Friday, February 27, 2009

Salam Kafir

Aku tak tahu hukum memberi dan menjawab salam orang kafir. Ilmu agama aku amat cetek jika dibandingkan dengan ilmu Allah sedalam 7 lautan. Apa yang aku aku musykil ialah hukum menjawab salam tadi.

Trend melayu Islam ( Skrg byk orang melayu murtad ) sekarang menerima salam orang kafir dengan hati berbunga. Aku pun suka bila orang kafir mula untuk mengenali Islam. Tapi dalam politik bagi aku, kita kena berhati-hati kerana politik tetap politik. Tujuan orang kafir bagi salam mungkin ada makna. Samada demi kepentingan politik atau keikhlasan hanya si kafir itu yang tahu. Apapun Allah Maha Mengetahui.

Memberi salam dalam Islam maksudnya lebih kurang seperti mengharap orang yang menerima salam itu dalam keadaan kebahagian atau dalam yang sihat ceria. Salam boleh disifatkan seperti menunjukan kasih sayang dan yang paling penting salam itu mendoakan umat seagama agar dalam kebaikan.

Oleh yang demikian, memberi salam adalah tidak digalakkan atau dilarang kepada orang kafir kerana ia seperti mendoakan kafir (musuh Allah) mendapat kebaikan. Itu apa yang aku tahu dan kalau salah, alamak...... aku seperti mempermainkan agama aku plak. Tapi itu bukan tujuan aku.

Aku sebagai orang Islam, aku tak ada prasangka tapi apa yang aku tahu sebutan menjawab salam orang kafir bukan seperti mana orang Islam menjawab salam. Sebenarnya isu memberi dan menjawab salam adalah isu khilafiah.

Pada orang ilmu agamanya tinggi, aku berharap mereka dapat menjelaskanya tanpa ada unsur politik. Orang ilmunya cetek seperti aku mengangguk dan menjawab seperti biasa walhal sebenarnya Islam melarang.

Jangan pula adanya nanti ia ada istilah "flip-flop". Kerana dia dipihak mereka ia menghalalkan yang haram. Apa kata mufti-mufti.? Oppp.ss.... mufti kategori orang politik gak ke.??

/me satu ketika pasti isu cina bercerita hadis akan meletup... tugggu...

No comments:

Post a Comment