Kalau badan aku macam Malek Noor atau kudratku seperti Badang mungkin aku merupakan ahli dalam satu cabang komando. Tapi macho aku hanya tang perut je, sedangkan untuk aku menggalas cabaran dalam Angkatan Tentera Malaysia aku perlu ada kelebihan fizikal. Kalau tak silap aku Perancis ada memohon bantuan ATM dalam misi membebaskan anak kapal yang ditawan lanun. Aku tabik pada ATM kerana mereka adalah anta
ra tentera terhebat di dunia.Walau kita tidak memiliki senjata yang canggih tapi tentera kita tidak kalah dalam merancang startegi dan kualiti setiap anggota.
Aku tak tahu nak cakap apabila clip video latihan komando dipaparkan didalam berita TV3. Aku tahu ia nampak kejam tapi dalam konteks menjaga negara bagi aku tidak ada istilah krompromi.Kalau jadi tentera hanya untuk makan gaji, lebih baik jadi tukang kebun sekolah.Komando adalah pilihan anggota tentera sendiri.Mereka tidak dipaksa menyertai dan mereka juga tahu latihan komando mungkin memang lebih teruk dari melatih binatang.
Lembik tidak ada dalam kamus tentera.Mereka mesti cekap terutama komando.Andai latihan yang dijalankan seperti cikgu mengajar di sekolah lebih baik pasukan pengakap sekolah ditugaska menjaga negara.
Bayangkan kalau dalam pertempuran peperangan, sekiranya seseorang tentera ditawan musuh, macam mana beliau akan mempertahankan rahsia kerajaan. Tiada latihan yang keras, then bila kena pukul sikit dah sakit. Kalau camtuh bukanlah komando namanya.
Pada sesiapa yang tidak arif tentang tentera, tak perlulah mengajar mereka.Aku rasa mereka tahu apa yang mereka buat.Yang penting doakan keselamatan mereka agar mereka mampu melindugi keluarga dan negara kita.
btul,aku setuju sangat..walaupun aku bkn lah seorg tentera tp didalam badan aku mengalir darah pewira yang diwariskan oleh ayah aku... go komando..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBAGI AKU.BUKAN MUDAH MALAYSIA MENJADI PADA HARI INI,KALAU TIADA DARAH YANG MENGALIR.AKU TERHUTANG BUDI PADA MU PERWIRA,TAK KIRA DI MANA KAU DITUGASKAN,KAU TETAP WIRA KU,ANDAI KAU MATI MAKA GELARAN SYUADAH DIBERIKAN PADA MU, SYUKUR AKU PADA ALLAH.KERNA MENJADI RAKYAT MALAYSIA,HIDUP PERWIRA,MENJADI PEDANG ALLAH,
ReplyDelete