Wednesday, August 19, 2009

terpulang la.

"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999. Azli

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999. azli

Ilmu agama orang tua ini tahap tinggi. Mungkin ilmunya setinggi ilmu para wali sehingga orang biasa terkeliru apa yang dikatakan. Sebab itu kenyataan beliau kadangkala berubah hanya selang beberapa hari. Terbaru kenyataan beliau yang menyanggah TPM yang menempelak Anwar tempohari, jangan menyerang peribadi.

Betul la kata dia..... jangan menyerang peribadi. Tapi di Permatang Pasir apa sudah jadi..? Salahuddin mencabar Zahid berdebat tentang peribadi orang. Tidak ada isu panas yang kedengaran. Semua isu hanya berkisar kepada serangan peribadi. Ibarat kata Nobisha, dalam pilihanraya, kekadang elemen calon boleh jadi penentu.

Dari dulu aku sedar, Pas tidak pernah konsisten dalam membuat kenyataan atau perjuangan. Dalam politik, aku simpulkan, parti ini parti yang terkebelakang dalam perjuangan. Pemimpin mereka tidak pandai menguasai politik walau mereka sudah berpuluh2 tahun ditubuhkan.

Jika diteliti surat ini, ia ditujukan kepada majlis peguam. Kalau Umno berkonspirasi membuat salinan ini, masakan mungkin konpirasi BN kerana majlis peguam itu alat Pakatan. Sebab itu sehari selepas penamaan calon, Majlis Peguam membuat kenyataan tentang status calon BN.

Mengapa majlis peguam menyokong Pakatan.? Siapa yang mewarnai majlis peguam..? Kalau puak Pakatan menyatakan undang2 dipolitikan..... mengapa majlis peguam secara terang2 menyokong pembangkang..? Sememangnya pembangkang ini lidah bercabang.

/me melayu perlu ada kewarasan... jgn sudah kehilangan baru nak merintih.

No comments:

Post a Comment