Saturday, February 21, 2009

Impian Melayu

Aku tak tahu apa yang melayu cari. Ada yang cakap dah muak dengan kerajaan, kerajaan lama memerintah dah tepu, berkehendakan kerajaan yang bersih dan ada yang cakap negara Islam. Bagi aku itu pendapat dan pendirian mereka dan tak perlu aku komen secara peribadi. Kang pagi-pagi ada yang pandang sendeng tengok aku makan kat foodcourt.

Senario kepimpinan politik sekarang aku berpendapat semua sama.Apa yang mereka harapkan adalah impian semata-mata. Malah kemelut politik sekarang makin parah. Sibuk berpolitik tanpa ada pembangunan. Sampai Clinton datang pun dok cakap, politik skit-skit dah le… jangan sibuk berpolitik nanti kepentingan negara terabai.

Kalau BN dengan isu rasuah, aku lihat apa kurangnya dengan PR. So kerajaan bersih hanya angan-angan semata mata. Kalau BN dengan isu moralnya, PR pun apa kurangnya.

Kalau muak dengan kerajaan lama, tukar kerajaan baru. Dapat kerajaan kecil tapi boleh dirampas, maksudnya tiada pertahanan politik yang bagus. Serang menyerang aku rasa sama sahaja. Kuasa dan tingkah laku tiada bezanya. Yang menang dia dapat, yang kalah kena keluar rumah. Tak malu dok je la dalam rumah tuh....

Tiada pembangunan. Ini aku tidak pasti tanda aras apa nak digunakan . Kita harus membangun seperti mana.? Adakah seperti Amarika atau kita perlu sehebat British yang pernah menjajah negara.? Dari ranking negara membangun, Malaysia tidak ketinggalan malah ada satu ketika negara agak kedepan.

Negara Islam.? Susah aku nak jawab. Politik ni semacam. Sebab itu universiti menawarkan bidang SAINS politik. So maksudnya, politik itu rumit dan perlu dikaji seperti bidang-bidang sains yang lain.

Indahnya inspirasi negara Islam tapi adakah mereka yang mempunya inpirasi itu berjaya. Ayuh mari kita fokus sedikit. (aku ajak sape ni, blog ni kan hanya untuk menjawab soalan kawan karib je ). Jika dihalusi Negara Islam dipelopori oleh parti Pas dan sekarang Pas bergabung dengan PKR dan DAP lalu disebut Pakatan Rakyat.

Setahu aku pakatan tidak membuat sebarang resolusi untuk membuat negara Islam malah ada ketikanya DAP menentang bersungguh-sungguh agenda ini, sementara PKR pula diam membisu. Mungkin ada yang menyatakan, Pas belum membuat roadshaw pada parti gabungan. Hujah yang boleh diterima tapi kenapa parti setua Pas mengambil masa yang lama untuk membuat roadshaw.? Adakah kepimpinan pas hanya berfikiran seperti orang kampung macam aku ni.?

Dari segi hakikat Pas tidak mempunya kredibiliti untuk memimpin. Mereka sudah lama bertapak tapi masih ditakuk lama. Kejayaan PRU yang lalu pun aku melihat undi bukan dari parti Pas tetapi lebih kepada PKR dan DAP dimana undi tersebut kebanyakan dari bukan melayu dan melayu yang dianggap “ protes”.

Dalam membuat sesuatu agenda, mereka perlu bersatu tetapi aku melihat pemimpin mereka kurang berkarisma. Mereka lebih suka dipimpin dari memimpin. Hati penyokong dibawah teguh menyokong tetapi pemimpin tertinggi tidak begitu.

Aku masih ingat lagi, YB Kulim Bandar BAharu berhujah tentang Islam tetapi kerana kepartian yang tinggi dia disanggah oleh YB PAS sendiri. Kalau senario ini diambil kira, adakah negara Islam tu bakal terbina.?

Sekarang PAS tak ubah seperti alat untuk DAP dan PKR untuk melengkapkan cita-citanya. Anwar untuk menjadi Perdana Menteri semantara DAP konsep samarata. Selagi konsep ini diperjuangkan..... LAWAN TETAP LAWAN.

/me kafirkan umno kerana bersengkongkol dengan MCA dan MIC. Adunnya cina haram disokong. Sekarang mereka bukan sahaja dengan berpakat dengan cina, india malah bercadang tiket PAS sendiri dipegang oleh cina atau india. PAs dah takde pemimpin yang baguskah.? Prinsip dipegang dicampak ketepi kerana kuasa..? Apakah prinsip itu.? Agama digadaikan..?

No comments:

Post a Comment