Tuesday, March 31, 2009

Nizar senyum simpul

Gambar ni dari awanggeber. Aku dok terfikir kenapa MB dok bawah dan cine sekor dok kerusi sedap. Kalau snap (23-3-09) maksudnya nizar bukan MB lagi. Tapi mengapa diorang dok canang beliau masih MB yang sah. Kalau dia sendiri tidak lagi mengiktiraf dirinya Menteri Besar terang-terang dia menipu rakyat.
Nak wat camne. Dia kan dah kata. Pekerjaannya sebagai adun dan bukan MB. Semuanya dah jadi sejarah. Makamah belum putuskan dia dah mengaku kalah. Adakah sebenarnya mereka sengaja mencari isu walhal mereka dah tahu akan kebenaranya..? Sanggup mempertaruhkan institusi raja sebagai bahan politik.?
Aku bukan ada masalah dengan Nizar tetapi kecewa bila dia mudah dipergunakan. Hamba kepada cina. Kerana jawatan sanggup berbuat apa saje. Kalau mereka kata umno camtuh, mereka juga apa kurangnya. Kerusi ketua bapak punya grand, macam kerusi diraja. Pengikut dok kerusi kayu je.
Itu belum jadi PM, kalau jadi PM..???

Cerita Cina.

Aku pernah sembang dengan sorang tokei cina. Vendor kompeni aku. Saje je aku nak tahu pandangan orang cina yang buat bisnes dan yang penting cerita sebenar tingkat 4. Apa yang aku dapat simpulkan, mereka ini tak kisah pun tentang politik. Bagi mereka cuma satu. Ekonomi kena baik untuk mereka berbisnes.

Mereka kecewa dengan kepimpinan Pak Lah. Projek banyak dikongker oleh orang tingkat 4. Semua projek perlu melalui tingkat 4. Orang tingkat 4 seperti berkuasa sepenuhnya. Ekonomi tak jalan. Banyak "melabur " dengan orang kerajaan tapi pelaburan tidak mendatangkan hasil.

PM umumkan peruntukan, tapi bila disurvey oleh mereka, projek takde. Kalau ada projek sekalipun duit takde. Alih-alih berbulan-bulan mereka hidup tak cukup makan. Situasi itu mengundang kisah mereka zaman Mahathir. Kalau Mahathir dia akan buat sistem payung, tapi zaman Pak Lah, poket hampir kekeringan.

Dia ada cakap. " Mahathir bagi semua olang. Olang-olang ini akan bagi sama orang bawah. Tapi Pak Lah, semua kasi olang tingkat 4. Amacam olang mau sokong Pak Lah ".

Mungkin ada kebenaran di atas apa yang dikatanya. Kalau tak silap aku, MARA juga ada melakukan perkara yang sama. Melantik satu kompeni swasta yang bertindak sebagai penilai kontraktor pembekal untuk MARA.

Ini adalah perkara yang tidak bagus. Apa yang aku tahu, kebanyakan pembekal dipilih mengikut bulu dan memilih kepada pembekal memberikan hasil kepada poket mereka. Dan yang menyedihkan, syarikat itu ada anak syarikat sendiri yang bertindak sebagai pembekal.

hurmmmm...... kalau cerita ini benar........ mungkin rakyat dari golongan kontraktor ini memberi presepsi yang kerajaan sedia ada tidak bagus.

Kebenarnya aku tak tahu. Tapi aku rasa memang cerita ini benar. No komen.

2 April 2009

Insyallah, kalau tidak ada aral Najib akan jadi PM. Najib tidak disukai oleh pembangkang bukan kerana isu peribadi tetapi mereka takut akan kemantapan kepimpian beliau. Pembangkang hidup kerana isu, mustahil dia tidak suka akan "makanan mereka " untuk mereka terus hidup.

Dari segi isu peribadi, aku no komen tapi dari segi keyakinan untuk melihat negara lebih stabil, aku yakin beliau mampu melakukan dengan baik. Sebab tu, bila ipar aku ajukan soalan, " camne dia..? ok ke..?? " aku senyum je. Bukan apa, dari segi isu aku malas nak menjawab. Aku bukan orang politik untuk menjawab soalan dengan mempertaruhkan hubungan kekeluargaan.

Beliau akan dikenang jika dia mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang. Umum mengetahui, Najib sedang berdepan dengan pelbagai masalah negara. Politik yang tidak menentu dan yang paling penting ialah masalah ekonomi. Masalah ekonomi sekarang bukan sebarang masalah. Masalah ini sebenarnya lebih besar dari masalah politik dan serangan seteru utamanya.

Andai beliau mampu menangani ekonomi dengan baik, pelbagai masalah akan selesai dengan sendirinya. Masalah sokongan politik akan berpihak kepada beliau. Masalah sosial akan berkurangan dengan kenaikan pendapatan seisi rumah. Negara luar akan lebih menghormati beliau dan melupakan isu peribadinya dengan mengambil kira penerimaan rakyat. Dan akhirnya, seterunya akan jauh ketinggalan di belakang.

Salah satu elemen kekalahan BN yg lepas adalah kerana kenaikan minyak yang telah merosakan taraf hidup rakyat. Rakyat dibebani dengan kenaikan kos. Dengan nada kecewa, rakyat membalas dendam dengan mengundi pembangkang.

Nak kata pembangkang kuat sangat, aku rasa tidak. Mereka sebenarnya banyak disokong oleh golongan muda seperti aku yang kurang terdedah apakah sebenarnya intipati Umno. Walau aku orang umno, namun aku terpaksa berfikir sendiri apakah agenda umno yang sebenar.

Orang muda sekarang banyak dibebani kos hidup. Kenaikan kos yang tinggi tidak mampu ditampung oleh mereka. Berapa purata gaji dan kenaikan gaji rakyat sekarang. Adakah ia selaras dengan kenaikan mendadak segala kos hidup..?

Rakyat hanya mahukan kesejahteraan hidup. Andari rakyat selesa, aku yakin banyak isu akan terpadam dengan sendirinya. Undi akan kembali kepada Umno. Melayu sebenarnya masih sayangkan Umno dan masih bergantung harap pada parti itu. Tapi yang mengecewakan ialah kebanyakan pemimpin Umno lupa akan hal ini. Mereka sibuk terbang tinggi. Mereka lupa orang yang dibawah yang menyokong mereka. Ini adalah kesilapan Umno.

Aku harap, Najib mampu menyerap isu ekonomi ini dengan lebih berkesan. Usah menjaga hati kakitangan awam sahaja. Lihatlah jurang ekonomi diantara swasta dengan orang kerajaan. Swasta terkial-kial dalam meneruskan kelangsungan hidup, tapi orang kerajaan masih mampu berkereta baru.

Gud luck Najib. Usah harapan tinggal harapan. Usah dikecewakan lagi orang yang menantikan perubahan.

Monday, March 30, 2009

Ketua Pemuda

Pemuda untuk pemuda dibawah 40 tahun. Tetapi bagi jawatan ketua , boleh melepasi umur 40. Dalam hal ni, Kj adalah Pemuda sebenar jika dibandingkan dengan Mukhriz dan Khir Toyo. Jika kita perhalusi, sebenarnya usia memainkan peranan yang penting.

