Mulai 1 Mac kadar tarif elektrik diturunkan sebanyak 2.54 secara purata. Rakyat menyambut penurunan itu dengan lapang dada sementara poket syarikat utiliti itu terasa semput.Faham-faham sahajalah kalau majikan semput pasti pekerja pun semput.
Dalam sejarah, TNB tidak pernah mencatat kerugian dalam perniagaan tetapi bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009 TNB telah mencatat kerugian bersih RM944.1 juta berbanding keuntungan bersih RM1.52 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.. Kerugian TNB bukan disebabkan oleh ketidakkecekapan staff tapi ia adalah kerana faktor luaran seperti tukaran wang asing sebanyak RM1.439 bilion
Dasar kerajaan menyumbang kepada faktor angka kerugian tersebut dimana TNB terpaksa membayar RM9.45 bilion kepada penjana tenaga bebas (IPP) dalam tahun kewangan 2008 dan dijangka meningkat kepada kira-kira RM12 bilion pada tahun kewangan 2009.
Bagi tahun kewangan akan datang, TNB akan terus menghadapi tekanan mencatatkan keuntungan kerana kos operasi akan meningkat kerana kos bahan api, gas serta arang batu akan meningkat sehingga 60.9 peratus dalam tempoh kajian. Apabila Loji Jana Kuasa Jimah yang mampu mengeluarkan kuasa sehingga 1500 MegaWatt (MW) siap sepenuhnya maka pembayaran kepada IPP akan meningkat.
Isu tenaga ini kekadang timbul namun ia akan dipandang sepi selepas itu. Anwar pernah membawa isu ini dalam debat bersama Sabery namun apakan daya, dia antara kroni-kroni itu. Mustahil dia akan membawa isu yang akan memakan diri sendiri.
Angka pembayaran yang tinggi kepada IPP adalah tidak munasabah. Perjanjian yang menguntungkan sebelah pihak dan tidak disemak semula telah mengakibatkan aliran tunai TNB tidak menentu. Rezab tenaga tinggi tetapi pembinaan IPP bagai cendawan.
Segalanya kerana dasar yang dibuat oleh Mahaathir tetapi sekarang dia bercakap seperti orang tidak bersalah. Aku sendiri tidak faham kenapa zaman yang moden ini masih ada perjanjian komunis.TNB nadi ekonomi, TNB penggerak kemajuan namun kini TNB hampir dimasukkan di ICU. Adakah TNB akan dibailout, sama-sama kita saksikan.
/me Nampak sihat hakikat dalam kesakitan.
No comments:
Post a Comment