Monday, August 24, 2009

suara hati..?

Dalam banyak2 komen pembangkang, hanya YB Kulim Bandar Baharu je yang bermuhasabah. Samada membuka pekung atau menyatakan yang benar, aku menghormati apa yang ditulis.

Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu.

Hal yang dibangkitkan bukan cerita kosong, tapi topik ini sebenarnya menuntut keikhlasan pemimpin melayu dalam menjaga kepentingan masa depan kaum dan keamanan negara. Samada suka atau tidak, kita harus menerima kenyataan bahawa, kestabilan negara selama ini adalah kerana kepentingan melayu samada dari segi agama, kedaulatan dan keluhuran perlembagaan masih tersimpul rapi.

Bagi YB Kulim, Sebaris kata2 Yb semasa persidangan tempohari sebenarnya memberikan jawapan yang tepat siapakah sebenarnya pengkhianat itu.

" Bila saya berkata sebegini, saya seolah2 bercakap di pihak sebelah sana dan tidak mencerminkan di sebelah sini. "

Ayat ini sebenarnya, YB mengakui bahawa apa yang YB katakan di sidang Parlimen adalah perbuatan pembangkang sendiri. Apa maksud Yb sebenarnya..?

/me moto pembangkang "Call a spade a spade".

No comments:

Post a Comment