Hampir semua orang muda sekarang mempunyai blog. Tak kisah la samada facebook, friedster atau blogspot. Tapi yang pasti mereka ada wajah maya mereka sendiri. Aku pun tak sangka orang Malaysia begitu taksub dengan internet.Dalam penyertaan Fantasy football, pasukan dari Malaysia merupakan negara tertinggi dengan angka yang tidak munasabah.
Satu ketika dulu pembangkang sibuk dengan isu kerajaan mengekang media. Tapi pada aku pembangkang adalah orang yang tidak bijak, malah aku dapat kategorikan Mahathir sendiri terlepas pandang akan hal tersebut. Opss tidak~~!!, Dr Mahathir tidak terlepas pandang kerana dia telah membangunkan Cyeberjaya. Mungkin dia sengaja buat camtu untuk mengokong minda rakyat agar jabatan perang sarafnya tidak bersusah payah mengawal pemikiran orang.
Selepas PRU12 lepas bukan sahaja mengubah landskap politik malah cara perang saraf juga berubah. Dari nyata ke alam maya dan maya itu membawa kepada hakikat. Apa yang berlaku sekarang ini membuktikan bahawa kata-kata aku benar. Aku kata pembinaan putrajaya tidak merugikan begitu juga akan kuasa internet ini.
Dulu harakah antara pelopor yang membuat website.Kebanyakan dulu dipanggil website namun kita orang lebih suka panggil blog. Blog lebih mirip kepada diari peribadi. Bila se
but blog, dulu blog-blog ini digunakan oleh pembangkang untuk menyebarkan ideologi, namun kini orang yang pro kerajaan telah bergiat cergas menahan asakan blog-blog tersebut. Apa yang uniknya, mereka ini mudah dikenali kerana mereka sepakat dengan menggunakan logo Bloggers Pembela Negara .
Pada pandangan aku, blog BPN ini banyak menangkis tomahan yang dibuat oleh pembangkang.Mereka saling berbalas serangan dengan hujah yang tersendiri. Dalam kes ini, aku melihat rakyat dapat benefit dengan menilai sesuatu keadaan dengan menggunakan kepala otak mereka sendiri.
Apapun, kalau aku kata mungkin satu hari nanti pejabat kita hanya dirumah aku seperti orang mengarut tapi bagi aku ia tidak mustahil. Contoh apa salahnya wartawan memulakan episod ini kerana kerja mereka amat flexsibel.
No comments:
Post a Comment