Friday, August 28, 2009

Pas di abad ini

Pas memang sudah banyak berubah wajah. Anwar berjaya merobek ego Pas dalam masa yang amat singkat. Dalam masa beberapa tahun sahaja, prinsip Pas semakin lama semakin tergadai. Yang tinggal hanya satu.... pintu ahlinya sahaja yang belum dibuka untuk bukan non muslim. Sekarang pun sudah ada desakan dari kelab penyokong Pas. Katanya amat mudah. Pas For All.

Agak2 kalau keahlianya dibuka kepada bukan Islam.... boleh ke Pas dipanggil Parti Islam SeMalaysia..?

Dulu, masa aku sembang2 dengan orang Pas, aku ada menyatakan..... kenapa Pas tidak membuat pakatan seperti BN..? Kalau kita nak menang, kita kena buat pakatan dengan parti lain. Negara kita majmuk.

Terus aku ditempelak, mana boleh... kita tak boleh menyokong orang Islam sebagai pemimpin kita. Ko tengok umno, kerusi bagi kat cina..... kita disuruh undi cina. Nko tau, haram undi cina.

Itu dulu, zaman aku masih mengintai apa itu politik. Oleh kerana Umno berganding dengan MCA dan MIC, umno dilabel sebagai kafir. Masa tu aku hanya menanti apakah ada perubahan, masa berganti waktu..... Pas masih seperti katak. Pemimpin mereka hanya syok sendiri. Tidak pandai memimpin..... yang mereka tahu, hanya menuding salahkan orang lain tapi diri sendiri sibuk bersembang di kedai kopi. Mengata umno buat judi..... tapi bila ada kaki ekor datang, aku kirim no ni... aduhai...

Walau aku muda, tapi aku mahukan perubahan. Aku bukan sekadar orang hanya tau duduk bersembang dan mengharap pelangi indah. Aku mahukan tangan2 ini bergandingan untuk memajukan kawasan. Politik hanya permainan dan jangan disebabkan politik.... kampungku akan jauh ketinggalan.

Pucuk dicita ulam mendatang. Secara tidak sengaja, gerakan membawa perubahan menemui jalan yang terang. Walaupun aku sudah tinggalkan kampung halaman, Alhamdulilah.... sekarang banyak perubahan. Akan tetapi..... yang menyedihkan,,, ibarat kata paneh miang.

Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan BN adalah tidak sah.

Barah seperti ini semakin serius. Ada sekali, di khalayak ramai Tok Bilal menyerang seseorang..... ko menyokong umno, nko kafir. Aduhai....... senangnya menyatakan sedemikian.

Kalau benar Pas jujur dalam memperjuangkan Islam..... mengapa Pas membiarkan persepsi semakin membesar..? Adakah memang benar Islam yang dianuti oleh orang umno itu menyesatkan..?

Kalau benar, mengapa tidak berbincang mencari apa yang membuatkan Islam umno itu pincang..? Adakah hanya sekadar tidak melaksanakan hudud lalu dilabel kafir kepada penyokong umno..? Adakah hanya kerana bersama MCA dan MIC umno itu sesat dan tersimpang..?

Kalau dua perkara ini benar..... kafir la si NIZAR dan Hasan Ali kerana mereka ini menolak hudud dan penubuhan negara Islam. Kalau bersama MCA dan MIC menjadi kafir...... mengapa sekarang PAs bersama DAP..? Tidakah mereka ini juga kafir..?

Kalau dulu umno menyatakan, MCA dan MIC sekadar wakil parti dibawah tapi diatas pemimpin negara ialah Islam... mengapa PAs tidak boleh menerima..? Sekarang, Pas dibawah.... DAP diatas..... adakah ini perjuangan Islam Pas..?

Lihatlah..... Lunas keluar parti, exco diberikan kepada cina... kerana apa..? Adakah cina itu lebih mulia..? Kalau benar kata Nik Aziz, cina lebih mulia...... maka, diakhirat, kafir sebagai kayu api adalah dongeng semata2.

Apapun, sekarang sesama umat sudah berpecah. Cina dipuja tapi jiik memandang sesama saudara. Inikah sebenarnya kemahuan Pas.... Pas for all.

/me kerana kuasa, mengapa Islam diperlekehkan..?

No comments:

Post a Comment