Jurang usia yang besar, sebenarnya manandakan perbezaan yang besar diantara pemimpin dan dipimpin. Jawatan ketua dikejar hanya kerana statusnya seperti " naib presiden" dimana kebiasaanya penghuni kerusi ketua pemuda dinobatkan untuk menjadi seorang menteri. Oleh yang demikian, kekadang natijah untuk menjadi ketua sudah terpesong.

Tidakah usia yang tua itu tidak mampu menjiwai aspirasi golongan muda yang menuntut pelbagai kehendak. Kehendak si muda tidak sama seperti kehendak si tua. Lalu banyak kehendak yang dituntut selalu diabaikan hanya kerana orang tua tidak tahu kehendak orang muda.

11 tahun Hishamudin menjadi ketua, maka golongan muda sekarang ini boleh dikategorikan produk pemerintahan beliau. Andai ia dijadikan ukuran, ternyata Hishamudin gagal dalam tugasnya menjaga belia dan pemuda selama ini.

Andai beliau menjalankan tugasnya dengan baik, mungkin perkara PRU12 yang lalu tidak terjadi. Pemuda sekarang tidak sekuat seperti dulu. Pemuda sekarang seperti lari dari agenda ia ditubuhkan. Ia lebih kepada politik nasional dan mengabaikan belia dan golongan muda.

Orang muda seperti diabaikan. Mereka seperti anak yang tanpa keluarga dan dahagakan kasih sayang. Kurang aktiviti dan bimbingan yang sewajarnya. Mereka tanpa arah. Lalu pihak pembangkang bijak memanipulasi golongan ini.

Andai Pemuda memainkan peranan seawal usia 16 tahun, aku rasa umno tidak tenat seperti ini. Mereka mampu berfikir dengan cara mereka sendiri. Walau apa jua serangan pembangkang, mereka tidak akan terpedaya. Namun, apakan daya, Pemuda leka dengan tanggungjawabnya. Dan inilah hasilnya akibat kelekaan Pemuda sejak 10 tahun lepas.

Adakah Khairy mampu menjalankan tanggungjawabnya.??? pendapat aku, andai ada sokongan yang kuat dia mampu lakukan. Dari corak dia berfikir, aku lihat dia tahu kehendak Pemuda dan orang muda. Berilah dia peluang. Tanpa peluang itu, bukan dia yang rugi, tapi Umno akan rugi.

Pemuda untuk orang muda....

carca merba

Aku masih terkilan sebab tak hantar mertua aku balik kg. Walau mereka hanya mertua, aku respect dengan mereka. Bila aku blk kg, mereka layan aku sebaiknya. Anak-anak aku ditimang macam anak aku cucu pertama. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab dari baby lagi mertua aku yang jaga.

Kata member aku, " bila overhaul je hantar kg, masa pecut laju-laju tak ingat kg", kelempes punya budak.......

Biasanya, aku akan balik kg 2 bulan sekali. Kalau bini aku kata ingat mak, aku akan cuba untuk balik kg walaupun kgnya nun jauh di utara. Bagi aku, perkahwinan ialah perkongsian dan bukan ambil hidup akan seseorang. Walau aku lelaki yang punya kuasa pada isteri, aku jarang guna kuasa veto.

Perbincangan lebih baik dari ditaktor.... tapi awas... bila aku jadi kapten kapal, aku banyak guna kuasa veto. Sebab tu belia yang aku asaskan pernah menggegarkan.... Tapi sekarang gemesut hanya tinggal gemesutfc. Walau dulukalanya gemesut punya banyak cabang belia, tapi sekarang....... hurmmmm.... semuanya seperti kubur yang tidak bernisan.

Aku akan kembali ke kawasan, membina semula empayar yang aku pernah bina. Empayar yang telah melahirkan ketua cawangan, ketua pemuda dan kampung contoh wakil peringkat negeri. Akan tiba masanya nanti aku akan kembali seperti dulu.......

/me keluargaku adalah segala-galanya.......

Sunday, March 29, 2009

Hj Ahmad bin Awang

Aku baca rajahmas. Sesuatu ayat yang menarik ialah jika " MEREKA TETAP TERUSKAN BERSAMA-SAMA MENYERTAI, MENUBUHKAN KERAJAAN BERSAMA BN, MAKA BAI’AHNYA ADALAH JATUH TALAK3 ISTERI MASING-MASING DI RUMAH?

Maksudnya, kalau YB PAs buat kerajaan dengan umno mereka secara automatiknya menceraikan isteri masing-masing.? Isk.. isk... apa kena mengenanya isteri mereka dengan BN..? Kalau PKR sekadar surat akujanji tapi Pas lebih advance. Isteri jadi taruhan politik. Macam menggadaikan isteri plak dah...... huh...

Aku pun agak confuse dengan Pas. Kenapa dia memilih DAP dari umno sedangkan umno menawarkan tawaran yang lebih tinggi. Mungkin disebalik cerita itu golongan Pas yang pro Anwar memberi tekanan lantas kerjasama dengan umno ditamatkan.

PAs banyak didominasikan oleh Nik Aziz. Hadi Awang hanya sekadar atas nama presiden. Banyak keputusan presiden disangkal oleh ahli Pas. Orang Pas menganggap ia demokrasi kerana keputusan presiden boleh disanggah, jika dibandingkan dengan umno. Tapi, sape yang menyanggah dan kenapa suara penyanggah itu lebih dari seorang presiden..?

Kalau ia dilabel suara demokrasi, adakah suara itu melambangkan kehendak semua ahli..?


Saturday, March 28, 2009

Cerita Orang

Sembang-sembang dengan bini. Sembang sambil ngadap notebook masing-masing. Macam ada percakaran yang besar. Tapi itu gimik rumahtangga aku. Aku seperti orang bujang. Minum malam hari-hari. Kalau orang tak kenal aku, mesti kata aku bujang. Sape yang kenal aku, dia kata aku laki yang abaikan kasih sayang.

hurmm....~~ no komen la... yang penting, anak bini aku tak terabai. Dia tahu bila aku ada dan bila aku merayap. Anak aku pun tahu, kalau aku dah berbaju merah, " abah g keje" dia dah tak kacau aku dah.....

Sebenarnya, aku tak tahu nak menulis apa. Aku tanya bini aku. Bagi satu topic ... " poligami " laju je dia menjawab..... waduss.... perli aku ke ni..... huh..~~

Dia pun ceritalah akan kisah seseorang. Anak-anak dah besar namun parentnya cerai dan kawin lain. Ayah kawin janda muda dan kena tanggung anak kecik. Si mak plak kawin dengan pakwe 80an. Dah sakit tua dah..... hurmmm......~~ semuanya tanggung beban. Takder keje cari keje.

Tapi itulah ragam manusia. Pendrian masing-masing. Kita kena hormat kehendak mereka. Mereka orang tua. Dah hampir 60. Mereka lebih berpengalaman jika dibandingkan dengan aku atau nkorang yang masih leka dengan ngadap komputer. So... biarlah mereka dengan keluarga mereka.

