Monday, March 30, 2009

Ketua Pemuda

Pemuda untuk pemuda dibawah 40 tahun. Tetapi bagi jawatan ketua , boleh melepasi umur 40. Dalam hal ni, Kj adalah Pemuda sebenar jika dibandingkan dengan Mukhriz dan Khir Toyo. Jika kita perhalusi, sebenarnya usia memainkan peranan yang penting.

Jurang usia yang besar, sebenarnya manandakan perbezaan yang besar diantara pemimpin dan dipimpin. Jawatan ketua dikejar hanya kerana statusnya seperti " naib presiden" dimana kebiasaanya penghuni kerusi ketua pemuda dinobatkan untuk menjadi seorang menteri. Oleh yang demikian, kekadang natijah untuk menjadi ketua sudah terpesong.

Tidakah usia yang tua itu tidak mampu menjiwai aspirasi golongan muda yang menuntut pelbagai kehendak. Kehendak si muda tidak sama seperti kehendak si tua. Lalu banyak kehendak yang dituntut selalu diabaikan hanya kerana orang tua tidak tahu kehendak orang muda.

11 tahun Hishamudin menjadi ketua, maka golongan muda sekarang ini boleh dikategorikan produk pemerintahan beliau. Andai ia dijadikan ukuran, ternyata Hishamudin gagal dalam tugasnya menjaga belia dan pemuda selama ini.

Andai beliau menjalankan tugasnya dengan baik, mungkin perkara PRU12 yang lalu tidak terjadi. Pemuda sekarang tidak sekuat seperti dulu. Pemuda sekarang seperti lari dari agenda ia ditubuhkan. Ia lebih kepada politik nasional dan mengabaikan belia dan golongan muda.

Orang muda seperti diabaikan. Mereka seperti anak yang tanpa keluarga dan dahagakan kasih sayang. Kurang aktiviti dan bimbingan yang sewajarnya. Mereka tanpa arah. Lalu pihak pembangkang bijak memanipulasi golongan ini.

Andai Pemuda memainkan peranan seawal usia 16 tahun, aku rasa umno tidak tenat seperti ini. Mereka mampu berfikir dengan cara mereka sendiri. Walau apa jua serangan pembangkang, mereka tidak akan terpedaya. Namun, apakan daya, Pemuda leka dengan tanggungjawabnya. Dan inilah hasilnya akibat kelekaan Pemuda sejak 10 tahun lepas.

Adakah Khairy mampu menjalankan tanggungjawabnya.??? pendapat aku, andai ada sokongan yang kuat dia mampu lakukan. Dari corak dia berfikir, aku lihat dia tahu kehendak Pemuda dan orang muda. Berilah dia peluang. Tanpa peluang itu, bukan dia yang rugi, tapi Umno akan rugi.

Pemuda untuk orang muda....

1 comment:

  1. macam mana dgn peribadi KJ tuh? bukankah orang tak suka disebabkan peribadi dia? bagaimana mahu memimpin?

    ReplyDelete