Wednesday, February 18, 2009

Melayu Labu Labi

Mula-mula S. Manikavasagam membuat laporan polis bagi pihak T. Murugiah. Sekarang giliran Gerakan membela Guan Eng. Kes tak sama tapi ia sepatutnya memberi peringatan kepada kita bahawa mimpi pemimpin mereka sama. Jika diperhati, dalam kemelut politik sekarang India paling beruntung. Pembangkang memuja sementara BN melutut.

Ini membuktikan bahawa masih ada unsur perkauman yang kuat diantara kaum dan parti yang berteraskan kaum masih relevan. Mereka bersatu hati memperjuangkan kaum mereka dan sekarang ke kiri ke kanan yang mendapat untung kaum mereka. Melayu..? Nganga dalam kebodohan.

Pembangkang terdiri orang melayu menyatakan Umno kalah, walhal kekalahan kerusi umno tidak terlalu besar tetapi kerana kekalahan yang teruk pada MCA dan MIC maka BN tidak mendapat kerusi 2/3 di parlimen. Bagi aku faktor kekalahan Umno adalah kerana parti kompenen yang memakai baju BN tapi hatinya pembangkang. Apa yang ditawarkan oleh Anwar adalah agenda politik mereka sebenarnya iaitu mempunyai hak sama rata diantara semua kaum.

Hari ini ketiga-tiga calon ketua Pemuda berhujah diantara mereka siapa yang layak menjadi ketua.. Agak menghampakan, Mukhriz hanya gah pada duit dan nama bapa tapi dari segi kredibiliti aku tengok seperti tin kosong. Apa yang membuatkan aku terdiam, arah politik sekarang adalah seperti apa yang aku jangkakan. Ia masih menuju kegelapan bangsa aku. Kalau dulu aku rasa DEB akan dibuka, nah.... mungkin ia terjadi. Bakal ketua Pemuda ini berkata dalam samar, mereka akan tunduk kepada kehendak parti komponen.

Kalau Sultan disanggah, Mufti diperlekehkan, melayu PKR mudah dibeli, harap Pas sedih plak tidak tahu berkuasa, harap Tok Mun dia dah tua. Apa yang tinggal pada melayu.?

Sedarlah, kebanyakan melayu sekarang kerana tongkat subsidi, kalau masuk U sebab jati diri…. lupakan la. Sistem merit sekarang menjadi bukti. Mahasiswa melayu sekadar aksesori. Lot kedai cina beli dia harung sekali, melayu menjadi pemerhati. Rumah kuoata bumi melayu masih tak mampu nak beli tapi cerita ibarat duit penuh berpeti-peti. Ehsan kerja kerajaan tapi melayu akhirnya lupa diri. Tidak sedar itulah DEB.

Ikutlah kau melayu. Biarlah kau dengan labu labi….

No comments:

Post a Comment