Mengapa mereka berubah di waktu umurnya senja.? Itu yang menjadi persoalan aku.
Adakah kerana suka-suka dan akhirnya terpaksa menggalas beban..? Bukankah di waktu begitu sepatutnya mereka menikmati hari-hari indah bersama anak cucu atau membuat kebaikan apa yang mereka belum buat..?

Apapun..... aku belum tua. Aku tak tahu hari mendatang aku. Aku tak tahu macam mana kala aku bertongkat. Aku tak tahu susunan rumahtangga aku kelak. Aku cuma mengharapkan, aku mampu membina keluarga bahagia.

Semoga, kita semua mengharapkan semua dalam kebahagian. Yang baik kita jadikan teladan dan yang kurang baik jadikan sempadan.

Berubahkah Umno..?

Hebat ucapan Najib. Menyemarakan semangat orang Umno untuk bangkit selepas diasak. Aku seperti ada keyakinan baru bahawa umno bangkit dan mampu membuat perubahan. Kalau Bukit Selambu dan Bukit Gantang Umno mampu merapatkan barisan, aku yakin Umno akan menang dalam pilihanraya tersebut.

Tapi kalau di Bukit Selambu, mungkin ada kesukaran. Selagi Samy vellu ada selagi itu BN akan menghadapi kesukaran. Secara total orang India menolak Samy, tapi kerana politik Samy masih berkuasa. Itulah realitinya politik.

Kalau Umno membuat reform dengan menggubal dasar kuota dan pemilihan, aku yakin umno akan tegak semula. Pemilihan peringkat tertinggi tidak perlu sampai ke cawangan, tapi cukup la diperingkat bahagian. Maksudnya, G7 hanya sekadar pewakilan dan tidak membawa undi.

Rasuah politik mampu ditangani dan pandangan akar umbi diambil kira. Berubah untuk kebaikan aku rasa ia bukan perkara yang kebelakang, ia boleh dianggap muhasabah yang membina.

Kalau Pak Lah dan Mahathir mampu berkongsi idea dengan Najib, aku yakin era Najib akan dikenang sebagai era kegimilangan. Najib penamat RAHMAN kata kunci nama kelima-lima PM Malaysia. Itu yang uniknya Malaysia ni. Allah Maha mengetahui apa yang terjadi dan bakal terjadi.

Dari Kepimpinan, Najib ada gaya kepimpinan. Mampu memimpin satu angkatan yang berbeza pendapat. Mampu memacu pertubuhan ekonomi dan kestabilan politik. Sebab itu pembangkang dalam keadaan yang tertekan.

Apapun... adakah umno mampu bangkit..??

UMNO Malaysia

Semua dah sudah. Umno pun dah nak habis bersidang. Yang pentingnya, pemilihan dah habis. Semua teka teki dah terjawab. Cuma satu je yang belum terjawab. Bila Pak Lah nak lepaskan jawatan.?



Keputusan Timbalan Presiden sudah dijangka. Walau kemungkinan pengikut Ali Rustam beralih arah ke Muhamad Taib, ianya hanya spekulasi. Tapi yang pasti undi Ali Rustam terbahagi dua.

Naib Presiden pun begitu. Kerja last minit Isa Samad tak menjadi. Shafie berjaya dengan misinya. Dan jika dilihat dari pemilihan kali ini, ramai calon dari Sabah berjaya memecahkan blok semenanjung. Satu perkara, adakah Najib akan lantik Isa Samad..?? kita tunggu....

Wanita..? hurmm..... memang dah dijangka Sharizat akan menang. Rafidah sibuk memperkatakan perubahan, tapi dia sendiri tak nak berubah. Apa salahnya dia tak bertanding. Dah lama dah pegang jawatan. Sebut AP je, mesti akan tengok Rafidah. Dia salah sorang liabiti Umno. Orang banyak memandang serong jika dibandingkan dengan Azalina. Tapi, Azalina dah kantoi........ Pandai makan tak pandai simpan. Nama pun dah blacklist, baik letak jawatan je.

"KP ", Ketua Pemuda Umno. Khir tewas, muhkriz jauh kebelakang. Khairy Jamalludin menang walau Pak Lah bukan lagi PM. Kalau dulu orang kata, sebab Pak Lah PM, tapi dia dah membuktikan bahawa dia berdiri dengan kakinya sendiri.

Kenapa namanya begitu panas..? Isu tingkat 4 ? rasuah atau dia menantu Pak Lah.?

Semua calon KP aku tengok kurang mantap. KJ ni boleh tahan bercakap. Sesuai jadi KP. Tapi malangnya namanya begitu teruk dimata masyarakat. Aku kurang pasti kenapa. Kalau secara peribadi, aku tak suka dengan gayanya. Riak mukanya angkuh...... tapi salahkah dia kalau Allah kurniakan dia rupa paras begitu..? huh...~~

Aku tengok cd KJ berdebat dengan Husam. Aku tengok Husam terkebil-kebil dan kurang idea. Status Naib Presiden tapi dari segi kredibiliti kurang menyerlah. Berbanding dengan KJ yang penuh keyakinan dan talented.

Keterbukaan Pak Lah aku yakin ia idea dari KJ. Dari segi KJ berpolitik dia suka ruang yang terbuka dan bertarung seperti anak lelaki. Dari transformasi aku dapat rasa apa yang dia fikirkan. Tapi sayang, dia lupa. Meluntur buluh dari rebung, kalau dah jadi buluh, melawan balik.
Kesilapanya, hanya satu. Dia inginkan transformasi tapi pada masa yang sama dia lepaskan Anwar.

Keadaan kucar kacir dan diluar kawalan. Pembangkang hentam orang Umno pinggirkan dia. Macam mana ketua bahagian tak bengang, kalau semua projek kroni tingkat 4 semuanya makan.

Ikut ko la umno. Sibuk dengan perubahan tapi aku belum tengok apakah perubahan itu. Hanya sibuk perubahan-perubahan tapi apa pun takdak..... huh....~~

Friday, March 27, 2009

IRC Cafe

Sarapan pagi dah dah kena suap dengan cerita mlm. Aku dengar je la. Kalau ko nak sembang berbuih pun aku tetap dengan pendirian aku. Mlm tetap mlm.

Dulu, ada gak terfikir, mlm akan meliputi semua perkara dalam perniagaan. Malah satu hari nanti warung tepi jalan boleh dijadikan produk mlm. Mlm ni bisnes paling mudah dan paling menguntungkan. Dari segi kapasiti modal, penguasaha hanya keluar belanja runcit dan selebihnya orang lain yang keluarkan modal.

Makan kenyang, tapi ini makan kenyang dapat duit. hahhahaha... ayat mlm. Setiap mlm ada kata kuncinya. Kalau mlm topup, dia akan cakap. "topup kuar duit, tapi kita topup dapat duit." Semuanya mlm sama, yang membezakan ia camne skim itu digubal dan diedit.


Kuasa mlm ni sebenarnya terlalu besar. Ia macam super power dalam menjana pendapatan. Mlm dah sebati dalam kehidupan orang kita. Dulu mlm hanya main puluh ringgit, ratus dan ribu tapi sekarang puluh ribu. Dan yang uniknya, orang percaya akan mlm ni walau dia tahu semuanya menipu.

