Saturday, February 7, 2009

Sultan yang bijak

Ibarat kata anakmelaka : Antara BN dan PR


BN ( kanan kiri semua Melayu ) PR ( kanan kiri depan belakang )

Apa salah sultan hingga tuanku disaman? Ikut suka hati tuanku la samada nak bubarkan dun atau tidak. Itu kuasa dia mengapa kita harus pertikaikan.Itu memang sudah termaktub dalam perlembagaan.Apa yang dibuat oleh sultan aku rasa tuanku mengikut perlembagaan.Sekarang ini, kedudukan 3 kerusi Dun di Perak masih difailkan dimakamah maka ia membuktikan bahawa tiada kekosongan kerusi Dun. Maka sultan mengikut perlembagaan dimana parti yang mempunyai majoriti akan memerintah. Kerana apa..?? kerana 3 Adun tersebut menyokong Barisan Nasional.

Kalau nak ikut logik keadaan, tiada kekosongan kerusi Dun maka tiadalah pilihanraya kecil untuk 3 kerusi. Kekosongan kerusi jika ada YB meletak jawatan tapi dalam kes ini SPR menyatakan 3 Adun tersebut tidak meletak jawatan kerana surat tersebut diragui kandunganya. Aku tidak tahu isi kandungan surat tersebut, tetapi andai akujanji tersebut hanya menyatakan jatuh talak bila menyertai BN maka aku rasa mereka masih menjadi Adun yang sah kerana mereka tidak menganggotai mana-mana parti BN tapi mereka hanya menyokong BN. Pakatan Rakyat sendiri belum didaftarkan tetapi hanya kerana dasar sokong menyokong maka mereka boleh menubuhkan kerajaan di 5 negeri.

Dalam hal ini, kenapa BN dan Sultan disaman dan bukannya SPR.? Yang bersalah SPR kerana SPR yang menentukan samada ada pilihanraya kecil atau tidak. Anwar memang licik sebab itu dia membuat akujanji kepada YB mereka. Patutlah mereka tidak menyokong akta lompat parti kerana mereka sudah ada perisai sendiri. Tetapi kalau surat itu tidak menyatakan JIKA YB PKR keluar PKR secara automatik mereka meletak jawatan maka akujanji tersebut ada kekurangan. Bukankah lebih baik surat tersebut ditukar kepada surat akujanji dan dimatikan stem agar ia lebih sah.?

Apapun ia mainan politik, 2X5 sama sahaja.Dalam politik siapa yang lebih bijak dia akan keatas. Ternyata BN lebih bijak dari PR dan nyatalah bawaha PKR sebenarnya tiada pemimpin berkualiti malah tidak ada intrigiti. Tak dapat Camry keluar parti dan kerana hendak melepaskan diri sanggup dicela sana sini. Kalau selama ini hanya Umno yang dikatakan korupsi bukankah 3 Adun ini adalah bekas adun PR.???????

No comments:

Post a Comment