Suka atau tidak, melayu sekarang lemah. Lemah bersaing, lemah untuk berdiri malah lemah untuk berfikir. Melayu sudah tidak berfikir secara rasional. Mereka menganggap mereka sudah hebat. Melayu merasa sudah maju. Ada KLCC , ada F1 dan kekadang pakaian yang tak cukup kain pun mereka anggap maju seperti Amarika.
Mungkin aku orang kampung. Rambut tak pacak atau seluar aku tak londeh. Aku tak setaraf pada mereka yang beragam Amarika. Tapi pendapat aku, cukup ke sekadar menukar budaya tetapi tidak menukar cara berfikir.?
Amat malang bila satu tahap bangsa sendiri dikenakan tindakan tetapi apabila bangsa diugut oleh bangsa lain, melayu hanya diam membisu. Semuanya kerana dia orang law. Undang-undang dalam gengaman. Sedihnya, orang yang mempermainkan bangsa aku terlepas dari undang-undang. Walhal satu ketika dulu, orang sekecil repoter kena sumbat ke dalam, mengapa orang yang membuat onak satu negara masih bebas merdeka.? Adil ke undang-undang ini?
=> Malaysia sudah merdeka 50 tahun, dimana Malaysia? DEB tidak membantu orang melayu. DEB menguntungkan pemimpin dari rakyat.
Mereka ini buta hati. Camner Malaysia dulu dengan Malaysia sekarang. Satu ketika dulu, mungkin dia pernah mendapat biasiswa kerana abahnya seorang petani. Tapi bila keluar U, mereka merasa dia bijak pandai. Satu ketika dulu mungkin abangnya yang mencarikan kerja tapi kini dia kata orang itu orang ini kroni. Dia sekadar drebar, dia minta gaji bak pengarah. Dia pernah belajar poly, dia rasa dia orang yang terpelajar.
=> Jika disebut jihad Nabi.
Apabila ditanya tentang jihad, kenapa kita tidak mengikut cara Nabi berjihad sehingga dia sanggup dibaling najis.Aku diam membisu.Dia pesuruh ALLAH, dia Nabiku, masakan mungkin aku akan mengumpat Nabi yang aku junjung.
Nabi Muhamad itu maksum sehingga ke taraf kekasih Allah. Memandang wajahnya pun kita akan tertunduk. Mendengar katanya pun kita akan insaf. Diam tanda dia sedang berzikir, berkata tidak pernah dusta. Dia bijak memimpin, dia bijak beruding.
=> Jika bicara tentang Islam,
Sekarang ini, siapa yang benar? Yang mana tulin yang mana palsu.? Yang mana hak mana yang batil.? Adakah yang benar itu apabila mengikut kehendak? Adakah perjuangan agama itu mengikut pasaran saham.? Atau Islam itu sekejap halal sekejap haram.?
Kita di akhir zaman. Mungkinkah ada Hudud di Malaysia.? Atau mungkin Allah membantu kita dengan lahirnya Imam Mahadi di Malaysia.? Moga dengan izin Allah mungkin ianya akan terjadi.
Dialah yang Maha Mengetahui akan apa yang terjadi.
No comments:
Post a Comment