Saturday, February 21, 2009

YB Pasir Mas

Itulah politik. Dulu rakyat kata, orang politik yesman. Sekarang bila dah bersuara dia dipaksa letak jawatan. Aku tabik kat Ibrahim Ali berperang seperti pendekar. 5 lawan 1 tak gentar. “ Mari sini siapa yang berani kacau melayu.” Mungkin inilah prinsip YB Pasir Mas.

Tapi yang sedihnya, kerana politik dia tergadai. Ini yang dikatakan jaga melayu tapi orang melayu tikam belakang. Aku rasa apa yang dicakapkan ada kebenaranya. Tapi mengapa Pas Kelantan bersungguh untuk dia meletak jawatan.? Kenapa YB Klang report polis bagi orang MIC tetapi PKR tak suruh letak jawatan.?Adakah sebenarnya PAs takut tembelang dalam kain pecah..?

Kalau trend YB meletak jawatan berterusan, aku rasa kementerian pelancongan tidak perlu buat kempen Cuti-Cuti Malaysia. Setiap kali pilihanraya setiap kali berduyun-duyun manusia datang. Manusia kulit terang ada, yang gelap ada dan yang lebih gelap pun ada. Ekonomi setempat berjalan dan yang menariknya Malaysia akan lebih dikenali dunia.

Sekarang saman menyaman pun menjadi budaya. Kalau kes mempelam pun dibawa inikan pula kes salahguna kuasa. Syabas MB Khalid. Bersihkan nama kalau rasa dipihak benar dan kalau kalah…. Jangan lupa letak jawatan. Kerajaan yang telus itulah moto Pakatan. “ Cakap buat jangan pandai cakap .” Pak Din Sungkai.

Harap-harap lepas ini, setiap Dun atau kampung ada makamah. Kalau tuduh pasal curi duit singgit jangan gaduh, settle kat makamah. Itu hak rakyat Malaysia.

Nak mengelak kes tertangguh bertahun, paksa SPA lelong jawatan Hakim kat Mudah.com. Ramai yang berkehendakan jawatan. Pengangguran kurang dan kes tertangguh menurun. Lagipun sekarang, rakyat dah tahu semua undang-undang. Undung Tubuh Negeri pun mereka tahu. Yang buat undang-undang sendiri pun ada...

Tapi yang peliknya, mengapa Si Eli tak saman malu X-boynye..? Bukti dah ada tapi yang peliknya nape harus melarikan diri. Malu ke..? ala... bukan nampak pun. Kalau nampak pun, sape la yang nak simpan pic budak 37 tahun.

hurmmm.... apa-apa je la...

1 comment:

  1. janganlah menilai hanya pada satu pihak sebaliknya dengar dari semua pihak, baca semua berita, semua akhbar. kita manusia boleh berfikir dan jika ikut emosi kita yang kelak musnah. kita melayu suka mengikut emosi. tuhan jadikan semua manusia sama tapi berbeza pada tahap mereka berfikir.

    daripada melihat trend MP meletak jawatan bukankah lebih baik saudara menilai moral dan prinsip semua MP sekarang? apakah benar mereka mewakili rakyat? atau mewakili diri sendiri dalam mendapatkan kepentingan dalam kerajaan? saya tidak menuduh mana2 pihak PR mahupun BN kerana kedua2nya sama sahaja

    ReplyDelete