Bayangkan orang sanggup meminjam 40K hanya kerana mlm.? 40K bukan kecik anak. Kalau kawen boleh dapat 2 bini. Tapi sebab nak kaya, risiko rugi apa ada hal.

IRC Cafe. Kalau orang kl tau kat mana. Salah satunya ada kt Pandan Indah. Dia dah ada 17 cawangan dan satu cawangan akan dibuka kat Bandar Baru Bangi. Katanya ia ditubuhkan nak melawan Old Town. Sebab tu kedainya akan bersebelahan dengan Old Town.

Piramid makanan. Siapa yang makan kedainya semuanya sembang pasal bisnes. Bukak laptop lagak cam bisnesman. Memang bisnesman pun. Selagi bank negara tak sita, selagi tu masuk ribu-ribu tiap bulan.

Macam mlm yang lain. Banyak skim yang ditawarkan. Ada yang 4 ratus, 7 ratus dan ada yang 5 ribu. Terpulang skim mana yang kita nak masuk. Lagi besar modal lagi besar pulangan. Laman web hanya boleh dilayari oleh ahli. Tak join tak dapek la nak tengok apa yang ada kat dalam.

Join..? ntahlah.... dari potensi, aku tengok benda ni boleh pergi jauh. Bab makan sape tak nak kan. Ibaratnya jalan-jalan cari makan. Cuma agak sedihnya, kedai ni kedai cina. Dia kata ditanggung halal.

Kenapa kita sokong cina..? Jawapan mudah. Sebab cina bagi peluang kat melayu. Aku setuju kalau sama-sama kongsi kekayaan. Tapi hakikatnya bukan nak kongsi kekayaan. Cuma dia akan lebih kaya je dengan menggunakan sistem ini. Masakan cina nak tolong melayu. Gilo poo...

Sape yang kata kerajaan tak tolong orang melayu nak jadi kaya, orang tuh buta hati. Nak kaya cepat sape yang nak tolong. Kalau nko nak kaya, tikam la nombor. Nak kaya, join banyak2 mlm. Mlm kan skim cepat kaya.

Arrghhh... sape tak nak kaya kan. Dan adakah aku akan join..??

Wednesday, March 25, 2009

ayam potong

Orang sibuk cerita politik tapi aku nak rehatkan kepala. Politik sepanjang masa pun apa gunanya. Lebih cakap dari buat kerja. Boring sebenarnya aku dengan cerita politik. Kena plak orang politik sekarang mengalahkan artis. Ala-ala gosip hindustan...

Nampak ayam seketul, kepala aku dok fikir. Kenapa kita orang melayu ini terdedah dengan risiko makanan yang takk halal.? Teruk benar orang melayu ni sampai aspek makanan pun tidak terjaga. Majoriti orang Malaysia Islam tapi orang cina gak yang jadi tokei makanan melayu.

Kalau melayu tidak mampu bersaing dengan bidang yang dikuasai cina, kenapa tidak meneroka bidang yang sememangnya ada pasaran. Industri makanan halal. Bukankah market industri itu terbentang luas..?

Ali Cafe orang cina tapi kenapa guna nama ali..? Paw Ahmad, Tanjung Malim tokei orang cina tapi guna nama melayu. Kalau mihun Ah Seng, kompem la tu mihun orang cina. Tapi semuanya sape yang makan..?

Sebenarnya, sumber makanan kita kalau difikirkan status halal boleh diragui. Sebab tu kekadang aku dok sedih. Kalau tak makan lapar tapi kalau makan haram. KFc..? orang kata haram tapi ramai yang berpusu-pusu kat kaunter.

Apapun, kita sepatutnya menjaga sumber makanan kita. Makanan menjadi darah daging. Kalau sumber rezeki kita haram maka apa yang kita makan semuanya haram. KAlau kilang makanan dah haram maka...... halalkah apa yang kita makan..?

Kalau dipandang sudut bisnes, mesti ramai melayu jadi jutawan. Pasaran untuk makanan halal terlalu besar jika dibandingkan dengan industri lain. Bayangkan berapa juta orang Islam kat Malaysia dan berapa billion orang Islam kat dunia ini.

Perkembangan Hub Halal Malaysia..?????????


Kilang Cina
Bukankah lebih terjamin kalau empunya kilang ini kilang melayu

Wednesday, March 18, 2009

Cerita Ali Rustam

Minggu yang membosankan. Asyik kerja-kerja......
Macam ni la kalau kerja dengan kompeni swasta, dari audit ISO sampai la audit lubang jamban. Staff tak cukup tapi cita-cita menggunung nak jadi syarikat yang terunggul. Bukan mengeluh tapi perasaan berbulu dengan orang kerajaan makin membuak. Masakan tidak, kalau pergi pejabat kerajaan, kalau kaunter ada 10 kompem 5 kaunter yang buka. Gaji besar tapi kerja tak proaktif.

Walau sibuk tapi sempat gak tengok blog apa isu yang menarik. Cerita Ali Rustam sebenarnya tidaklah mengejutkan aku berbanding dengan perjumpaan Abdullah Badawi dengan Bung Nuar. Mungkin kerana rentetan perjumpaan itu telah membunuh karier Ali Rustam yang sememangnya beliau agak besar dalam memberi umpan.

Minggu lepas masa aku sembang dengan seseorang, aku buka topik politik. Saje je nak tahu perkembangan pemilihan umno akan datang. Aku nak tahu posisi naib presiden. Hurmmm...~~ Hishamudin dengan zahid aku rasa dia akan menang jadi siapakah yang akan menduduki satu lagi kerusi. Isa atau shafie.?

Kedua-dua sama kuat. Kedua-duanya ada potensi nak menang. Tapi pendapat aku, Isa akan menang dalam pemilihan dan kalau silap percaturan zahid boleh kecundang.

Pak Lah cantas Isa sebab dia orang Najib dan sekarang Pak Lah cantas Ali Rustam kerana dia juga orang Najib. Kalau Pak Lah benar iklhas memerangi rasuah politik kenapa menantunya boleh terlepas.?

Zahid dengan Anwar Ibrahim kenalan amat rapat sementara Pak Lah dengan Bung Nuar adalah satu puak. Jadi, Zahid dari puak yang mana..?

Aku takut apa yang terjadi sekarang ialah percaturan Anwar dengan Pak Lah. Mereka menafikan membuat perbincangan. Boleh ke kita percaya cakap-cakap orang politik. Sebab kenapa Anwar Ibrahim dibebaskan hanya Pak Lah dan KJ yang tahu sebab-sebabnya.

Apapun, Pak Lah dah melakukan yang terbaik. Rimau mati meninggalkan belang, perginya Pak LAh biarlah secara terhormat.

/me mungkinkah Pak Lah membuat konspirasi sehingga muka Najib berkerut seribu..?

Monday, March 16, 2009

Kedai Pak TAm

Dah sebulan tak jumpa biras aku. Rasa cam dah lama dah tak jumpa. Maklum la aku ngan biras aku sorang ni ngam skit. Dua-dua dalam kategori menantu yang susah. So satu kepala la walau ipar aku ni tua skit.

