Ramai yang setuju BN ambik Perak terutama anak Perak. Tapi aku tak setuju kalau BN ambik Kedah. Bagi aku Kedah walaupun dipimpin oleh Pas mereka mampu berkerjasama dengan BN. Dalam isu boikot utusan, Kedah tidak mengikut telunjuk PKR. Mereka mentadbir mengikut acuan sendiri.
Kedah kurang bergolak kerana majoriti kerusi dimenangi wakil oleh Pas. Pentadbiran yang secara terbuka juga adalah teras keutuhan pentadbiran kerajaan negeri. Oleh kerana Pas adalah melayu dan BN Kedah juga melayu maka tiada isu tentang kepentingan melayu tergadai. Oleh yang demikian, sokongan dari pihak istana juga agak kuat.
Jika diteliti, keadaan di Perak dan Kedah amat berbeza sekali. Oleh kerana ketegasan Ustaz Azizan, pengaruh Anwar dirasakan tidak dapat merebak di Kedah. Andai Anwar dan Dap tidak mencapuri urusan Pentadbiran Perak, kemungkinan Perak masih dalam tawanan pembangkang.
Kerakusan DAP dan sikap gelojoh Anwar antara faktor utama yang menyumbang kepada kejatuhan Perak kepada BN. Jika di teliti, Sultan terutama Raja Nazrin tidak selesa dengan pentadbiran negeri dengan memberi titah yang sinis kepada Pakatan. Walau MB dari Pas namun segala dasar pentadbiran negeri meminggirkan kaum melayu. Selalu Nizar menyatakan Istana memberikan sokongan kepada pentadbiran negeri, pendapat aku mereka tidak menyatakan yang benar dan tidak cuba untuk mengubah dasar.
Isu tanah adalah isu yang amat penting samada untuk melayu atau cina. Tanah bagi melayu adalah tumpah darah sementara kaum cina diakui andai diberi intan berlian, mereka lebih sukakan tanah. Dalam perkara ini, Nizar tersepit dengan keadaan. Dap jolok, Anwar himpit, alih-alih kuasa bertukar tangan.
Kalau Umno mengikut rentak Anwar, Umno susah untuk pulih dimata rakyat. Mereka akan ada isu untuk mencaci. Lupakanlah Kedah. Biarkan mereka memerintah. Mereka juga melayu. Tak mungkin mereka akan menggadaikan bangsa sendiri. Hanya Anwar satu melayu yang tak boleh diharap. Mengajak rakyat berpolitik sepangjang hari.
Membangkang adalah kerja pembangkang. Tapi yang agak kecewa apabila mereka tak pernah memberi pandangan yang bernas. Malah mereka sering menyokong untuk rakyat rusuhan di jalanan. Kalau mereka kalah mereka sering mencari alasan tapi bila menang hilanglah semua alasan. Tak pernah sesekali muhasabah diri untuk lebih cemerlang.
Pada Umno, biarkan Kedah. Jadikan kerakusan Anwar sebagai iktibar. Kalau Anwar terdesak untuk menjadi perdana menteri kerana tua, biarkanlah. Biarkan rakyat yang menentukan.
No comments:
Post a Comment