Mungkin benar Umno makin tenat dan sukar untuk memperbaiki imej dan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Ini menandakan melayu dalam krisis kerana Umno adalah parti melayu dan ahlinya yang ramai.
Samada benar Umno itu tunjang melayu belum ada bukti sahih. Bukti sahih yang aku maksudkan ialah apabila Pakatan memerintah lalu melayu akan jatuh maka benarlah bahawa Umno itu tunjang bangsa. Andai sebaliknya maka Umno bukan tunjang tapi akar parasit yang merosakan pokok yang ditumpangnya.
Kejatuhan sesuatu bangsa bukan setahun dua tapi apabila ia terasa dibawah maka bangsa itu akan sedar dulu dimana tempat asalnya. Walau ketika itu, nasi sudah menjadi bubur, apakan daya, bila dah terhantuk barulah nak tergadah.
Point pertama kejatuhan melayu ialah, andai pakatan memerintah sudah pasti ada TPM diwakili oleh orang cina dan India. Di dalam parlimen pula suara melayu akan berkurangan. PKR terdiri dari pelbagai bangsa sementara Dap totaly diwakili oleh orang cina manakala PAs kerusinya hanya untuk menarik melayu.
Bukan sejarah tetapi hakikat di depan mata. Penang dan singapore bagaimana..? Dimanakah tempatnya melayu.? Inilah bukti dimana bangsa asing memerintah. Isu BN yang menggadaikan bukan persoalan tetapi perlukan kupasan untuk melayu menjadikan ia iktibar. Penang di perintah cina mungkin ia termaktub dalam kontrak sosial. Sebab tu walau Pakatan memerintah cina masih menjadi ketua menteri.
Dalam perlembagaan negara, PM tidak dinyatakan untuk orang melayu sahaja. Samada pemimpin terdahulu terlepas pandang atau memang disengajakan hanya mereka sahaja yang tahu tapi yang pasti belum ada PM dan TPM bukan dari kalangan bukan bumi.
Kalau melayu masih berkromprosi tentang krontak sosial di Penang kenapa melayu berdiam diri ketika melayu diserang tentang kepentingan orang melayu. BAgaimana melayu ingin membalas serangan andai ramai kalangan orang melayu menyokong ideologi ini.
Us boleh berubah kerana dibelakang mereka tetap ada yahudi. Andai presiden mereka berkulit sawo matang sekalipun, mereka tetap terikat dengan arahan Israel. Obama akan cuba untuk mengubah dasar tetapi dasar mereka tetap sama iaitu menjaga kepentingan Israel.
Melayu membandingkan Us, tapi bagi aku ia bagai langit dan bumi. Pemikiran mereka jauh ke depan jika dibandingkan dengan kita. Andai KL diwakili BN atau Pakatan aku rasa ia tidak mengubah kehidupan orang KL. Kerana segala-galanya ada disana, namun hakikat KL itu umpama kaki lima New York.
Melayu ramai di kampung. Mereka semua masih lagi seperti anak burung yang menagih makanan dari ibunya. Subsidi perlu diteruskan kepada petani. Kepada anak petani yang bijak, mereka perlukan biasiswa untuk terus berjuang membela keluarga.
PPTN memberi impak kepada orang melayu. Rata-ratanya mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Melayu amat terasa dek penangan PPTN, tetapi bagi aku ia hanya umpama perubahan kecil apa yang sebenarnya bakal terjadi. Andai PPTN amat dibenci bagaimana kita boleh berkata tentang perubahan.?
Sekarang, ramai pemimpin atau si kaya atau golongan elit cerdik pandai adalah orang yang dihasilkan oleh skim biasiswa atau tajaan GLC. Mereka ini kurang membayar balik pinjaman atau bahasa mudah keluar terus berkerja di syarikat besar.
Mereka ini sebenarnya penggempur minda untuk rakyat berubah. Mereka sudah kenal Amarika, mereka sudah kenal akan demokrasi dan yang paling penting kiblatnya di Amarika. Mereka meniru edologi tapi bukan meniru cara berfikiran untuk mengubah tamadun.
Andai dengan membuang subsidi atau DEB adakah melayu boleh berubah.??
No comments:
Post a Comment