Tuesday, August 25, 2009

mari jual melayu

PERMATANG PAUH, 24 Ogos: Hasil pemantauan yang dilakukan sejak hari penamaan calon hingga ke saat akhir menjelang hari mengundi pada esok pagi, menunjukkan sokongan padu bukan Islam pada calon PR, Ustaz Saleh Man. siasah

Jangan katakan di Permatang Pasir, di semua tempat bukan melayu memang menyokong Pakatan. Ini salah satu sebab mengapa sampai sekarang BN mengalami kekalahan di pada setiap piliharaya.

Pakatan begitu riak dengan sokongan yang diberikan oleh bukan melayu. Semua orang politik mengakui keadaan ini dimana sekarang kaum bukan melayu menjadi undi penentu hampir di setiap tempat.

Keadaan ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada melayu kerana mereka cina atau india akan demand yang keterlaluan dalam memenangi hati masyarakat tersebut. Oleh sebab itu, jika dilihat ketika ini orang bukan melayu sudah berani menujah kepala orang melayu bahkan kadangkala kedaulatan raja berpelembagaan berani dipermainkan.

Andai keadaan ini berlarutan, tidak mustahil satu hari nanti, raja berpelembagaan akan menjadi bahan sejarah bagi generasi akan datang.

Berapa lama lagi umno mampu bertahan menjaga kepentingan melayu..?

1Malaysia sebenarnya, sudah menandakan ciri2 dimana kepentingan orang melayu sudah terhakis. Konsep 1Malaysia,... melayu pembangkang menyatakan umno parti yang menggadaikan kepentingan melayu...... aku sebagai salah seorang melayu akan mentertawakan melayu itu sendiri. Padan la nko melayu...... kenapa nak melalak..... bukan itu yang nkorang nak...?

Mengapa aku kata Melayu Pembangkang..? Ada dengar ke cerita Bukan Melayu dari pembangkang yang menolak 1Malaysia..?? kerana apa..?? ada akal.... lu fikir la sendiri.

Melayu pembangkang menyatakan umno yang menggadaikan melayu...... hahahaha.... nkorang nak kutuk camne sekalipun, benda dah terjadi. Kepentingan melayu perlahan2 tergadai dan takde guna nkorang nak bercakap atau mempertikaikan.

Aku rasa, 1Malaysia sejajar dengan laungan Pakatan. Hak sama rata diantara semua kaum. Pakatan selalu kata, umno perkauaman..... so konsep 1Malaysia mampu memenuhi citarasa mulut pembangkang.

Berani Pakatan menolak 1Malaysia dimana hak sama rata menjadi landasan..?

Sekarang ini umno masih berani membela orang melayu. Umno akan membantu penduduk seksyen 23 untuk membawa isu kuil ke makamah. Disini aku melihat umno terpaksa, tidak dibantu.... orang sendiri, agama sendiri..... dibantu maka hilanglah sokongan dari bukan melayu.
Lama kelamaan perkara seperti ini akan diketepikan malah umno akan mengikut rentak Pakatan..... jual melayu sokong hindu. Tak cukup dengan kuil, masalah seperti kampung Buah Pala akan menjadi keutamaan.

Andai trend pengundi bukan melayu berterusan di Permatang Pasir..... yea... mungkin umno akan swing kepada bukan melayu. Kalau Pakatan berani menjual melayu, mengapa umno tidak.? Bukankah sudah ada hadis yang menyebut....... pemimpin perlu berlaku adil kepada semua kaum..? Kalau hadis ini menjadi panduan orang Pakatan...... mengapa umno nak tunggu lagi..?

Ayuh umno.... lakukan apa yang sepatutnya. Usah kau terlalu racist..... kalau pembangkang berani buat mengapa kau terlalu bacul..?

/me terlajak perahu boleh ditarik... terlajak segalanya.... menangis la ko melayu.

No comments:

Post a Comment