Thursday, August 13, 2009

pembangunan itu pembaziran kah..?

Hujah semalam, Agus cuba menempelak Shafie Apdal berkenaan pembangunan di Kelantan. Tapi Shafie ni bijak juga menjawab.... aku je yang dok depan tv naik berbulu. Bukan badan aku keluar bulu jadi king kong.... berbulu sebab bengang. Kenapa tak berbulu, kalau semua nak Kerajaan Persekutuan buat, apa peranan kerajaan negeri plak...? jadi tunggul kayu ke..?

Kalau sebut pembangunan, orang kelantan tak kisah. Bagi mereka, biar papa asal Nik Aziz memberi jaminan masuk syurga. Aku tak hentam Nik Aziz... siapa aku ni nak kutuk dia, dia dah la tua.... then alim skit la daripada aku. Aku kata alim skit, sebab dia alim politik.. huh..

Memang jalan2 atau kemudahan Kelantan tidak jauh ketinggalan, yang ketinggalan adalah dari segi perkapita pendapatan penduduk. Memang la tak ketinggalan sebab Kerajaan Perseketuan pump duit kat Kelantan tapi kerajaan negeri goyang kaki. Tak buat pembangunan camne nak pendapatan nak meningkat.

Tolong jangan jaki kat aku, Kelantan tak maju tak pe... harga barang murah. hermm.... memang la murah cik abg..... negeri tak maju masakan rege barangan mahal. Sape nak beli barang kalau mahal... kuasa membeli kompem takde. Kot betul nak murah, p duduk ngan orang asli kat hutan tu..... lagi murah.

Kenapa pembangunan penting. Topik ni pun aku ada sembang dengan sorang Dr. ir.... huh. Entahlah, skit2 aku sebut doktor.... macam poyo yo aku ni. Tapi nak wat camne kan.... dah memang betul. Mereka kenal aku sebab dia tahu, aku ni antara mulut laser dan kaki bangkang, sebab tu kalau takat bab nak membangkang tak payah la nak gebang aku..

Aku tak kata dia lebih Islam dari aku..... tapi bagi aku dia hanya Islam PAs. Sebab apa.... sebab caranya macam Nik Aziz..... tang dia je buleh.....tang orang lain tak boleh. huh.

Dia tak cebik tapi dia macam pandang sebelah mata..... aku pun naik pelik. Title Dr.ir tapi mentaliti masih ke belakang. Salah ke aku cakap, pembangunan penting..? Dalam Islam pembangunan tak penting ke..? huh...dia dah berubah wajah.... aku pun cuak gak... sebab aku malas nak berdebat...

Then.. dengan muka cool, aku cakap. Kita sibuk menyalahkan orang, tuding orang putih itu ini tapi kita tak pernah nak salahkan diri kita. Bila dia cipta virus kita marahkan dia. Then bila dia cipta antivirus kita beli mahal, kita pun salahkan mereka. Walhal, kita pun bersalah juga, sebab kita bangang dari dia.

Islam tak menyuruh umatnya bodoh, opsss... aku tahu perbezaan antara pembangunan dan bodoh. Jangan jadi bodoh la...... Aku kata bodoh sebab,...... jarang negara mundur atau miskin rakyatnya ramai yang bijak.

Camni la..... muhasabah diri, usah ikut emosi. Hidup ini berantai.... kot pembangunan tak penting, silap2 title Dr pun keje cuci longkang. Then,..... aku tinggalkan dia atas alasan aku ada kerja...... huh... memang cam sial aku ni..... ekekekekee..

/me kerana rakyat berkehendakan jambatan, umno dipersalahkan...... huh.... siapa yang buduh...?

No comments:

Post a Comment