Asyik layan nescafe, buka la topic pasal kerja termasuk cerita union. Union aku dalam kategori union contoh tapi union dia tak boleh pakai. Union dah kena tarik hidung. Sepatutnya union backing ahli tapi union dia tikam ahli.

India jadi orang union memang bagus. Melayu kalau dapat pangkat, ada rasuah skit, diam. Banyak politik dari buat kerja. Samada benar apa yang dia kata, aku tak leh nak komen. Diakui jika dia orang union, cepat naik pangkat dari orang biasa.

Bab kedua yang aku setuju ialah pasal pengalaman kerja. Kompeni kat Malaysia ni selalu ambik mudah akan hal ini. Bagi mereka ambik staff baru lebih untung dari menggaji orang lama. Ini adalah kesilapan yang besar bagi sesebuah syarikat.

Pos Malaysia umpamanya. Ramai staff dia cabut kerana kebajikan tidak dijaga. Semua beralih arah ke syarikat courier macam DHL. Sebab tu kekadang syarikat kurier yang kecik cepat berkembang dan akhirnya Pos hanya mampu jual setem.

Kompeni bini aku pun sama. Mentaliti bosnya hanya memandang perkara mudah. Cut cost dengan buang orang lama ambik orang baru dan sanggup bisnes menghadapi risiko. Aku tak faham bos camni. Kerana jimat 2K rugi 10K. Adehh......~~

Yang pasti, bonus tahun ni ciput.... alahaii......

Friday, March 13, 2009

Behrang Kawan Changkat Jering

Aku senyum baca blog perisik. Walau dia sekadar forward so maksudnya dia setuju apa yang tulang besi tulis. Aku tahu dia berbulu tengok Behrang dan Changkat Jering. Sebab mereka berdua Pakatan terlepas kerajaan dalam tangan.

Daus... aku pernah tulis kat sini. Mereka rasa diorang bijak dan sultan mereka bodoh. Walhal terserlahlah kebodohan mereka dan ternyata Sultan Perak sultan yang bijak menilai.

Sekarang mereka menggilai Nizar seperti orang kena sawan. Dulu masa sultan lantik jadi MB mereka tentang tapi sekarang macam mana..? Kalau Nizar kata pokok ketapang tu ada "ong", aku rasa mereka pun percaya.

Dulu mereka kata Behrang jadi MB, tapi bila Behrang dah berpaling tadah, nah nko..~~!! semua kebodohan dia terserlah. Calon camni yang nko nak jadi MB..? hahhahaha.... flip flop tol la..

Betul ke apa yang Amin cakap.? Mereka kata mereka tak gadai tanah, tapi Amin cakap dia ada member kat dalam. Sape yang betul..? Pakatan betul ke member amin yang berkata benar.?

Orang baik tak pernah kata dia baik, apatah lagi orang politik.

Hakikatnya kalau Umno ketandusan pemimpin, Pakatan langsung lagi la hamprak... huh..~!

Thursday, March 12, 2009

Lunch Di Hulu Langat

Inilah Politik




Lihat tapi jangan berprasangka, dalam politik janganlah terlalu percaya





Orang Kerdil





Orang Besar





Sunday, March 8, 2009

PPSMI

PPSMI....

Apa yang dikatakan seorang Dr. bahasa UPM bulan lepas menjadi nyata. Isu ini akan menjadi senjata pembangkang kepada pihak kerajaan jika tidak ditangani secara segera. Semalam cerita menjadi nyata.

Apa yang aku tahu, Dr. Mahathir membuat dasar tersebut tanpa blueprint dan dasar yang dibuat bukan keputusan kabinet. Oleh kerana terdapat pelbagai masalah terutamanya dari segi pembelajaran, sepatutnya kajian mendalam telah dijalankan oleh kementerian untuk menangani isu tersebut dengan lebih berhemah.

Banyak sesi meja bulat diadakan namun masih belum kelihatan kesudahannya. Oleh kerana perarakan semalam PM sudah mengarahkan agar isu ini cepat ditangani. Tapi hakikatnya Pakatan sudah berjaya dengan misinya. Mereka bijak mengambil kesempatan, walhal mereka sebenarnya puak yang membinasakan bahasa.




Bagi aku, salah satu sebab mengapa aku kurang setuju ialah masalah pada kefahaman pembelajaran terutamanya pelajar luar bandar. Kalau soalan pun tak faham macaam mana dia nak jawab. Pada mereka yang bijak, memang dia mampu menjawab. Kerana apa.? sebab dia tahu english. Yang tak masuk akal, ramai cikgu yang tak tahu english....huh..!!~ parah..

Sepatutnya pembelajaran subjek tersebut tidak ditukar, tapi subjek Eglish itu sendiri yang perlu ditambah dari segi jam seminggu disamping program2 yang mampu meningkatkan kemahiran bercakap.

Dulu memang ada sekolah 2 aliran. Rakyat boleh memilih samada aliran melayu atau Inggeris. Sekarang hanya IPTS yang mengamalkan budaya speaking dikalangan pelajarnya kerana IPTA masih terikat dengan akta bahasa melayu menjadi bahasa rasmi.

Dari segi daya saing, sekolah Inggeris mampu menghasilkan produk pelajar yang bermutu jika dibandingkan dengan pelajar sekolah melayu. Mungkin aspek kebolehan speaking mendorong diri lebih yakin jika dibandingkan dengan mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Kedua, dalam jangka panjang pelajar yang didedah kepada Ingggeris akan lebih bersedia dengan situasi di Universiti dimana purata buku rujukan diperolehi dalam english.

Apapun, banyak lagi perkara pro dan kontra. Segalanya perlu diteliti. Sebagai contoh, kita sering bercakap tentang bahasa dalam pendidikan tapi malangnya, di peringkat pendidikan yang lebih tinggi kita orang melayu kurang menghasilkan karya dalam pendidikan.

Samada pegawai pendidik atau orang yang berilmu, mereka sering kedekut dalam mencurahkan ilmu. Konsep sedekah dalam pendidikan amat kurang sekali. Walhal, itulah yang di tuntut dalam Islam sehingga ada disebut dalam hadis, matinya seseorang membawa 3 perkara dan salah satunya ialah ILMU.

Apa pun... aku nak tanya.....

Apa pendapat awak kalau seorang engineer tak tahu english, agak-agak apa pendapat nkorang tentang dia...?

Tapi hakikatnya, kenapa Al-Quran ditulis dalam bahasa Arab.?

/me jujurkah kita perjuangkan bahasa kalau tulis blog pun kekadang dalam english...?

Saturday, March 7, 2009

Bahasa atau Pendidikan.?

Humrmmm..... memang hebat. Sayangnya mereka pada bahasa aku. Aku bangga dengan mereka semua.


Sayangnya, segalanya adalah berbaur politik. Kenapa tidak, PPSMI adalah dari segi pendidikan dan bukan bahasa. Dalam 100 ribu yang berhimpun, rata-rata kefahaman mereka dari segi konsep memperjuangkan bahasa dan bukan masalah pendidikan. Harus difahami, bahawa ia sebenarnya adalah perkara yang berbeza.

