Friday, September 11, 2009

bijakah tentera kita..?

Dalam misi menawan Bagan Pinang, Pas menyerang kem di sekitarnya. Mereka mendakwa undi pos yang menyebelahi umno selama ini adalah permainan kotor umno. Oleh kerana isu setempat memang sangat kurang, aku kira Pas bijak dalam membuat isu.

Benarkah dakwaan mereka..?

Aku ada sepasang sepupu di salah satu kem tersebut. Selepas PRU yang lepas, aku ada bersembang dengan mereka. Bercerita bagaimana kerusi Parlimen Telok Kemang yang sebelum ini mempunyai majoriti 22K mampu berubah tangan dengan majoriti yang agak besar.

Kalau sebelum ini, bak cerita dongeng kerusi Telok Kemang tidak mungkin di tawan pembangkang, aku kira semuanya dusta. Cerita2 yang menyatakan tentera dipaksa mengundi BN itu juga hanya dakwaan sahaja. Kalau bukan tentera mengundi pembangkang, tidak mungkin Kamarul Baharin menang bergaya.

Kalau sebelum ini, tentera mengundi pembangkang, aku harap dalam situasi sekarang mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya. Mengapa tentera perlu mengundi pembangkang sedangkan pembangkang memandang mulia terhadap komunis.

Wahai tentera.. tidak malukah kamu bila pembangkang memperlekehkan kamu..? Kalau kerusi Bagan Pinang jatuh kepada pembangkang kerana undi kamu.... maka benarlah kamu ini seperti apa yang pembangkang perkatakan. Kemerdekaan ini hasil daripada komunis dan bukan kerana kamu yang makan gaji buta.

Pembangkang membuat perkiraan undi dengan cara yang mudah. Jika mereka berjaya mendapat separuh undi tentera aku aku yakin Pas akan berjaya dalam misinya menawan kerusi Bagan Pinang. Dengan mengambil kira undi bukan melayu memihak kepada Pas, ternyata kekalahan umno akan berterusan.

/me kalau bagan tewas ternyata tentera sealiran komunis

No comments:

Post a Comment