Friday, August 14, 2009

terancam

Aku tak tahu bila kesudahan H1 ni. Mangsa terbaru bayi tak cukup bulan. Walaupun kerajaan giat membendung, namun virus ini semakin merebak. Masalah H1 bukan sahaja dalam negara, tapi melanda seluruh dunia termasuk Brazil yang menunjukan peningkatan kematian yang mendadak.

Petang tadi, kebetulan aku sembang2 dengan pengerusi task force h1n1. Dalam banyak perkara yang dia sembangkan aku cuma ajukan persoalan " camne kita nak immediate pergi klinik kalau kita tak tahu siapa yang dijangkiti kalau pihak pengurusan masih menyembunyikan identiti mangsa."


Sebenarnya, inilah salah satu punca kenapa ia semakin merebak. Kawasan atau mangsa tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. Walau apa jua alasan, sepatutnya ia didedahkan agar ia menjadi panduan kepada masyarakat. Sebagai contoh, kalau Melaka menjadi kawasan panas, ia patut diwarwarkan.

Dalam hal ini, tidak timbul isu merosakkan imej atau mensabotaj ekonomi. Kalau disembunyikan, berkemungkinan ramai yang akan berkunjung ke Melaka dan akhirnya pengunjung ini akan menjadi agen penyebar yang ganas.

Begitu juga dengan suspek atau mangsa yang disahkan. Kalau rakan sekerja atau adik beradik disyaki pengidap, maka secara tidak langsung mereka yang berjumpa mangsa akan mengambil tindakan yang lebih proaktif dengan mengambil langkah pencegahan awal. Tapi kalau identiti mangsa disembunyikan.... bagaimana maklumat ini dapat disampaikan..??

Perkara pokok dan yang paling penting ialah tentang kesedaran masyarakat. Mahathir pun seperti mempersoalkan sikap masyarakat yang mengambil mudah dengan wabak ini. Dalam merawat wabak, semua pihak harus berkerjasama dan bukan saling menyalahkan sesuatu pihak.

Tadi aku tanya kat sorang member yang menggunakan lrt yang penuh sesak. Aku tanya, ang pakai topeng dok..? tak pakai pun.... panas la, sesak sangat......

No komen... tapi, situasi camnilah virus ini merebak dengan lebih cepat. Aku tak salahkan dia atau pengguna lrt tu.... tapi menjaga kesihatan adalam tanggungjawab diri sendiri. Alhamdullilah, lrt atau pengguna pengangkutan awam lain belum lagi menjadi pusat pembiakan. Kalau ia sudah menjadi pusat pembiakan, mungkin angka 28 ribu rakyat terkorban akan tercapai.

Bayangkan piliharaya tanpa ceramah. Kompem sunyi kan tapi maki hamun. Aku tak dapat bayangkan keadaan selepas ini camne. Mesti keadaan bertambah parah dan mungkin diistihyarkan darurat kalau terpaksa.

Bayangkan..... Orang beribu2 dan berasak-asak. Harus diingat, mereka ini datang dari semua pelusuk tempat. Mereka datang dan mereka akan pulang. Kalau pergi free belum tentu balik tidak dijangkiti. Kalau perkara ini terjadi..?? huh... maka punah la negara. 1Malaysia tercapai H1 mencapai sasaran.


Satu persatu perhimpunan diadakan. Tidak terkecuali yang pro umno. Bagi aku ini mereka adalah golongan yang kurang akal. Memperjudikan nyawa dan menyusahkan keluarga. Tidak sedarkah bahawa H1 ini tidak terkawal dan amat berbahaya. Kalau lihat gambar.... alahai pakcik.... tolonglah... ini semua politik murahan. Semuanya memperbodohkan orang.

Masalah yang aku nampak ialah, pengamal perubatan atau hospital tidak dapat menampung pesakit yang semakin ramai. Pada mulanya, tidak semua hospital kerajaan dapat membuat ujian awal sementara klinik swasta tidak membuat saringan dengan berkesan. Bila dah merebak baru acah2 nak mencegah... arrgg... semuanya dah terlewat.

Wahai kerajaan, dengar la luahan aku ini. Bekukan la bengkel atau seminar. Tutup la sementara aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan. Perkara seperti ini banyak menyumbang kepada penyebaran. Konvo pun patut ditangguhkan dan apatah lagi kalau sekadar pertandingan bola.

Wahai Encik kerajaan. Mengapa kempen H1 tidak kelihatan. Tidak gentarkah dengan amaran awal Tuhan. Bahaya penyakit ini mampu menular walau hanya dengan jelingan. Usah nanti bila dah ramai yang terkorban butang kecemasan baru ditekan. Semuanya dah terlambat dan mangsa mungkin tidak dapat diselamatkan.

Mungkin aku ada cadangan. Istihyarkan darurat 3 hari tak keluar di tempat awam. Semua rakyat duduk dalam rumah dan hanya hospital, klinik dan kedai menjual makanan dibenarkan. Kalau setakat kedai makan dan pakaian, sila la tutup kedai. Andai ada kematian..... uruskanlah.... masakan jenazah tidak dikebumikan. aduhai... takan tak faham2.

Dengan ini, siapa yang demam atau batuk berterusan akan dikesan dan terus dikuarintinkan. Virus tidak merebak, negara aman ekonomi makin berkembang... huh.

/me h1 lebih bahaya dari senjata serangan.

No comments:

Post a Comment