Thursday, August 13, 2009

Islam PAs

Apa yang aku nak tulis..... macam takde apa je yang menarik. Skrip cerita semua sama je. Kalau semalam gaduh hari ni dia dah berbaik2. Kalau tak silap aku, dalam sidang media semalam bercakap macam pendekar mustar..... sanggup lepaskan jawatan demi perjuangan.

Nah ambik nko..... terkucil2 disergah Anwar. Suruh salam dia pun salam..... kot Anwar suruh tonggeng dia pun tonggeng la. Tak caye.... bacalah malaysiakini.

Aku agak terkilan..... Pas hanya berkata berlandaskan agama, tapi sebenarnya Pas mempermainkan agama. Kenapa agama dijadikan modal survival politik..?

Ajaran sesat bagai patah tumbuh hilang berganti. Terbaru di Seremban. Mengapa ia masih berlaku sedangkan banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran..? Itulah sebabnya lahirnya teori bila ada permintaan maka terjadilah penawaran.

Semua orang Islam akan cuba menjadi umat yang terbaik. Untuk menjadi terbaik, ilmu agama perlu dituntut. Tapi malangnya, niat yang murni itu diselewangan oleh orang yang berjiwa syaitan. Memesongkan akidah semata2 untuk kepentingan peribadi.

Samalah cerita politik Pas. Aku tak kata Pas itu sesat atau munafik. Aku cuma nak cakap Pas dari skop politik. Pas memomokan umno itu kafir dan Pas menjamin pengundi ke syurga. Kita sebagai orang Islam.... kekadang menjadi serba salah kerana takut dengan Allah.

Sebagai contoh,
BN calon cina dan Pas melayu. Mereka akan kata, kalau undi cina kau berkawan dengan kafir dan silap2 kau akan masuk neraka. Bila kenyataan ini dikeluarkan, memang betul apa yang dikatakan.,.... sebab kita ada pilihan dalam memilih calon.

Disini umno akan mengatakan, negara kita majmuk.... walau calon itu cina tapi kita (umno ) di atas dan akan mengawal mereka. Mereka ini hanya sekadar wakil sahaja. Pas tidak bersetuju dalam hal ini kerana bagi mereka, cina ini kafir dan kita orang Islam dilarang mengundi cina. Inilah salah satu sebab mengapa Pas mengatakan Umno itu kafir.

Dalam hal ini, pengundi Islam akan menjadi serba salah dan akhirnya ramai yang mengundi Pas kerana atas nama Islam. Dalam hal ini, bolehkah kita menyalahkan pengundi...? Kita kena ingat, semua umat mahukan yang terbaik untuk dirinya sebagai umat Muhammad.

Itu semua cerita dulu tapi sekarang Pas lebih liberal dari umno. Kalau dulu Pas kata majmuk bukan alasan untuk umno mengelak dari melaksanakan hudud, tapi sekarang Pas kata.... negara kita majmuk..... kita kena sama rata kepada semua rakyat. Kalau masjid ada 1, kuil dan tokong pun perlu sebuah.

Kalau dulu umno kata, negara kita majmuk kita kena adil dalam membahagikan kerusi..... Pas akan kata, itu semua alasan. Islam tidak boleh bertolak ansur. Itu semua DULU, tapi sekarang.... Pas bukan sahaja memberikan kerusi malah dalam kerusi exco penang, satu kerusi exco pun tiada.

Kenapa Islam Pas berubah mengikut citarasa sendiri...? Undang2 Islam ini berubah2 mengikut hati manusia ke...? Mengapa memperbodohkan umat Islam sendiri...??? mengapa agama perlu dijadikan senjata politik..?

Dimana hudud Pas sekarang..? Adakah hudud ini hanya 0.00001% daripada agama Islam lantas ia tidak perlu terburu2 untuk dilaksanakan...? kenapa dulu mengata umno tidak melaksanakan hudud tapi bila sudah ada sedikit kuasa.... hudud itu dipinggirkan..?? bukankah ia dinamaka agama dipolitikan..?

Aku memang kecewa dengan Pas..... kecewa bukan Pas bodoh.... tapi kecewa agama dihusung kesana kemari untuk agenda politik peribadi. Kalau tidak.... kenapa tunduk dengan desakan..?

Yang sedihnya, Presiden dah macam pepatung. Yang mereka tahu cakap dan memperbodohkan rakyat ialah.... menyalahkan BN. Ini semua undang2 BN yang terdahulu. Apa la bangang sape yang terhangguk2 dengan kenyataan tuh. YEA... aku kata bangang bin tolol la siapa yang percaya.

"Tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan. Kita setuju dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim)," katanya.

Kalau itu undang2 british, undang2 kafir kenapa nkorang nak ikut...?? bukankah bahalol kalau kita ikut benda yang salah. Yang lebih aku bengang.... dulu takde pun cerita2 yang menyedihkan tentang arak. Walau takde undang2 khusus, tapi kalau ada tentangan dari rakyat,.... mereka akan rampas...... rampas dan tidak memulangkan kepada peniaga. Tapi PAs....???? rampas dan kembalikan..?????? hahhahahhaha.........

Salahkan umno buat kilang arak..? hahhahaa.... tahu menyalahkan je la nkorang... itu je yang nkorang tahu.... buat tak reti. Kalau nko rasa salah.... tutup je la. Kalau takder undang2.... gubal la undang2. Dulu masa berkempen..... hari ini menang besok pagi tutup kilang arak. huh..~~!

Tapi rupa2nya..... jangan kata kilang arak tutup..... yang sulit patut ditutup tapi dibuka. Bila dah buka, muslimat simpati... walhal.... ramai lagi makjan yang perlukan simpati.Yang lawaknya, bila kata.... umno tindas wanita.... walhal... dalam parti hanya bertaraf tea lady. Cett.... porahhh~~!

/me selesai bila Islam digadaikan

No comments:

Post a Comment