Kekadang bila aku sembang aku macam best. Sampai naik berbulu la lubang hidung Awer aku kerjakan. Aku tak faham sikap aku dan mustahilah nkorang faham sikap ego aku. Aku kritik aku bangkang…Opss… aku kuat membangkang tapi kenapa aku bukan ahli pembangkang.tegar?
Antara sedar atau tidak, inilah perjuangan melayu. Perjuangan yang aku sendiri tidak faham apakah kehendak mereka yang sebenar. Adakah berjuang untuk kepentingan diri walaupun terpaksa mengorbankan bangsa.?
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bertanya tentang pemilihan Perdana Menteri. Sekali imbas memang la tiada apa tapi andai dihalusi tujuan dia bertanya, semua orang faham kenapa dia bertanya sedemikian.
Adakah dia akan membuat satu agenda menukar sistem Raja Berpelembangaan kepada sistem Republik yang diketuai oleh seorang Presiden.?
Andai momentum transformasi politik berterusan, tidak mustahil satu hari nanti sultan akan menjadi bahan sejarah. Andai ada anasir luar yang memberi dana, sentimen ini akan bertambah kuat dan ia akan menjadi tsunami politik yang akan dikenang sepanjang zaman lalu generasi melayu selepas itu akan menangisi sejarah kebodohan tok moyang mereka.
Sekarang melayu pembangkang berbangga dengan peningkatan mendadak sokongan bukan melayu . Umno sudah lapuk dan sudah tiba masanya disumbat ke muzium. Parti yang berteraskan kaum sudah tidak relevan dan banyak hujah-hujah politik yang menyokong dakwaan kejatuhan BN (Bee End).
Pada hemah aku, banyak sebab kenapa kerusi BN merosot. Salah satu puncanya ialah tikam belakang dari parti komponen Umno sendiri. Cina dan India menyokong PR bukan kerana PKR itu telus dan bukan juga kerana mereka sudah membuka minda menganggap PAS itu baik dari Umno tetapi mereka menyokong adalah kerana impian mereka hanya akan tercapai melalui tiket PR.
PR menjanjikan dasar samarata sedangkan Umno kuku besi dalam menjaga orang melayu. Walaupun ia sekadar janji tapi itu lebih baik daripada mereka berterusan makan hati menyokong Umno.
MCA dan MIC tidak mungkin meninggalkan BN, kerana mereka akan menyepit melayu dari semua penjuru dan akhirnya melayu akan lemah dan….. karam la melayu di bumi sendiri.
Memang jelas saluran 2 tidak menyokong kerajaan. Mereka ini ialah golongan muda seperti aku. Masih mentah dan senang diperbudakan. Kebanyakan mereka ini adalah orang yang tidak pernah susah dan jarang untuk berfikir secara matang.
Tidak dinafikan ramai golongan muda berpendidikan, berwawasan dan ramai yang berfikiran moden dan inginkan perubahan. Mereka ingin berubah tapi apakah perubahan yang mereka ingin bawa.
Perubahan dari segi kebebasan media.?
Mereka percaya Utusan itu Utusan meloya dan mereka menganggap ia tidak adil kepada pembangkang. Adakah mereka mampu berfikir hakikat sebenar kebebasan sebenar?? Adakah suara Keadilan atau harakah memuji Kerajaan dalam program yang baik kepada rakyat.??
Hakikat pada yang nyata, melayu teraba dalam terang. Berfikir hanya berteras pada kata-kata tanpa memikir hakikat yang sebenar.
Fakta SEJARAH ini benar..??
No comments:
Post a Comment