BN ambik Perak terutama anak Perak. Tapi aku tak setuju kalau BN ambik Kedah. Bagi aku Kedah walaupun dipimpin oleh Pas mereka mampu berkerjasama dengan BN. Dalam isu boikot utusan, Kedah tidak mengikut telunjuk PKR. Mereka mentadbir mengikut acuan sendiri.

Kedah kurang bergolak kerana majoriti kerusi dimenangi wakil oleh Pas. Pentadbiran yang secara terbuka juga adalah teras keutuhan pentadbiran kerajaan negeri. Oleh kerana Pas adalah melayu dan BN Kedah juga melayu maka tiada isu tentang kepentingan melayu tergadai. Oleh yang demikian, sokongan dari pihak istana juga agak kuat.

Jika diteliti, keadaan di Perak dan Kedah amat berbeza sekali. Oleh kerana ketegasan Ustaz Azizan, pengaruh Anwar dirasakan tidak dapat merebak di Kedah. Andai Anwar dan Dap tidak mencapuri urusan Pentadbiran Perak, kemungkinan Perak masih dalam tawanan pembangkang.

Kerakusan DAP dan sikap gelojoh Anwar antara faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan Perak kepada BN. Jika di teliti, Sultan terutama Raja Nazrin tidak selesa dengan pentadbiran negeri dengan memberi titah yang sinis kepada Pakatan. Walau MB dari Pas namun segala dasar pentadbiran negeri meminggirkan kaum melayu. Selalu Nizar menyatakan Istana memberikan sokongan kepada pentadbiran negeri, pendapat aku mereka tidak menyatakan yang benar dan tidak cuba untuk mengubah dasar.

Isu tanah adalah isu yang amat penting samada untuk melayu atau cina. Tanah bagi melayu adalah tumpah darah sementara kaum cina diakui andai diberi intan berlian, mereka lebih sukakan tanah. Dalam perkara ini, Nizar tersepit dengan keadaan. Dap jolok, Anwar himpit, alih-alih kuasa bertukar tangan.

Kalau Umno mengikut rentak Anwar, Umno susah untuk pulih dimata rakyat. Mereka akan ada isu untuk mencaci. Lupakanlah Kedah. Biarkan mereka memerintah. Mereka juga melayu. Tak mungkin mereka akan menggadaikan bangsa sendiri. Hanya Anwar satu melayu yang tak boleh diharap. Mengajak rakyat berpolitik sepangjang hari.

Membangkang adalah kerja pembangkang. Tapi yang agak kecewa apabila mereka tak pernah memberi pandangan yang bernas. Malah mereka sering menyokong untuk rakyat rusuhan di jalanan. Kalau mereka kalah mereka sering mencari alasan tapi bila menang hilanglah semua alasan. Tak pernah sesekali muhasabah diri untuk lebih cemerlang.

Pada Umno, biarkan Kedah. Jadikan kerakusan Anwar sebagai iktibar. Kalau Anwar terdesak untuk menjadi perdana menteri kerana tua, biarkanlah. Biarkan rakyat yang menentukan.

Tuesday, February 10, 2009

Komen orang

A petik dari Perisik.

Adakah konspirasi Nizar atau Anwar

http://perisik-rakyat.com/2009/02/konspirasi-irnizar-dsai.html
Aku copy untuk member aku AUS. Mengapa aku sering bertekak ngan nko.
Hakikat politik itu tetap politik.

Tapi aku cuma berminat dengan hakikat komen satu blog.Kebenaranya tanyalah mereka yang berpolitik dan yang membuat konspirasi.


DARI ANAK JATI PERAK..

Sekarang baca yang ni pulak

'perjuangan yang tak ada matlamat dan menghancurkan bangsa..sedarlah'.

Fikirkanlah sebelum membalas pendapat ini...

Sebenarnya keadaan di dalam dun/ammk perak adalah berat sebelah.
Oleh kerana majoriti kerusi dap adalah banyak , keadan ds nizar
diibaratkan sebagai anak patung boneka dap didalam kerajaan perak..