Kenapa mereka berkata PPSMI dari sudut bahasa..? aku agak confuse dengan keadaan ini. Masalah PPSMI adalah kerana kefahaman untuk belajar dan perkara-perkara lain dan bukannya menggadaikan bahasa. Oleh itu secara peribadi aku setuju andai ia ditukar semula kepada dasar yang asal atau ada penambahbaikan.

Kalau ia dikatakan menggadaikan bahasa, aku rasa pakatan selama ini yang menyokong isu ini. Pada mereka ia menganggap bahasa melayu sudah tidak relevan atau mereka sengaja mencari peluang untuk menegakkan bahasa ibunda mereka. Ini terbukti dengan tindakan Terresa bersama pemimpin DAP yang lain.

Dimana A. Samad Said ketika itu.?

Aku rasa dia bidangnya bukan pendidikan tetapi dari segi bahasa. Aku masih menerima pendapat dia dalam usaha mempertabatkan bahasa melayu tetapi kenapa dia memperpolitikan bahasa..?

Ada yang menyatakan PPSMI adalah kerana kerajaan tunduk dengan tekanan MCA, aku kurang pasti kebenaranya. Tetapi andai ia, kenapa ia orang cina mahukan konsep sedemikian. Mesti ada kelebihan disebalik konsep tersebut.

Tolongla..... jangan ikut emosi. Fikirkan realistik.

Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff

Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, orang yang sedang menititi nama. Orang yang dilahirkan di era keterbukaan Pak Lah. Orang yang mendapat nama ketika politik menjadi menu harian. Kata-katanya amat memberangsangkan dari segi idea dan karisma kepetahan membuat provokasi.

Namanya panas kerana satu isu " bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok". Tetapi kerana wartawan memang hebat dalam bidangnya maka dalam paper SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH. Aku rasa sama je perkara pokoknya, dari sah atau tidak.

Dari kata-katanya dia memang agak pro pembangkang. Tapi kalau orang pembangkang dia akan cakap, prof hanya bercakap tentang apa yang benar. Tapi hakikatnya dia ahli PAS (pilihanrayakini). Itu pendirian dia dari segi ideologi politik. Kita kena menghormatinya.

Aku tak kisah dia orang Pas ke apa. Kekadang apa yang dicakap memang bagus untuk umno atau kerajaan. Cuma kekadang, aku nampak dia agak bersungguh untuk menghentam unmo. Yang kedua, aku tidak nampak dia menemplak pembangkang walau pembangkang membuat error politik.

Adakah dia benar ikhlas membudayakan rakyat berilmu berpolitik. Dari teori mudah difahami tetapi politik realiti tidak menurut urutan sebenar teori. Oleh itu, pendidikan yang tinggi bukan menjamin kejayaan politik seseorang. Akan tetapi, dewasa ini politik memerlukan orang yang berilmu untuk menjadi pemimpin. Oleh itu, andai benar Agus dengan misinya, kenapa dia tidak pernah menekan pakatan dalam pemilihan calon dari PKR seperti?

Krisis di Perak aku tidak menyamakan tetapi kalian fikirlah sendiri.

Sebelum ni, Kelantan hanya punya majoriti 1 kerusi tetapi mereka bertahan sehinggalah pilihanraya seterusnya. Walau BN cuba menekan atau membeli, Adun Pas masih teguh dengan pendirianya.

Apa yang aku tekankan ialah, kerusi itu terdiri daripada Pas dan Umno. Akan tetapi di Perak, Umno dan PKR. Amat malang bagi umno, semua kesalahan terarah kepada BN bukan Pakatan. Sedangkan yang menjadi punca ialah PKR sendiri.

Mereka yang merancang peperangan lompat akan tetapi setelah adegan lompat dimenangi oleh BN, mereka menyalahkan aksi sedemikian.

Andai dia menyatakan kita sibuk berpolitik dan melupakan ekonomi, siapakah sebenarnya puak yang berpolitik sepanjang masa.? bukankah ia dari puak sebelah sana..? Bukankah mereka hidup hanya dengan isu..? Siapa yang merajai jalanan.? Bukan perkara seperti ini merosakan ekonomi serta bangsa.?

Teruk sangat ke Malaysia ni.? Kalau dulu pembangkang takutkan Malaysia bankrup, kenapa sehingga kini Malaysia mampu lagi berdaya saing..?

Apapun, pendapat Agus masih diterima. Kita harus terbuka dengan kritikan untuk maju ke depan. Bahkan aku melihat, orang seperti ini perlu diberi ruang. Seperti YB Kepong yang berbeza pendapat dan parti tetapi sebenarnya kita perlu memberi ruang kepada mereka.


Menonong je......

Sekarang semua orang alert dengan semua isu. Tak kisah la apa jua isu. Asal ada modal bercakap di kedai mamak jadilah. Dari sebab modal bercakap, terkeluar la isu umno dok kata perjuangkan melayu tapi bahasa melayu di sekolah dah jadi bahasa malaysia.

Pada orang seni bahasa mesti dia tak setuju. Terkena plak sasterawan mesti dia tak setuju. Pada aku siapa yang menguatarakan isu ini kurang matang. Kalau isu PPSMI aku rasa relevan dengan isu semasa tapi kalau isu bahasa Malaysia..... hurmmm..... KBSM dah bertahun berlalu.... Aku pun dah tua dahhh.......

Bahasa melayu ditukar bahasa malaysia hanya tukar pada kulit dan bukan pada isi. Maka aku rasa tidak timbul umno menggadaikan bahasa. Pada sesiapa yang bercakap menonong tuh, fikir dulu sebelum bercakap. Aku tahu, ramai golongan seperti ini terikut dengan apa orang politik cakap. Padahal aku rasa ia tidak ada apapun.

Kalau benar la orang itu iklhas memperjuangkan bahasa, dimana dia bilamana bahasa melayu perlahan-lahan dijajah. Kalau Anwar pejuang bahasa, okey aku ikut je la. Tapi apa pendirian dia dengan apa yang DAP lakukan.? Turunkan signboard bahasa melayu, naikan signboard pelbagai bahasa. Ada komen..?

Di Malaysia ni, kalau nak kerja kerajaan atau GLC, kebanyakan mereka mesti lulus Bahasa Malaysia. Kalau dapat kerja sekalipun, mereka terpaksa untuk ambil paper julai untuk kenaikan pangkat. So bukankah ia dasar yang jelas.

Kalau Anwar sibuk menyamaratakan hak, nkorang bercakap macam begitu hebat. Bersaing dengan bangsa lain untuk maju, negara majmuk dan macam2 lagi alasan. Tapi bila isu sekecil bahasa nkorang salahkan umno.

Bukan ke itu langkah yang bijak. Tukar nama untuk nampak lebih komersil dan boleh diterima pelbagai kaum. Kalau lah kan..... dulu kerajaan tak tukar, sekrang ni mesti Anwar taruk cukup2..... tak gitu..??????? jangan bohong la kalau dia tak mainkan isu ini....... tapi kalau nko nak menafikan gak..... memang la nko ni pengikut yang tidak boleh berfikir.... macam lembu sawah hidung kena tarik.

