Sunday, February 22, 2009

Al-Rajhi Bank

Ekonomi meleset atau bahasa pasar ekonomi tak cantek. Orang kata ia akibat masalah subprima di Amerika satu ketika dulu. Ini membuktikan sistem ekonomi orang putih tak bagus jika dibandingkan dengan kewangan Islam.

Tun Mahathir pernah membuat roadshaw untuk membuat pakatan perdagangan dengan menggunakan dinar namun ianya ditolak. Dari Asean sehinggalah ke negara OIC mereka tidak dapat menerima perubahan sistem kewangan yang sediada.

Mereka takutkan Amerika daripada mendapat keuntungan jangka panjang. Seingat aku, roadshaw tersebut hampir seusia euro di Eropah. Kini Euro jauh melangkah kedepan jika dibandingkan nilai matawang negara pengguna dollar Amerika.

Kegagalan agenda tersebut membawa kepada kewangan perbankan Islam dengan objektif menjadikan negara hub perbankan Islam. Dan kini, sistem kewangan ini berkembang sehingga sistem kewangan ini diterima malah hampir dipelopori oleh rakyat bukan Islam.

Cakap pasal ekonomi aku memang fail namun dari pemerhatian aku, Malaysia sudah ada nama didalam sistem perbankan Islam. Sebab itu sekarang hampir semua bank di seluruh negara menawarkan skim perbankan Islam malah cawangan perbankan Islam tumbuh bagai cendawan.

Sekarang semua pinjaman samada pinjaman perumahan atau insuran yang dikenali sebagai takaful menjadi pilihan samada orang Islam atau bukan Islam. Subprima terjadi adalah kerana sistem kewangan terbabit adalah berdasarkan kepada dasar percaya tetapi dalam perbankan Islam ia lebih menjurus kepada Akad.

Aku tak tahu apa motif aku menulis namun aku percaya, kemelesatan ekonomi ini boleh ditangani oleh sistem kewangan yang berasaskan kewangan Islam. Kajilah sistem ini kerana Allah menganugerahkan kita sesuatu yang lengkap dalam kehidupan kita.

/me aku tak tahu apa yang aku tulis ni betul ke tidak. Hahahhahaha….

No comments:

Post a Comment