Setiap keputusan dan agenda untuk pembangunan melayu akan di sanggah dan di bangkang oleh dap.
Yang menjadi perkiraan adalah kepentingan dap, dan kaum tertentu sahaja.
Oleh kerana keadaan ini bukan sahaja orang melayu, malah orang india sendiri turut terpinggir..
Bukannya apa, cuba bayangkan exco kerajaan berbangsa melayu hanya memegang bahagian yang tidak
penting dan tidak dapat membangunkan bangsa melayu di perak. Manakala exco pembangunan, ekonomi,
yang penting-penting adalah diberikan kepada bangsa/kaum tertentu.

Yang hanya dibincangkan di dalam dun perak 80% hanyalah berkaitan perlombongan dan tanah..
Jadi apakah gunanya benda ini untuk bangsa melayu ? Ini kerana benda yang dibincangkan ini adalah
bagaimana nak dapatkan tanah, dimana nak buka lombong bijih...
Untuk kaum tertentu(harap pahamla)...

Selama 11 bulan memerintah apa yang di beri keadilan oleh kerajaan perak(pr) kepada rakyat??
Tak ada langsung..

Satu lagi perkara adalah kes geran tanah 999 tahun.
Di dalam perak ini kampung baru berjumlah 120-125 buah (lebih kurang)
dan dari jumlah itu hanya 11 kampung baru adalah kampung orang melayu..cuba bayangkan 11/120 hanya
8-10% adalah akan diberi kepada melayu dan 90% adalah bukan melayu..bayangkan lah.

Saya berasal dari manjung..tak jauh dari rumah ds nizar...6 minit perjalanan je..
Pernah duduk semeja minum...kekadang dia pening di dalam pengurusan negeri perak..
Dia hanya di ibaratkan boneka yang hanya bergerak apabila digerakkan oleh orang lain..

Oleh itu...bukanya salah apabila pr nak jadi pemerintah malaysia..cuma diharapkan nanti
janganlah ds anwar adalah perdana menteri melayu terakhir.

Oleh kerana nak sangat sokongan rakyat..sampai keadaan kelebihan bangsa melayu sendiri hilang..
Seperti singapore..ini kerana tidak ada lagi perbezaan di antara china, india, dan melayu...
Sama saja tak ada kelebihan maksud kuota bumiputra..

Sedangkan pas sendiri ingin membangunkan negara islam...tetapi dap sendiri memberi pendapat supaya
melangkah mayatnya dulu kalau pas nak wujudkan malaysia sebagai negara islam...bayangkanlah..
Saya sendiri adalah penyokong ds nizar..cuma kekadang takut dengan akan perkara ini...
Pikirkanlah apa akan terjadi nanti apabila kita tidak lagi bergelar melayu bumiputra...

Siapakah nanti akan mempertahankan kita sebagai orang melayu bumiputra..kalau dah jadi macam singapura..

Pikirkanlah singapura...pemerintahnya akan tetap bangsa ppp(lebih kurang dap)...dan tak berubah...
Dari bapak dan di turunkan terus kepada anaknya...

Kalau seteruk raja perak pun ..walaupun di bagi kepada anaknya nazrin..mereka tetap islam dan melayu...
Dan kejadian baru-baru ini pun adalah di atas kepentingan melayu...
Walaupun sanggup di baling batu, di ludah oleh rakyatnya sendiri..

Dan..kejadian kucar-kacir di kuala kangsar tu pun..adalah satu keadaan bercanggah dengan agama..
Melaungkan kebesaran allah demi mempertahankan keadaan kekafiran dap di dalam perak..
Dimanakah kaum-kaum lain semasa kejadian tersebut? China dap, india pkr, makkhal shakti, hindraf..
Dimanakah mereka?

Saya sendiri berada di situ dan turut sama memprotes...tetapi saya sedar
saya juga berdosa pada hari jumaat tersebut..kerana selepas mengaminkan doa kepada pemerintah tempat saya bernaung
tetapi melawannya pulak..yang ada..hanyalah..guru-guru sekolah agama, murid-murid sekolah agama,
orang melayu yang hanya membuta tuli membuat protes ...rakyat indonesia yang sengaja memporak perandakan lagi keadaan..
Dan orang-orang yang datang dari luar perak adalah ramai dari orang perak sendiri yang datang memprotes.

