Saturday, February 28, 2009

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

"Kerajaan pusat ingin membantu pekerja Batu Feringghi. "

"Lim Guan Eng mencadangkan kepada kerajaan pusat agar memberi elaun sara hidup 800 kepada pekerja yang dibuang kerja. "


Waktu ekonomi meleset camni yang ada kerja diberhentikan. Diberhentikan kerana bisnes tak cantik boleh diterima, tapi kalau kerana ingin mengkomersilkan aku rasa tidak kena pada masanya. Waktu susah menambahkan susah, alih-alih kerajaan pusat dipaksa mengambil beban.

Kenapa hanya bagi cadangan 800 ringgit je. Kenapa tak suruh kerajaan pusat bagi 1k. Bukan pakai duit kerajaan negeri pun, duit kerajaan pusat kan.

Jawatan Ketua Menteri tapi hanya pandai bagi cadangan. Kalau setakat cadangan untuk orang lain keluar duit aku pun boleh bagi cadangan. Lepas ini cadangkan kepada PM agar semua penduduk miskin tegar diberikan elaun seribu sebulan. Barulah rakyat akan memuji Ketua Menteri yang bagus. Pembasmi kemiskinan dan kerajaan berkebajikan.

Lepas tu canang seluruh negara. Dalam ceramah pukul gendang, katakan pada rakyat, pentadbiran kerajaan negeri membantu rakyat. Itupun kalau tak tahu malu la. Tak ubah lembu punya susu sapi dapat nama.

Apa salahnya kerajaan negeri bagi sedikit pampasan dan kerajaan pusat sedikit. Ini tidak, yang ada keje elok dia buat rakyat takde keje. Lepas tu lepas tangan. Bukan aku tak faham kebaikan projek tuh, tapi sekurang-kurangnya cuba la membantu untuk mereka menyara keluarga. Bagi sedikit pampasan dan bagi pekerjaan pada mereka. Waktu tak kena la nak buat benda camtuh. Kalau nak buat, buat la projek baru, ekonomi jalan rakyat pun dapat la keje.

Dulu kata BN menyusahkan rakyat tapi sekarang dimana negeri kebajikan tuh.? Kerajaan negeri tak nak bantu sebab mereka semua melayu? Atau kerajaan negeri dah canang satu dunia kerajaan cina bagi elaun lebih pada guru agama.? hahahhahhaha...... bagus la camtuh...

Memang la itu negeri kelahiran PM, Pak Lah kena la bantu. Sadisnya, bila difikirkan penyokong umno ni. Orang tak sokong dibantu sepenuh mati tapi orang yang menyokong dibiarkan kelaparan.

Mungkin aku ni teruk kot. Emosional dan tak fikir itu orang itu melayu. Mungkin betul apa yang ko kata aku ni teruk. Tapi bagi aku, bukankah orang penang mengutuk umno dan mengagungkan DAP dari melayu. Bukankah mereka pejuang liberlisasi dan samarata semua kaum. So apa lagi, sekarang aku pun sokonglah.

Sekarang ni, BN dok sebuk buat jalan kat Bukit Gantang. Untuk apa.? Bukankah itu rasuah. Alih-alih umno gak busuk. Bodohnya Umno ni. Wat pe la ko susah-susah nak bagi rasuah. Jijik la....

Sekarang ini kempen pilihanraya kena ubah. Ada kerja ada gaji. Tak payah merasuah sana sini. Biarkan mereka camtuh. Kalau betul umno ini parti membantu rakyat, kotakan apa yang dikata lepas menang. Undi dulu baru bagi. Jadikan Kuala Terengganu teladan. Bilion disuap tapi habuk pun tarak. Alih-alih Umno gak kena bambu. Kaki merasuah.

Sekarang berbulu je tengok bila kerajaan sibuk merasuah orang. Tempat Umno menang dibiarkan. Apa salahnya suap sikit bagi yang menyokong. Takde la JKKK terkebil-kebil nak buat program. Ini ke yang style yang nak dicontohi..? Kalau camni, biarlah lain kali negeri aku tumbang. Biar UMNO suap tempat aku Juta-juta.

Aku peduli apa korang nak kata. Asalkan tempat aku ada segalanya sudahlah. Lawan tetap lawan. Dah itu perjuangan korang. Korang nak apa.? korang nak menang sorak je kan....

No comments:

Post a Comment