Insyallah, kalau tidak ada aral Najib akan jadi PM. Najib tidak disukai oleh pembangkang bukan kerana isu peribadi tetapi mereka takut akan kemantapan kepimpian beliau. Pembangkang hidup kerana isu, mustahil dia tidak suka akan "makanan mereka " untuk mereka terus hidup.
Dari segi isu peribadi, aku no komen tapi dari segi keyakinan untuk melihat negara lebih stabil, aku yakin beliau mampu melakukan dengan baik. Sebab tu, bila ipar aku ajukan soalan, " camne dia..? ok ke..?? " aku senyum je. Bukan apa, dari segi isu aku malas nak menjawab. Aku bukan orang politik untuk menjawab soalan dengan mempertaruhkan hubungan kekeluargaan.
Beliau akan dikenang jika dia mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang. Umum mengetahui, Najib sedang berdepan dengan pelbagai masalah negara. Politik yang tidak menentu dan yang paling penting ialah masalah ekonomi. Masalah ekonomi sekarang bukan sebarang masalah. Masalah ini sebenarnya lebih besar dari masalah politik dan serangan seteru utamanya.
Andai beliau mampu menangani ekonomi dengan baik, pelbagai masalah akan selesai dengan sendirinya. Masalah sokongan politik akan berpihak kepada beliau. Masalah sosial akan berkurangan dengan kenaikan pendapatan seisi rumah. Negara luar akan lebih menghormati beliau dan melupakan isu peribadinya dengan mengambil kira penerimaan rakyat. Dan akhirnya, seterunya akan jauh ketinggalan di belakang.
Salah satu elemen kekalahan BN yg lepas adalah kerana kenaikan minyak yang telah merosakan taraf hidup rakyat. Rakyat dibebani dengan kenaikan kos. Dengan nada kecewa, rakyat membalas dendam dengan mengundi pembangkang.
Nak kata pembangkang kuat sangat, aku rasa tidak. Mereka sebenarnya banyak disokong oleh golongan muda seperti aku yang kurang terdedah apakah sebenarnya intipati Umno. Walau aku orang umno, namun aku terpaksa berfikir sendiri apakah agenda umno yang sebenar.
Orang muda sekarang banyak dibebani kos hidup. Kenaikan kos yang tinggi tidak mampu ditampung oleh mereka. Berapa purata gaji dan kenaikan gaji rakyat sekarang. Adakah ia selaras dengan kenaikan mendadak segala kos hidup..?
Rakyat hanya mahukan kesejahteraan hidup. Andari rakyat selesa, aku yakin banyak isu akan terpadam dengan sendirinya. Undi akan kembali kepada Umno. Melayu sebenarnya masih sayangkan Umno dan masih bergantung harap pada parti itu. Tapi yang mengecewakan ialah kebanyakan pemimpin Umno lupa akan hal ini. Mereka sibuk terbang tinggi. Mereka lupa orang yang dibawah yang menyokong mereka. Ini adalah kesilapan Umno.
Aku harap, Najib mampu menyerap isu ekonomi ini dengan lebih berkesan. Usah menjaga hati kakitangan awam sahaja. Lihatlah jurang ekonomi diantara swasta dengan orang kerajaan. Swasta terkial-kial dalam meneruskan kelangsungan hidup, tapi orang kerajaan masih mampu berkereta baru.
Gud luck Najib. Usah harapan tinggal harapan. Usah dikecewakan lagi orang yang menantikan perubahan.
No comments:
Post a Comment