Tak habis2 ikut kata orang, kena plak orang tuh nama Anwar Ibrahim. Semua hal sumbat dalam kepala. Sampai perkara yang sebegini pun rasa taksub percaya. Tidak terfikirkah ideologi samarata dia tuh. Kalau ikut perkiraan ideologi, mampukah Bahasa Malaysia dipertahankan..?

Kalau berhujah, DEB dibuka hanya berberapa perkara dan bukan semua. Okey, aku nak tanya siapa yang bercakap tuh..? nkorang ke yang bertaraf pengikut dan kaki anguk.? Nkorang yang membuat dasar atau mereka tuh yang kat atas sibuk nak berkuasa yang rela menggadaikan segalanya.

Dalam isu bahasa pun tidak konsisten inikan pula perkara yang penting. Pegi jalan daa.......

Wednesday, March 4, 2009

SIAPA BAKAL MB PERAK

Orang yang menulis blog tu kumbang, so aku panggil la kumbang. Ala....bukan kumbang cheras sorang tuh.... Aku tertarik dengan satu kupasan. Sebenarnya bukanlah kupasan cuma apa yang dia kata ada kebenaranya.

Dulu macam sangsi je Dap ni nak bagi kerusi kat melayu. Macam percaya dengan tidak. Kena plak masa tuh lepas pilihanraya. Masakan Dap teruja dengan sokongan orang melayu sehingga sanggup bagi kerusi pada orang melayu.? Baik sungguh Dap ni sanggup menggadaikan perjuangan mereka. Setahu aku, hanya Pas je yang kena tunggang. Pening sekejap......~~~~

Apapun malam ni aku percaya apa yang Ngeh Koo Ham cakapkan. DAP ni memang licik. Rupa-rupanya dia nak bagi kerusi pada orang melayu sebab dia nak habuan yang lebih besar. Kalau sebelum ni Nizar jadi MB sebab ehsan, lepas ni sory la Pas, DAP yang akan ambik alih.

DAP DAH ADA ORANG MELAYU SENDIRI UNTUK JADI MB.

DAP tersedar hanya orang melayu menjadi MB, maka mulai saat itu dia merancang startegi. Dia buka cawangan DAP MELAYU untuk dijadikan boneka. Melayu ini akan menjadi boneka seperti Nizar.

DAP dari orang melayu ni apakah yang dicari..? Muka je melayu tapi hati pengkhianat melayu.

Agak-agak.. kenapa mereka nak sangat bubarkan DUN Perak..?
Kestabilan politik atau DAP ingin menjadi Menteri Besar Perak.?

Monday, March 2, 2009

Dulu Dan KIni

Dulu sebelum 1998, kurangnya orang bercerita politik. Silap haribulan, ketika tuh siapa perdana menteri pun tak tahu. Tapi selepas 1998 lahirlah zaman politik malaysia. Tua muda penuhkan kedai kopi sembang dengan penuh emosi. Serangan dilontar hujah diberi.

Sekarang keterbukaan membawa kisah yang hampir sama. Panas politik sepanjang tahun. Krisis demi krisis seperti tiada akan berhenti. Perak panas Selangor semakin hangat. Sembang punya sembang, ekonomi entah kemana.

Keadaan sama. Politik goyang dan ekonomi gawat. Dulu dan kini kerana seorang bernama Anwar, rakyat terlupa akan bahaya didepan. Dulu kerana kecekapan pentadbiran, rakyat kurang terjejas.

Tapi kali ini belum pasti negara kita akan selamat dari kancah kemelesetan. Kisah dulu, takde duit tetapi bisnes jalan tapi sekarang duit ada bisnes takde. Dulu tambat ringgit, ekonomi makin makin cantik tapi sekarang tambat ringgit bukan jalan penyelesaian.

Kenapa kita asyik berpolitik tanpa arah tuju..? Apa tujuan kita hingga kita terlupa bahawa agenda negara ialah wawasan 2020.

/me Bila dapur dah tak berasap, anak berteriakan kepala jadi giler mana nak cari makan....

Surat Bung Nuar

Aku tertarik sangat dengan surat ni.

hurmmm.... apa nak buat. Dah Anwar disanjung satu dunia sebagai Islam yang Liberal. Banyak forum anjuran yahudi dia jadi tetamu khas. Kapet merah untuk Bung Nuar.....

Aku masih menanti pendirian PKR atau Pakatan dalam isu kalimah ALLAH. Mereka seperti berkecuali je. Dimana pendirian PAS...?

Apapun kesian pada kerajaan. Tersepit dengan keadaan. Mempertahankan tetapi tiada sokongan yang kuat.

Perjuangkan agama tetapi dimana perjuangkan itu.? Kerana politik agama tergadai.

Zulkiflie Nordin masih konsisten dengan pendiriannya. Adakah dia dilabel pembangkang dalam PKR..?

Bila isu murtad salahkan perlembagaan dan kerajaan. Sekarang umpama satu perlembagaan yang menjaga kepentingan agama ingin dikorbankan, namun kenapa tiada pun tentangan.?

=> me runtuhnya satu bangsa kerana bangsanya sendirinya

Surat dari Belantan

Sunday, March 1, 2009

Allah Maha Besar

Blog BPN sibuk dengan isu kalimah ALLAH tapi aku tengok orang Pakatan diam bagai tiada apa. Mereka sibuk dengan Nizar dan sibuk bercerita tentang rasuah. Mungkin orang pakatan sibuk merancang mengambil alih Perak dari BN kot..... atau mereka sibuk macam mana nak singkirkan sultan...??

Dulu aku pernah katakan, kenapa kafir ini sibuk nak sebut nama ALLAH untuk agama dia. Aku tengok semua buat bodoh je. Mereka semua tidak sedar akan kesan dari perkara ini. Dalam sebulan dua ni, hanya kerajaan sahaja yang bertegas menghalang, tapi semalam kafir itu berjaya dengan misinya.

Siapa harus dipersalahkan..? Kenapa semua membisu.? Mufti dilawan tapi dalam hal ini mengapa mengambil langkah berdiam diri atau menentang acuh tak acuh.? Sebab tak nak menyakitkah hati dalam pakatan..?

Dimana yang dikatakan pejuang agama..? Pejuang agama yang boleh berubah-ubah.? menyokong hanya untuk kepentingan dan membantah bila bukan dari pihak kawan..?

OOoooo.... gitu rupanya orang yang dikatakan berjuang untuk agama......
Bagus la.........

Bodoh Tapi Lagak Pandai

Kekadang aku terfikir kenapa penyokong pakatan dari kalangan orang melayu menafikan buta-buta kebijaksanaan sultan mereka sendiri. Mereka merasakan dia jauh lebih pandai daripada tuanku. Mereka begitu taksub dengan Nizar dan menempelak sultan dengan menyatakan sultan ini seperti orang yang tidak bersekolah untuk menilai.

