Universiti Apex.
Pendidikan ialah asas pada sesuatu tamadun. Pendidikan tidak menjamin kekayaan tapi pendidikan menjamin kecemerlangan dan teras kepada perubahan. Islam sekarang perlu berubah dari pengguna kepada pengeluar atau dari pengeluar kepada pencipta.
Kita lebih banyak merubah budaya dari berubah cara berfikir. Jepun tidak merubah budaya tetapi Jepun mampu menjadi negara maju. Iran merubah corak dasar luar dan sekarang Israel fikir 10 kali untuk menyerang.
Dasar pendidikan kita perlu diubah tetapi bukan sekadar menukar dari sudut bahasa tetapi dasar pendidikan teori diubah kepada pendidikan yang berorentasikan praktikal. Ibubapa sering bertanya pada anak, “periksa dapat nombor berapa.? ”. Dari sekolah rendah hingga ke universiti pendidikan kita lebih menjurus kepada peperiksaan atau teori. Hasilnya adakalanya siswazah yang menduduki tahun akhir tetapi masih tidak tahu cara mengukur walaupun dia mendapat Dean List.
Bagi mencapai universiti antarabangsa, elemen research menjadi faktor utama, namun kebanyakan universiti tidak mementingkan elemen itu. Pentadbiran unversiti perlu mencari alternatif bagi mencari sumber kewangan dan tidak bergantung harap dana kerajaan semata-mata. Unversiti perlu memperbanyakan kerjasama diantara sektor industri seperti sektor telekomunikasi yang memperlihatkan perkembangan teknologi yang cepat.
Kerajaan sebagai pembuat dasar perlu menjadi pemangkin yang kuat. Kerajaan sepatutnya memperbanyakan konsep Unversiti Apex secara meluas. Andai teori Apex ini mengikut perancangan, mungkin ranking unversiti kita akan meningkat. Akan tetapi, ketirisan dalam melaksanakan sesuatu projek amat mendukacitakan. Ini yang dinamakan tanam padi tumbuhnya lalang.
Bagi membuat transformasi pendidikan, dasar pendidikan negara, polisi kerajaan, pengurusan universiti dan secara amnya minda rakyat perlu berubah.
No comments:
Post a Comment