Wednesday, August 19, 2009

untuk pakatan semua boleh

Sekarang umno amat terdesak untuk membetulkan persepsi pengundi permatang pasir. Kredibiliti Rohaizat dipersoalkan oleh pengundi akibat tindakan majlis peguam yang amat telus dan profosional.

Dalam Pakatan, pemimpin mereka ada yang tidak bermoral atau tidak berintrigriti, tapi mereka2 ini terus dipuja dan mendapat tempat. Inilah sebenarnya permainan persepsi oleh pembangkang.

Semalam aku ada baca blog sape entah, dia menerangkan secara terperinci situasi rohaizat berserta dengan surat yang menyatakan rakannya yang bernama.... argg.. lupa plak aku.... boleh mengeluarkan duit syarikat.... hermmm...

Dalam hal ini, aku tidak menuduh dan tidak menyokong, cuma sewajarnya umno memberikan penjelasan yang tepat kepada pengundi situasi sebenar Rohaizat. Dalam keadaan seperti ini, hanya rakannya itu sahaja mampu memberikan impak kepada kempen Barisan Nasional. Kalau tidak, kalah dalam tangan.

Adakah umno menyimpan rakanya itu sebagai senjata terakhir..?

Yang menariknya, pilihanraya kecil ini belum kedengaran lagi kerajaan memberikan durian runtuh kepada penduduk setempat. Mungkin umno sudah mengubah startegi tentang cara berkempen. Rugi besar la penduduk Permatang Pasir ini kali ini..... hahhahaahaha.....

Kalau benar cerita dongeng umno, maka aku bersimpati dengan Rohaizat. Kes sebegini sebenarnya banyak dialami oleh orang ramai. Tiada bersalah tapi terpalit dosa orang lain. Kes menjadi penjamin adalah cerita basi, namun kes seperti Rohaizat ini sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang.

/me orang lain makan nangka tapi kita yang mendapat getahnya.

No comments:

Post a Comment