Wednesday, April 1, 2009

Aku manusia Pelik.

Hari-hari sembang sakit kepala. Sembang politik aku dah malas dah. Sembang ekonomi bukan kepakaran aku. Aku ada kepakaran ke..? Macam carca merba je skill aku ni. Takder satu pun bidang yang aku terer. Semuanya aku macam tangkap muat. Kalau sembang kedai kopi, mungkin itu kepakaran aku.

Tadi pun sembang hampir 3 jam. Sembang kosong tanpa isi. Sembang kosong, suara aku rileks skit. Tapi bila sembang tentang topik yang boleh buat aku panas, aku macam emo skit. Ntahlah, kenapa aku cepat emosional.

Sebenarnya aku tidak emo. Cuma, kenapa aku selalu berbeza pedapat dengan dengan ramai orang. Aku tak tahu apa yang aku fikir. Adakah akal aku tidak mampu berfikir dengan baik atau mereka tidak dapat menjangkau akal ku..?

Apa yang hari ni aku cakap, mereka tidak setuju. Tapi bila orang lain cakap, mereka mengiyakan seperti pendapat itu terlalu bernas. Itu yang selalu membuatkan aku cepat bosan. Salah satu kenapa aku bosan ialah perkara dah terjadi baru nak tergadah.

Contoh, cara aku. Kalau aku balik kg, aku mahu semua keperluan termasuk ubat-ubatan anak aku perlu dibawa walaupun keadaan anak aku sihat. Percaya tak kalau aku cakap, ia termasuk air yassin ayah mertua aku. Bagi aku ia sebagai backup in case anak aku demam tengah malam. Kalau ikut orang rumah aku, tak payah la.... wat pe bawak barang banyak sangat. Bukan lama pun balik. sehari je..... hurmmmm....

Apapun, apa yang nkorang katakan memang betul, tapi dari segi hakikat itu perlu diambil kira. Ko kata aku emo, ko kata aku tak faham. Tak apalah. Aku terima. Aku bukan bos, aku bukan orang yang berstatus Datuk. Masakan nko nak dengar kata aku. Siapalah la aku ni. Cuma aku nak nkorang faham, apa yang aku cakap tadi ialah hakikat disebalik apa yang nkorang kata. Nkorang tak fikir aspek tuh.

Camni lah. Ibarat repair pc. Aku tak setuju dengan arahan pengurusan. Jenuh aku terangkan kenapa aku tak setuju. Malah ada yang menganggap aku ni macam orang yang kurang akal. Senget je pandang aku. Tapi malam ni, orang yang terkena dengan dasar tu cerita pasal kisahnya. Dan akhirnya, aku betul ke nkorang yang betul..???

Tidak semua apa yang aku rasa betul. Aku manusia biasa gak. Cuma kebanyakan apa yang aku fikir banyak betulnya dari tak betul. Pasal gaji...... aku betul ke pendapat 14 ribu ahli yang betul..??.... Lu fikir la sendiri.....

1 comment:

  1. ish..kenak kitak cam ya.emosi nih..cool skt..nak lagi cool minumla coolrinor.hahahhah

    ReplyDelete