Wednesday, September 2, 2009

ali baba

Lesen orang tempatan tapi peniaga PATI. Perkara seumpama itu, bukan sahaja dibawah selian Majlis Perbandaran Klang seperti yang dipaparkan di bulletin utama tapi ia lebih kepada warna pemandangan biasa ketika ini.

Dimana-mana gerai atau kedai sememangnya dikelolakan sepenuhnya oleh warga asing. Usahkan gerai diluar, di tempat aku sendiri yang dikawal selia rapi oleh pihak pengurusan tidak lari dari perkara ini. Bayangkan, kedai mendapat kontrak berpuluh ribu tapi muka bos masih tidak kelihatan. Hermm…

Mengapa ianya terjadi.?

Banyak factor yang menyumbang kepada persekitaran sedemikian. Bermula dari factor tenaga kerja sehinggalah kepada factor kepercayaan maka situasi seperti ini semakin menjadi-jadi.

Samada kita sedar atau pura-pura tidak sedar, hakikat industri kedai makan banyak didukung oleh pekerja luar. Dari pengutip pinggan sampai kerja kaunter wak yang bereskan. Itu pemandangan biasa bukan..?

Ambik factor tenaga kerja. Sekarang ini untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah sukar. Tidak ramai orang tempatan sanggup berkecimpung dalam dunia kedai makan. Mereka rela, kerja 8 jam berkerja tanpa henti di kilang pembuatan daripada berkerja menjadi tukang cuci sayur.

Salahkan orang tempatan..? Jangan mudah membuat andaian tanpa kita melihat masalah ini secara mendalam.

Perkara pertama dalam menganalisa ialah dari segi faedah dan ganjaran. Bukankah setiap orang tajuk ini menjadi pertimbangan yang utama dalam memilih kerja? Ganjaran bukan sekadar gaji dan bonus.

Berapa gaji pekerja kedai makan berbanding syarikat pembuataan.? Hampir sama bagi orang yang tidak mempunyai kelulusan. Tapi kita harus ingat, bahawa kerja di bawah sektor pembuatan memberi banyak peluang kerjaya berbanding dengan berkerja di kedai makan. Faedah itu belum termasuk kenaikan gaji setiap tahun atau syarikat yang mempunyai kesatuan.

Itu hanya berkisar soal gaji sahaja. Andai dilihat secara mikro untuk aspek gaji ia banyak berkait rapat dengan keperluan kehidupan sekarang.

Semua pinjaman memerlukan slip gaji. Andai jawapan slip atau penyata gaji itu boleh diireka di kedai fotostat, lupakah kita bahawa pihak bank juga mahukan jaminan dari segi kesahihan atau kekuatan syarikat kita berkerja.

Jawap secara jujur. Boleh kita meminjam di bank dengan hanya menunjukkan penyata gaji yang dikeluarkan oleh sebuah kedai makan.?

Kalau jawapan pihak bank tidak akan meluluskan, adilkah kita menyalahkan orang tempatan tidak menyertai industri kedai makan.? Semua orang ada keluarga untuk dijaga, perlukan rumah untuk berlindung dan kekadang memerlukan pinjaman peribadi dalam keadaan yang terdesak. Jadi wajarkah kalau ada pihak yang menyalahkan orang tempatan dalam memilih kerja.?

Cerita penyata gaji sahaja sudah merumitkan keadaan. Belum lagi merungkai berapa nilai gaji yang patut dibayar, belum lagi cerita bonus untuk diterima dan belum lagi bercerita dengan faedah, elaun dan lain2. Mudahkah untuk diselesaikan.?

Dalam hal ini, semua pihak terutama kerajaan perlu duduk bersama. Berbincang untuk mengatasi dengan kadar segera. Perkara ini sebenarnya menuntut tindakan yang tepat kerana ia sebenarnya banyak menyumbang kesan buruk kepada sosio kehidupan masyarakat kita.

Jangan disamakan kita dengan warga asing kerana antara kita dengan mereka adalah jauh berbeza.

/me aku tidak mampu merubah keadaan. Siapalah aku….

No comments:

Post a Comment