Thursday, September 10, 2009

Calon Bagan Pinang..?

Secara peribadi aku menyokong Tan Sri Isa menjadi calon. Beliau mempunyai momentum yang kuat dalam menarik undi setempat berbanding dengan calon2 lain termasuklah anaknya sendiri. Najib punya karisma untuk menjadi pemimpin, tapi penduduk Bagan Pinang tidak terdedah dengan kepimpinan anak muda itu kerana beliau hanya bergerak aktif dalam Pemuda.

Walaupun Isa mempunyai rekod yang buruk dalam parti tapi bukan pada pandangan penduduk Bagan Pinang. Penduduk Bagan sudah sebati dengan kepimpinan Isa. Beliau sebenarnya ahli politik yang menyenangkan jika dibandingkan dengan pemimpin politik yang lain termasuklah Mohammad Hasan sendiri.

Walau Isa ditolak dalam pemilihan parti, sebaliknya Umno Negeri mahukan beliau bergiat aktif bagi memulihkan situasi umno yang semakin goyah. Memang benar, kepimpinan Mohammad selaku ketua perhubungan negeri ditolak oleh ramai pemimpin bahagian kerana sikapnya yang suka mencari musuh daripada bersahabat.

Di bahagian Teluk Kemang, sokongan tidak berbelahbagi akar umbi terhadap Tan Sri boleh dijadikan kayu pengukur dalam menentukan calon. Jentera pilihanraya yang kuat ini, aku rasakan mampu menjadi pelicin kemenangan kepada Barisan Nasional.

Andai timbul isu, umno menengahkan calon yang korupsi. Tapi bukankah Tan Sri sudah menerima hukuman yang sewajarnya. Kita orang yang dianggap sebagai berfikiran terbuka, susahkah kita menerima orang yang sudah menerima balasan kesalahanya..?

Andai kesalahan lalu menjadi pertikaian, aku ingin bertanya, mengapa penyokong pembangkang masih menyokong Anwar yang penuh dengan muslihat dan dakwaan makamah.? Kalau penyokong Anwar menyatakan semuanya fitnah, kenapa Anwar mengelak untuk dibicarakan.?

Andai pembangkang menyatakan makamah akan menyebelahi pihak kerajaan, mengapa mereka tidak sahaja memilih orang lain yang lebih bersih daripada Anwar.? Bukankah itu lebih baik daripada menyokong orang yang penuh kontroversi..?

Sebenarnya umno mempunyai ramai calon di Bagan Pinang jika dibandingkan dengan parti lawan. Seringkali kita mendengar calon menjadi kriteria penting, namun sebenarnya ia hanya berupa pada permainan persepsi.

Aku yakin, ramai penduduk Telok Kemang tidak mengenali siapa Kamarul Baharin. Dia dipilih sebagai ahli parlimen hanya berlandaskan logo pembangkang. Ketika ini, kalau pembangkang letakan lembu sebagai calon, aku yakin pembangkang juga akan menyokong lembu tersebut sebagai MP mereka.

Apapun, prk Bagan Pinang ini dirasakan akan sengit kerana bilangan undi bukan melayu yang ramai. Umumnya mengetahui, bukan melayu tidak menyokong barisan ketika ini. Isu nasional seperti kepala lembu akan dimainkan di Sua Betong manakala pergolakan MCA akan melemahkan jentera parti.
Andai statistik pengundi menjadi ukuran,ternyata persaingan sengit akan berlaku. Kemungkinan pembangkang akan bermain wayang dengan pengundi dengan menyatakan, kerajaan mendakwa orang Islam yang mempertahankan agama. Walaupun sebenarnya pendakwaan itu dimahukan oleh mereka, tapi dalam politik... agama pun sanggup dikorbankan.
Bayangkan kalau 35% bukan melayu ini tidak mengundi umno, bukankah mudah pembangkang meraih kemenangan..?
/me menanti helah pembangkang

No comments:

Post a Comment