Monday, September 7, 2009

Bagan Lalang

Kerana hari dah petang, aku berbuka di Bagan Lalang. Cantik pemandangan petang2 di Bagan Lalang. Kepada peminat pantai dan berjiwa blues, pasti ia akan mengkhayalkan. Bagan Lalang sudah jauh berubah. Kalau dulu, hanya pantai koboi sekarang sudah seperti gold coast. Kalau dulu pantainya penuh dengan sampah, airnya bak tea ais tapi kini aku yakin Bagan Lalang mampu menjadi tumpuan pelancong.

Dalam menikmati hening petang dan senja nan indah, deretan chalet yang memanjang ke dalam laut membuatkan hati aku terdiam dan akalku berlegar. Untuk siapa chalet itu..? menjana ekonomi.?

Dulu, pantai itu milik semua. Kini setelah adanya chalet itu, pantai yang dulunya milik semua kini menjadi milik peribadi. Milik kepada orang yang punya kuasa wang. Tubuhnya syarikat, majukan tanah setempat maka sebahagian pantai itu sudah menjadi kawasan larangan.Kenapa rakyat dihukum begini. Pantai Allah berikan percuma tapi kerajaan mengenakan bayaran.

Mengapa.? Tidak salah kalau pantai dimajukan tapi biarlah kena pada caranya. Kalau chalet didirikan mengapa tepian pantai juga diberikan hak milik..?Senario ini bukan sahaja di Bagan Lalang. Kalau dulu pantai PD memanjang untuk semua orang bersantai, kini sudah ada had2 kawasan larangan. Dimana pantai ada hotel tentu pantai itu juga milik hotel. Bayangkan PD yang penuh dengan hotel, berapa banyak pantai dijajah..?Aduh.. malangnya.

Begitu juga di sungai congak. Aku naik confuse memikirkan. Tanah kategori hutan ada tanda kawasan persendirian. Sesiapa yang ingin melalui kawasan, bayaran dikenakan mengikut kepala. Kalau tak silap aku, begitu juga dengan Sagil. Mengapa bayaran itu mengikut kepala..? bukankah membebankan. Bayangkan kalau keluarga itu besar.? Berapa banyak kos ditanggung untuk membawa anak-anak bersiar.?

Dulu, kampung2 banyak kawasan padang. Di depan rumah aku sendiri ada padang bola untuk orang kampung menyepak bola atau bermain layang-layang. Kini, tanah begitu terhad. Tidak mungkin ada orang bermurah hati untuk tanahnya dijadikan padang bola. Mungkin juga mengapa kini kita ketandusan pemain bola. Mungkin…

Tapi, sesiapa duduk di Kepong, di Bangi, alhamdulilah. Masih ada kawasan free untuk masyarakat beriadah secara percuma, tanpa bayaran tanpa sekatan. Ops… di Bangi kawasan tasik adalah kawasan keras pada waktu malam. Tang mana yang keras..? adik dalam seluar ka..? huh..

/me indahnya ciptaan Allah.

No comments:

Post a Comment