Monday, August 31, 2009

ambang merdeka

Kesimpulannya kalau umat Islam negara ini tidak mahu melihat senario yang mulai dibayangkan kini janganlah memberi kepercayaan kepada orang politik lagi sebab mereka bukan pembela agama sebenarnya! mso

Jika malam ini malam diambang merdeka, mungkin juga malam ini malam yang sesuai untuk melihat kembali kisah sebenar disebalik wajah orang politik.

Kerisauan aku satu ketika dulu seakan menjadi nyata. Melayu yang ditekan pasti akan tunduk dengan tekanan. Tekanan selepas PRU yang lalu bukan sebarang tekanan. Tekanan oleh kaum sendiri sebenarnya menjadi virus yang sedikit demi sedikit mengkakis keutuhan negara ini.

Saat Anwar mengoferkan kepentingan melayu aku terpaku. Memang benar apa yang aku fikirkan tentang dia ini. Dia akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi. Dan….. aku juga tahu dia akan berjaya dengan misinya.

Aku tak pasti cerita Anwar kawin lari. Tapi kalau tak silap aku, dulu semasa Pak Su cerita, “ sekarang dia dah jadi menantu aku, kita tolonglah menantu aku tu, buruk2 pun menantu sendiri”.

Anwar memang licik orangnya. Dari muda dia sudah memasang startegi. Adakah cinta Anwar kepada Wan Azizah cinta sejati.?

Argg…. Siapa aku untuk mempersoalkan cinta Anwar kepada Azizah. Gile.!! Tapi… sebagai manusia biasa, kadangkala aku bersikap prejudis juga. Mungkin juga Anwar kawin semata-mata untuk memegang cpu kerajaan.Siapa Wan Ismail ayah kepada Azizah ketika itu..??

Itu langkah pertama Anwar dalam politik.Hebat bukan. Orang lain berpolitik dari bawah tapi Anwar boleh bermula terus dari atas. Dia banyak mendapat keistimewaan berbanding dengan orang yang lebih senior dari dia. Aku tak mempertikaikan. Itu kelebihan dia. Tapi…

Mengapa kau menolak kepentingan melayu.? Apa kehendak kau sebenarnya..?

Kalau aku duduk bersembang bersama orang pakatan, aku tahu apa yang mereka ingin bicarakan. Mereka akan terbyiahkan aku dengan istilah demokrasi yang sebenar. Tidak cukup kalau tidak dibacakan hadis untuk menghalalkan cerita itu. Dan kalau aku menolak kefahaman mereka, aku akan disimpulkan sebagai orang yang berfikiran sempit dan jumud. Mentaliti aku belum terbuka kerana aku hanya membaca sebelah pihak.

Sebelum aku dikatakan aku buta dalam menilai, bukankah aku nyatakan, Anwar akan berjaya membawa misinya untuk meliberalisasikan melayu.? Bodohkah aku dalam menilai.?

Dengan gagasan 1Malaysia atau Malaysia Malaysia, semua rakyat sama, itulah dasar sama rata yang dibawa oleh Anwar. Melayu cina India atau sesiapa sahaja punya hak sama. Biasiswa, isu tanah atau apa sahaja yang selama ini dikatakan kepentingan melayu akan dikongsi bersama oleh semua rakyat.

Kalau Anwar tidak mati dalam masa yang terdekat pasti ideologinya akan berjaya. Dengan sokongan yang padu daripada DAP dan dana yang besar disumbangkan dari pihak luar, ia umpama mesin yang pemotong yang ganas.

Mesin ini tidak mungkin musnah dalam misi menebang perisai melayu. Kalau ada sekalipun, mungkin hanya calar balar atau sekadar mengalami kerosakan yang tidak memberi kesan. Ia akan terus mengkakis perisai melayu satu demi satu. Kerana apa mesin ini tidak rosak..?

Semuanya kerana melayu itu sendiri.Orang melayu merasakan dirinya sudah bijak, tapi sebenarnya mereka bodoh. Mereka inilah sebenarnya menjadi perisai yang untuk Anwar dan konconya terus bergerak membuang perisai2 melayu.

Tidak pentingkah kepentingan melayu.?

Andai sama rata.. logic kah ada tanah yang dilabel sebagai rizab melayu..? kenapa perlu rizab sedangkan semua rakyat sama..? betul bukan.?

Kalau tidak ada tanah rizab melayu…. Hahhahaa…. Akan datang, siapakah tuan punya tanah2 di negara ini..? kalau jawab melayu akan menjadi tuan…. Memang anda seorang yang ego dan bodoh. Ego tidak bertempat.

Aku mengambil satu perkara. Perkara ini mungkin mustahil. Tapi bagi aku tidak mustahil ia akan berlaku. Malah aku jangkakan….. mungkin dinasti raja juga akan terhapus.

Di ambang merdeka seperti ini. Marilah kita kita cuba untuk meruntun jiwa seketika. Apa sebenarnya yang kita cari dalam politik.

Dalam mencapai kemajuan, perlukah kita merubah budaya..?

No comments:

Post a Comment