Transformasi. Menarik perkataan tu sehingga orang politik sekarang megah dengan istilah itu. Perubahan minda politik yang dikaitkan orang muda dan segilintir orang lama. Kebenaran transformasi itu aku tak layak untuk mengungkai namun aku rasa ia bukanlah satu transformasi yang diharapkan namun dari segi teknikal perubahan itu ada.
Kehendak politik sekarang berubah adalah disokong oleh kecanggihan teknologi komunikasi terutamanya internet. Dasar kerjaan juga adalah penyebab mengapa terdapat transformasi dimana keterbukaan kepimpinan Pak Lah membuatkan semua rakyat menyertai politik.
Kesan dari kepesatan broadband dan wujudnya laman terbuka seperti blogspot, maka wujudnya blooger yang bergiat aktif. Dari blog-blog ini mereka merencah dan memanipulasikan minda rakyat terutamanya golongan muda untuk menjadi pengikut dan mengunci minda dalam diam.
Hakikatnya, transformasi ini hanya sekadar retrotrik semata-semata. Politik dahalu dan sekarang adalah sama dan yang membezakan adalah cara penyampaian sesuatu kebaikan atau serangan.
Samada parti pemerintah atau pembangkang mereka sama sahaja.Rasuah politik tetap ada. Ketirisan pada perancangan masih terjadi. Isu moral masih menjadi topik utama dan salahguna kuasa masih menjadi senjata. Kebebasan media hanya cakap-cakap semata-mata dan yang sedihnya akibat daripada retrotrik transformasi ini , milik bangsa tergadai.
Realitinya orang muda cetek pengalaman lalu yang tua mengambil kesempatan memperbodohkan yang mereka. Kebanyakan yang tua adalah golongan yang kecewa tidak mendapat ganjaran namun di depan orang muda mereka katakan itulah perjuangan.
Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Dipermainkan sepanjang masa. Pembangunan diabaikan. Yang berhormat tidak buat perancangan, pembanguan tidak berjalan.
Transformasi kepada pendidikan sebenarnya lebih utama. Pendidikan akan mematangkan dan mengubah bentuk segala dasar transformasi samada politik, sosial mahupun ekonomi.
/me APEX pada universiti perlu diperluaskan.
No comments:
Post a Comment