Oleh itu..kepada saudara sebangsa...pikirlah sesuatu itu untuk kepentingan bangsa ...dan jangan tergopoh-gapah.

Sekarang kita dah jumpa dengan betul-betul orang yang benci islam...siapa? Singh yang naik kapal...sedarlah dan

pikirkanlah dahulu...

Gong Xi Fa Chai

Semasa aku hantar member aku Aus… Oppss.. aku petik lagi nama nko lagi. Nak wat camne, kenyataan itu itu benar bahawa aku sering bersamamu. Apa nak risau, orang tak kenal ko la, dan aku rasa takde sape nak baca blog aku pun. Nko je yang follow aku.

Hakikatnya kita kat Malaysia ni tak pasal-pasal kita dapat dosa kering.Kerana banner kat tol kita bercerita tentang hakikat. Bila aku cakap ada dikalangan mereka yang secara terang umpama meraikan agama mereka tapi takde komen apapun.

Mufti dah kata haram kalau kita sebut Gong Xi Fa Chai. Aku ingin bertanya, mampu ke kita mengelak dari menyebut perkataan itu.? Aku tak komen keputusan mufti, cuma kekadang aku agak berbulu bila ada pihak yang mengambil kesempatan. Mengutuk menjadi jaguh. Dan tak semena-mena member aku sorang menyangkal dengan berhujah, perbuatan dan cakap adalah berlainan. Huh…. Ada plak camtuh. Bukankah iman itu dilafaz dalam hati dan diterjemah dengan perbuatan.? Ibarat kita berpuasa, cukup ke dengan niat.?

Dan orang ini selalu seperti sehalaun dengan hindu.
Ambik iktibar dari pengarajaran cerita Thaipusam.
Dia menganggap Taikpusam ini benar..????


SALAM THAIPUSAM DARI ANWAR

Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.
Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengalahkan rakasasa tersebut.

Moga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah ini dan terus memperkukuhkan tekad buat mencipta Malaysia yang bebas merdeka dari rasuah dan kezaliman. Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

DAP lebih ISLAM dari MELAYU

Mereka pejuang agama.....




Demi agama sultan pun disapu sekali

Tapi rupa-rupanyanya dia nak


Aku nak berajakan DAP Laa...


Berjuang untuk agama sape..??



Exco yang asal ini mampu memperjuangkan agama..?
Mungkin DAP ini lebih ISLAM dari ISLAM melayu

Saturday, February 7, 2009

Angkuh

Perisik memetik dari Malaysiakini :-

http://perisik-rakyat.com/2009/02/mufti-tidak-taat-kepada-raja-adalah.html

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.

''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.

''Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Perisik : "Raja Adil, Raja Disembah. Raja Zalim Raja Disanggah"
------------------------------------------------------------------------

Lawan kata mufti.? kalau mufti mengata BN tak cukup tanah nak kutuk, tapi kalau kena batang hidung sendiri lawan tetap lawan walaupun dia mufti.?

Raja silap ke nkorang yang kemaruk dengan keangkuhan untuk berkuasa.??? Ini ke yang dikatakan memperjuangkan agama.?

Seingat aku walau mufti pro PR orang UMNO tak pernah kutuk sampai nak isap pelir. Adoi... parah taraf gaban ni. Kalau raja giler kuasa bodohnya la korang kata camtuh.Raja dah tendang MB masih tak nampak ke kuasa raja.? Kalau giler pangkat, bangang betul la korang ni. Pangkat pun dia bagi kt orang. Kalau nak duit berjuta, nak apa sahaja pun dia dapat. Kalau raja nak rumah besar, rumah dia sudah sememangnya istana pun. Kalau ko kata raja tak bijak, tak cukup ke anakanda tuanku merangkap pembantu dia belajar sampai PHD. KOrang ni bagus sangat atau bijak sangat ke..?
bongokkk.....!!