Tidakkah terfikir oleh mereka, kerana kebijaksanaan sultan mereka, tuanku melantik Nizar menjadi MB walaupun Pas merupakan parti terkecil. Sultan dibantah keras dengan DAP tapi tuanku tetap dengan pendiriannya. Kalau tidak bijak, MB Perak bukan melayu, apatah Nizar yang tak popular tuh. Tapi kerana sultan arif dengan undang-undang, dia menyatakan cina tak boleh jadi MB selagi ada sultan. Hahahahahha..... Mesti cina berbulu kan, menang camne sekalipun mereka tak boleh jadi MB.

Kalau sultan mengikut kata DAP atau Anwar, MB dari kerusi PKR mesti lagi kucar kacir. Kalau tak silap aku Adun lompat tuh yang dicanang sebagai MB... huh... mampuih ko Pakatan. MB sendiri lompat macam katak. Tapi tuanku dah selidik siapa dia sebenarnya. Tak layak langsung untuk jadi MB. Sebab tu dia suruh Nizar jadi MB.

Dulu masa kat PKR, hangpa sokong dia nak mampuih, sampai dicalonkan MB, tapi bila dah lompat, korang kutuk macam-macam. Inikah yang dikatakan kebijaksanan nkorang.??

Kalau tuanku sultan ikut hati atau korang kata sultan dah kena beli BN, bukan dari Adun Pakatan la yang menjadi YB, tapi sultan akan buat kerajaan minoriti. Tapi demi kepentingan rakyat dan menghormati pengundi, tuanku lantik dari orang Pakatan.

Sultan lebih bijak menilai dari nkorang la. Tak payah la korang tunjuk pandai. Dia dulu yang menaikan Nizar daripada nkorang. Tapi sebab kebodohan nkorang, nkorang baru tersedar. Orang dah ke depan nkorang terkial-kial di belakang..... kelemplesss.....

Tanah Melayu

Isu tanah memang sensetif. Seperti di medan tempur, disaksikan adegan serang menyerang. Lantak la, aku bukan dapat apa pun. Then...Siapa aku untuk menjawab pihak Barisan atau Pakatan. Tapi aku nak bercakap gak tapi bukan dari sudut politik tapi aku cuba berfikir dari konteks hakikat. Tidak straight kepada isu. Aku anggap ia perkara khilaf.

BN menjual tanah melayu kepada cina dan Pakatan juga memberi kepada cina. Aku setuju sebab semunya nyata, nampak dari segi kenyataan pemberian tanah. Dari segi tujuan, aku rasa BN banyak bagi pada syarikat manakala Pakatan pada individu.

Kalau kata dapat untung sebab premium yang tinggi, jual barang bro, mana leh rugi. Kena plak tanah. Kalau nak kata untung rugi, aku rasa baik bagi pada syarikat daripada bagi pada individu. Kalau bagi pada syarikat, kerajaan dapat premium dan cukai tanah malah kerajaan boleh kutip cukai syarikat. Kalau dah buka syarikat, mesti ada pekerja so secara tidak langsung ekonomi akan berjalan dan yang lebih bagusnya rakyat boleh cari makan.

Apapun, memang sebenarnya kita kena adil terhadap semua bangsa. Tapi setahu aku, cina ni banyak duit dan pandai cari duit. Kekadang ni, cina lebih banyak tanah dari melayu. Jarang kita dengar tokei ladang orang melayu. Kebanyakannya cina. Aku bukan iri tapi jadikanlah ia inspirasi.

Inilah sebenarnya masalah pada melayu. Camne nak tolong. Bagi projek dia bagi kat cina. Bagi kuasa dia tolong cina tindas melayu. Camne melayu nak maju. Asyik iri pada bangsa sendiri. Kalau ko kata itu semua kroni umno, aku no komen la. Mungkin betul kot, tapi aku rasa dua kali lima sepuluh. Tak payah la nak berhujah. Geli bulu ketiak aku dengar......

Peluang ada tapi kita sering melepaskan peluang. Kenapa kita begini..? Kenapa kita tidak mengubah minda tapi sibuk berjuang mengubah sistem secara drastik. Walhal aku rasa kita perlu mengubah corak berfikir dan bukan berjuang mengubah struktur pentadbiran.

Aku faham, salah satu elemen penting dalam untuk maju ialah pentadbiran yang bagus. Tapi kalau kita mengubah secara drastik mungkin kita tidak mampu mengawalnya. Lihatlah keterbukaan Pak Lah yang membawa kepada pelbagai masalah. Keterbukaan yang drastik umpama air dalam empangan yang membawa bah pada kampung di hilir.

Modal insan seperti mempertingkatkan intrigriti adalah jalan yang terbaik dari kita sibuk mengubah dasar. Intrigriti adalah umpama tiang pada bangunan. Andai lemah maka roboh la bangunan itu walau ia hanya menampung para yang kosong.

Kalau diteliti, bagaimana kita harus memberi tanah pada syarikat melayu. Biasanya bila kita bagi pada melayu dia akan jual. Bagi lembu dia jual, bagi baja pun dia jual. Kalau bagi tanah lagi la dia gadai.

Sesuatu tempat perlu dibangunkan. Andai tidak dibangunkan maka bagaimana kita harus terus hidup dan mencapai kemajuan. Andai kemajuan tidak penting, maka sama la di Kelantan. Rakyat Kelantan tidak kisah tentang pembangunan tapi mereka tidak sedar, mereka terpaksa berhijrah keluar untuk menampung kehidupan.

Kalau tidak percaya, sekarang jalan lengang tapi bila cuti panjang, jalan sesak macam ada pesta keramaian. Dulu mereka tak kisah tiada kompleks membeli -belah tapi sekarang mini kompleks pun mereka berpusu-pusu melepak.

Kalau diamati, Malaysia dah bagi kat cina pun. Syarikat yang semua memajukan kawasan adalah cina. Jarang kompeni melayu yang mampu berbuat demikian. Agak-agak la, kalau kita tak jual tanah kat cina, Malaysia ni camne.?

Apapun, melayu kena berubah. Tapi berubah secara waras dan bukan mengikut hati. Orang politik yang bertanggungjawab ialah jangan gadaikan kepentingan bangsa untuk mengejar cita-cita.

Cukai KTM

Aku baca harakah online. Bagus la ada mereka peka pada persekitaran. Dan yang lebih hebatnya bila YB Rasah yang bertanya soalan tentang judi. Amat prihatin YB ni walaupun dia cina.

Aku setuju bebenor kalau kerajaan haramkan judi ni. KTM ini tak perlu ada dalam Malaysia. Apatah lagi babi yang mengotorkan. Tak payah la susah-susah sibuk berhujah nak ternak babi walau secara bersih. Dah haram haram gak walaupun bersih memutih. Kalau hasil judi ni haram, apatah lagi cukai babi kan.....

Tapi tu la.... hebat je berkata-kata. Pandai tengok salah orang, salah sendiri pura-pura tak nampak. Dipendekan cerita, kalau time dia nak menjawab, negara majmuk Islam itu adil. Tapi hujah tuh untuk orang PAs, kalau orang BN dia akan kutuk kerajaan makan cukai babi.

Agak-agak la, kalau PR jadi pemerintah, Genting tuh dia nak tutup tak..?

/me dah tau dah jawapan mereka... Malaysia majmuk