Friday, August 14, 2009

malang

Kot yea pun terkilan tak dicalonkan... jangan la sampai kantoi.... senyum la skit... camne nak jadi Yb kalau perangai macam labi..... jangan katakan pengundi manek urai..... aku sendiri pun maleh nak undi dengan orang yang tidak ikhlas.

Pendedahan ini dibuat oleh parpukari. Perkara sebegini sudah menjadi lumrah dalam politik umno. Kebetulan, dalam pilihanraya yang lepas, orang kampung aku 3 orang jadi YB....... tolong skit ye... bukan kroni...... semuanya dari parti dan tempat yang berbeza.

Aku cuma nak cerita yb yang bawak logo BN. Oleh kerana aku kamcing dengan abangnya.... so aku dapat input yang agak tepat. Agak mendukacitakan, sabatoj last minit oleh parti sendiri. Agak menyedihkan kan..... patutnya bertanding melawan parti sendiri,.... tapi rupa2nya..... melawan parti sendiri.

Nak wat camne..... era pemerintahan Pak Lah politik memang kucar kacir. Aku tak salahkan mereka, sebab Pak Lah memerintah macam orang yang tidak berpengalaman. Kalau aku sendiri yang jauh kat bawah rasa terkilan..... inikan pula mereka yang berkepentingan.

Aku tidak terkilan keputusan PRU 12, tapi aku terkilan selepas BN gagal mendapat majoriti 2/3 pemimpin umno masih bersikap mementingkan diri. Kalau benar cerita parpu ini, adalah amat malang bagi penduduk Manek Urai mendapat ketua bahagian, kategori tak boleh pakai.

Lihat sahaja di Terengganu, Umno bercakaran sesama sendiri. Malang bagi Najib...... hulubalang yang dihantar masih tidak menampakkan kesan. Umno Terengganu kelihatan masih kacau bilau. Timbul persoalan, berkemampuankah Hishamuddin menenangkan buaya yang kelaparan..?

Jika diteliti, sebulan Najib pegang Perak,...... Perak berjaya ditawan, sebulan jadi ketua staff Selangor..... huru hara pentadbiran Selangor. Dengan itu, terjawab soklan aku..... Mengapa Najib sibuk2 nak pegang ketua perhubungan umno Selangor. Selangor yang maju adalah lambang kepentingan kerajaan.

Kalau Najib ada timbalan yang cemerlang, umno ada sedikit malang. Aku sendiri tak faham.... dimana perginya sayap kanan..... pemuda dikatakan bersuara lantang, tapi sekarang kecundang dalam gelanggang.

Aku tak sokong ataupun anti kj.... tapi mana perginya kelantangan beliau. Kalau dulu Husam disapu sekarang dah jadi ketua, dia plak kena penyapu... adehh....

/me siang2 Najib dah sembang... calon tak semestinya ketua bahagian.... faham2 sendiri la yea..

No comments:

Post a Comment