Saturday, August 15, 2009

bebal

Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru.. gren

Ayat ini lebih kurang menyentuh tentang kebebasan media. Dulu pembangkang sibuk memainkan isu ini menjadi modal politik. Kalau diperdendangkan dalam ceramah, mesti bertempik bersorak orang2 dibawah. Yang tersenyum2 dan yang terhangguk pun ada.

Satu perasaan bagi mereka, selama ini kerajaan seperti memperbodohkan mereka. Mereka seperti tersedar dari lamunan. Utusan itu meloyakan dan harakah itu benar, suara keadilan itu perjuangan. Malam ceramah, esok pagi maka berduyun2 la membaca suara keadilan.

Siapa sebenarnya yang memperbodohkan dan diperbodohkan..?

Pernah baca harakah atau suara keadilan memuji kerajaan..? Blog yang tak berbayar pun tak pernah memuji inikan pula akhbar yang berbayar. Inikah yang dinamakan kebebasan akhbar.? Nampak sangat memperbodohkan rakyat, menipu orang.

Siapa yang diperbodohkan.?? mesti la orang yang datang ceramah dan berduyun2 beli akhbar pembangkang. Rasa diri bagus tak baca akhbar utusan, tak tahu sebenarnya diri diperbodohkan. Semuanya nak melariskan jualan akhbar dan membenih sikap benci kerajaan. Bukankah begitu..??

Tak payah la gebang tentang kebebasan..... puak pembangkang boleh la diperbodohkan. Dah banyak kali diperbodohkan, langsung otak tak pandai nak menilai. Ada ke patut, aku tak sokong Pakatan, aku sokong Pas. huh.... bebal tahap berapa tuh..??

/me Ronnie liu pun dikatakan lebai.......

No comments:

Post a Comment