Sunday, September 20, 2009

Esok Hari Raya

Kala kedingin malam, renyai ini menemani suara takbir yang bergema. Disebalik gema takbir kedengaran dentuman meriam bak dalam pertempuran. Itulah suasana malam raya tahun ini.

10 tahun dulu, ketika gemesut bergiat aktif, banner raya akan dipasang seluruh tempat yang startegik. Walau banner itu hanya tidak sehebat banner orang politik tapi banner itu memberikan seribu kenangan. Banner dari hasil tangan sendiri adalah lambang persahabatan sesama ahli.

Tapi sekarang, tiada banner2 dari Gemesut. Ketika ini banner yang mewarnai wajah kampung kebanyakan dari parti politik. Bila terlihat banner2 yang tergantung, aku senyum sendirian. Dulu, aku dikecam kerana membuat kerja gile. Kerja yang tidak memberikan faedah. Raya aku jadikan seperti perang poster. Hakikatnya sekarang, banner adalah wadah untuk ucapan kepada semua orang.

Jam menunjukkan 2.34 pagi. Anak-anak lena awal dek kepenatan bermain bunga api. Sedangkan aku masih disini menghadap laptop untuk check fantasy. Kecewa aku bila aku tak save changes. Aduhai… lalai sungguh aku ini.

Esok jadual seperti raya seperti selalu. Akan tawaf seluruh kampung. Kebanyakan orang kampung adalah sepupu sepapat. Kalau aku tak pergi beraya, mesti kena sound sinis. Untuk mengelakkan, kalau boleh aku akan menghadirkan diri untuk merapatkan hubungan yang semakin lama semakin jauh.

Ketika arwah ada, rumah aku tidak lekang dengan sanak saudara. Anak buah akan datang silih berganti. Sampai ada ketikanya…. Hermmm… tak lalu nak melayan… aku layan tido.

Kini, suasana tidak seperti dulu. Rumah kampung ini akan sunyi. Tidak semeriah dulu. Yang ada hanya adik beradik kesayangan aku. Kami masih bersama walaupun tidak lagi berayah dan beribu. Insyallah, esok pagi aku menziarah puasara mereka.

Argg… katak yang bersiul ini mengarahkan aku tido. Sepanjang malam semalam aku tidak melelapkan mata. Mata semakin layu, semakin stim dan akhirnya aku publish…..

/me Selamat Hari Raya.

No comments:

Post a Comment