Sultan yang bijak

Ibarat kata anakmelaka : Antara BN dan PR


BN ( kanan kiri semua Melayu ) PR ( kanan kiri depan belakang )

Apa salah sultan hingga tuanku disaman? Ikut suka hati tuanku la samada nak bubarkan dun atau tidak. Itu kuasa dia mengapa kita harus pertikaikan.Itu memang sudah termaktub dalam perlembagaan.Apa yang dibuat oleh sultan aku rasa tuanku mengikut perlembagaan.Sekarang ini, kedudukan 3 kerusi Dun di Perak masih difailkan dimakamah maka ia membuktikan bahawa tiada kekosongan kerusi Dun. Maka sultan mengikut perlembagaan dimana parti yang mempunyai majoriti akan memerintah. Kerana apa..?? kerana 3 Adun tersebut menyokong Barisan Nasional.

Kalau nak ikut logik keadaan, tiada kekosongan kerusi Dun maka tiadalah pilihanraya kecil untuk 3 kerusi. Kekosongan kerusi jika ada YB meletak jawatan tapi dalam kes ini SPR menyatakan 3 Adun tersebut tidak meletak jawatan kerana surat tersebut diragui kandunganya. Aku tidak tahu isi kandungan surat tersebut, tetapi andai akujanji tersebut hanya menyatakan jatuh talak bila menyertai BN maka aku rasa mereka masih menjadi Adun yang sah kerana mereka tidak menganggotai mana-mana parti BN tapi mereka hanya menyokong BN. Pakatan Rakyat sendiri belum didaftarkan tetapi hanya kerana dasar sokong menyokong maka mereka boleh menubuhkan kerajaan di 5 negeri.

Dalam hal ini, kenapa BN dan Sultan disaman dan bukannya SPR.? Yang bersalah SPR kerana SPR yang menentukan samada ada pilihanraya kecil atau tidak. Anwar memang licik sebab itu dia membuat akujanji kepada YB mereka. Patutlah mereka tidak menyokong akta lompat parti kerana mereka sudah ada perisai sendiri. Tetapi kalau surat itu tidak menyatakan JIKA YB PKR keluar PKR secara automatik mereka meletak jawatan maka akujanji tersebut ada kekurangan. Bukankah lebih baik surat tersebut ditukar kepada surat akujanji dan dimatikan stem agar ia lebih sah.?

Apapun ia mainan politik, 2X5 sama sahaja.Dalam politik siapa yang lebih bijak dia akan keatas. Ternyata BN lebih bijak dari PR dan nyatalah bawaha PKR sebenarnya tiada pemimpin berkualiti malah tidak ada intrigiti. Tak dapat Camry keluar parti dan kerana hendak melepaskan diri sanggup dicela sana sini. Kalau selama ini hanya Umno yang dikatakan korupsi bukankah 3 Adun ini adalah bekas adun PR.???????

Awang Selamat

BISIK-BISIK

‘‘TERSERAH kepada Tuanku... Yakin Sultan Perak akan buat keputusan adil.’’ Itulah antara kata-kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selepas beliau menghadap Sultan Azlan Shah pada petang Rabu lalu.

Namun lain pula jadinya kelmarin – beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar, setelah baginda menitahkan supaya beliau dan barisan Exconya meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta ekoran Pakatan Rakyat tidak lagi memperoleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Kenyataan dan tindakan Mohammad Nizar itu menampakkan politik mainannya penuh celaru. Bayangkan, sebelum menghadap Sultan pada Rabu lepas lagi, beliau terlebih dahulu mengumumkan pembubaran Dewan tanpa memperoleh perkenan Sultan.

Awang percaya Mohammad Nizar semasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum Mac lepas, turut melafazkan taat setia kepada raja dan cinta kepada negeri.

Bagi Awang, tindak-tanduk sedemikian rupa sudah tentu menjejaskan lafaz taat setia berkenaan yang jika tidak dihentikan segera boleh diterjemah sebagai penderhakaan.

Awang – Taat dan setia.