Serentak dengan pendedahan tersebarnya gambar bogel wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) Elizabeth Wong, akhbhar The Sun (16 Februari) juga menyiarkan interviu dengan Bekas Menteri Besar Perak Datuk Nizar Jamaluddin yang mengakui wujudnya wakil rakyat yang tidak bermoral di kalangan kerajaan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan ini adalah oleh kerana penapisan yang serius tidak dilkakukan terhadap bakal calun Pakatan Rakyat dalam pilihanraya awam yang lalu (2008) dan kemenangan besar yang tidak dijangkakan sehingga menguasai beberapa kerajaan negeri menyebabkan orang orang yang tidak"layak" telah dilantik dalam kerajaan.
Bagaimanapun beliau mempertahankan anggota anggota Pas sebagai lebih bersih dari anggota lain lain parti (tentunya yang dimaksudkan ialah DAP dabn PKR) dan katanya anggota Pas tidak mudah untuk melompat atau dibeli oleh pihak lain atau terlibat dengan kes kes tidak bermoral.
Kata kata Menteri Besar ini memang benar.Umpamanya di Kedah terdapat tukang urut, pemandu lori ,samseng dan orang yang tidak bermoral dan tidak bepelajaran telah terpileh menjadi wakil Dewan Undangan Negeri .
Yang terkini dan paling menggemparkan ialah pendedahan gambar bogel seorang wakil rakyat PKR di Dewan Undangan Negeri Selangor Elizabeth Wong. Sekalipun beliau menyatakan bahawa gambar itu diambil tanpa keizinannya tetapi sukar untuk orang memperecayainya kerana Yang Berhormat ini memberikan pos istmewa dengan berada diatas sofa.
Kabar kabar yang belum rasmi mengatakan bahawa gambar itu diambil oleh bekas boy friend nya.
Pertahanan diri telah pun mulai dibuat oleh pemimpin pemimpin PR dengan mendakwa ini adalah suatu tindalkan jahat Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil di Bukit Selambau dan di Bukit Gantang tetapi mereka percaya tidak akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.
Tetapi Pas dan juga PKR jangan lupa bahawa mereka percaya perbuatan mereka mendedahkan berbagai gambar palsu mengenai Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib dan juga mengenai Abdullah Badawi memegang pinggang seorang wanita adalah memberi kesan. Mereka mendedahkannya dengan untuk menjatuhkan maruah pemimpin pemimpin BN dan bagi mengembangkan pengaruh.
Juga jangan lupa bahawa seorang pemimpin Pas pernah memfitnah Tun Dr.Mahathir melihat gambar lucah bersama keluarga semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Ulama Besar Pas (bukan ulama Islam) menuduh Mahahtir gila ( video megenainya telah disiarkan oleh RTM dan ditonton oleh berjuta orang). Juga seorang penyokong Pas telah menyelak kain kepada seorang waita UMNO. Ini semua berlaku menjelang Pelihanraya Umum 2004.
Bagaimanapun sentimen kebencian kepada Barisan Nasional terutama di kalangan orang India dan Cina dan juga di sesetengah kalangan orang Melayu telah membuatkan mata pengundi buta terhadap nilai calun dalam Pilihanraya Umum 2008 lalu tetapi penilaian ini tidak akan kekal selamanya. Para pengundi akan kembali kepada sikap rasional,mereka akan keluar dari perasaan marah dan benci dan telah mulai melihat kebenaran dan kepalsuan.
Dalam menghadapi keadaan yang tertekan dengan pembelotan,penderhakaan dan pembogelan , orang ramai tidak harus terkejut jika Menteri Besar Kelantan Nik Aziz akan membuat kenyataan mempertahankan perbuatan berbogel oleh wakil rakayt PKR itu.
Jika Nik Aziz dan orang kepercyaannya ,Naib Presiden Pas Husam sanggup mempertahankan Anwar Ibrahim mati matian sekalipun kes liwatnya diragukan dan sedang menghadapi satu tuduhan liwat lagi maka sesiapapun dapat menjangka dari sekarang bahawa mereka akan mempertahankan pula maruah Elizabeth Wong.
Jangan terkejut jika Nik Aziz memfatwakan perbuatan mendahkan wakil rakyat PKR berbogel sebagai dosa besar.
Sebab utamanya ialah sekalipun Nizar telah menyatakan bahawa Pas adalah sebuah parti yang bermoral tetapi untuk kepentingan kuasa dan bagi mencapai matlamat terakhirnya Pas telah pun menjual maruahnya kepada PKR dan DAP.
==>> Kerana kepentingan kuasa maruah dijual atau kerana kemaruk kuasa ISLAM Digadaikan.
http://www.maharajablogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment