Sunday, August 30, 2009

kepala lembu punya hal

Mana perginya pejuang agama ye..? Kalau untuk menegakkan bahasa atau ISA berduyun orang “alim” berani untuk disimpah asid tapi untuk kes kuil seksyen 23, mereka melenyapkan diri pula. Baru hari ini aku tahu, Islam ini ada kasta atau mengikut ideology parti ..hermm

ntahlah... Tanyalah alim ulama.

Tak ramai yang berdemo, mungkin sebab itu pada mulanya isu bantahan tidak diendahkan. Apa orang kata, macam takde apa je. Ye la kan, Kalau yang datang takat 50 orang, Pak Khalid sengih je la.

Lain padang lain belalang. Nak tembak pasal kuil tapi diri sendiri ditembak. Tu la, yang hang usung kepala lembu tu pesal. Then ko pijak plak kepala lembu tu... adoi....

Kalau aku sebut melayu, orang kata aku racist, tapi kuil ni melayu ke agama..? Dalam isu kuil ini menandakan, melayu sudah takde apo. Sebab apa..? Untuk sokongan undi, melayu sendiri mahukan Hindu setanding dengan Islam.... so nak wat pe bising2.. on je la.

Aku..? ikut lah... dah ramai yang setuju kuil tu... nak wat camne. Orang Pas yang dikatakan Islam ke syurga pun menyokong, ok lah tuh. Mana la tau, kot2 orang Pas boleh bawak orang hindu tu ke syurga. Bagi aku, mereka ini nampak sangat takde akal untuk berpolitik.

Sekarang mereka pandai cerita tentang negara majmuk. Dalam hal ini sebenarnya aku tergelak besar. Sebab selama ini Pas memang tak sedar pun akan hakikat ini. Tapi kerana mengikut si Nuar, agama pun Pas sanggup gadai.

Isu kepala lembu..? Kalau lembu binatang suci India, melayu boleh berduyun membela hindu. Ttapi kes surau di UM yang dilempar daging babi tu camne..? Ada orang politik yang kisah ke? Kenapa semua melayu mendiam kan diri..? Bacul..? kata nak mati syahid. Awat takut cari siapa punya kerja..?

Kalau umno penganjur salahkah..? Surau dan kuil bersebelahan, satu azan satu lagi bunyikan kling kling... bila hati dah marah, kang ada yang kepala pecah dikerjakan. Nak ke jadi camtuh.? Fikir la bang..... jangan main taram.

Sekarang umno atau BN memang akan tewas pun dalam pilihanraya akan datang. Alang2 nak kalah belasah je la. Sekarang pun bukannya Tamil sokong BN. Apa ada hal. Tapi kalau benar ia angkara orang PKR sendiri camne..? Bagi aku, kot siapa pun nak membela ISLAM, aku akan sokong.

Agama bukan berpaksi pada parti atau kaum. Mungkin inilah sebenarnya yang dikatakan Islam itu tidak berpuak atau mengikut kaum.

"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]

Kalau negara arab memang banyak menekankan kaum walau sesama Islam. Mereka sanggup berbunuhan sesama Islam kerana menegakkan kaum sendiri. Di Malaysia, ada ke jawanes bergaduh dengan kelantanse atau suku2 lain.?

Bukankah menegakkan Agama Islam itu satu kewajipan.? Pernah dengar kerajaan melarang penduduk lain untuk menganut agama masing2..? Yang menyedihkan, hadis seperti ini diguna pakai untuk kepentingan politik. Huh.

Apapun, walau ia sekadar 50 peserta, demontrasi itu kira berjaya. Bukankah tujuang demontrasi itu hanya untuk perhatian umum. Kena pada caranya, mampus ko pakatan.

/me geleng kepala

No comments:

Post a Comment